CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1378|Reply: 11

Diskaun Tol Sempena Krismas

[Copy link]
Post time 21-12-2010 03:23 PM | Show all posts |Read mode
Diskaun tol 60 sen, 20 sen sempena Krismas


2010/12/21KUALA LUMPUR: Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (Litrak) dan SistemPenyuraian Trafik KL Barat Sdn Bhd (Sprint) akan memberikan diskaun tol60 sen bagi pengguna Lebuhraya Damansara-Puchong dan 20 sen diLebuhraya Sprint dalam tempoh 24 jam, mulai 12.01 tengah malam Sabtuini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Litrak, Sazally Saidi dalam satukenyataan berkata diskaun bersempena hari Krismas itu adalah untukdinikmati oleh kenderaan dari semua kelas.
Sementara itu, sempena Konsert Gemuruh Double Trouble 2010 Sabtu ini,Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) mengumumkan akanmelanjutkan masa perkhidmatan bas Syarikat Pengangkutan Integrasi DerasSdn Bhd (RapidKL) dan juga Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) StesenLRT Kelana Jaya bagi kemudahan penonton.
Pengurus Besar Komunikasi Kumpulan Prasarana, Ebi Azly Abdullahberkata perkhidmatan LRT itu akan dilanjutkan sehingga 12.15 tengahmalam, manakala bagi bas pengantara RapidKL, masa perkhidmatan akandilanjutkan mengikut laluan masing-masing.

Antara laluan bas pengantara yang akan dilanjutkan termasuk SunwayLagoon ke LRT Kelana Jaya, U62 Klang-Sunway Pyramid, U63 SubangMewah-Pasar Seni (melalui Persiaran Kewajipan), U63 Subang Mewah-PasarSeni (melalui Persiaran Tujuan) dan U76 Subang Parade-KL Sentral.

"enonton perlu menunjukkan keratan tiket konsert untuk membolehkanmereka menaiki bas pengantara tersebut dengan percuma," katanya dalamsatu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, waktu operasi bagi perkhidmatan bas laluan lain danstesen-stesen LRT serta KL Monorail yang lain akan berakhir sepertibiasa, katanya.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut, pengguna boleh menghubungiHelpline di 03-7888 2585 atau mengikuti twitter @MYrapidKL ataumelayari web di alamat www.rapidkl.com.my. - BERNAMA


selamat bercuti, banyaknya diskaun tu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2010 03:28 PM | Show all posts
aku menyampah dengan diskaun tol kat Malaysia ni..
macam nak tak nak aja beri..
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2010 03:29 PM | Show all posts
Reply 2# RedDevils


noor pun...nak muntah rasa diskaun2 tak ikhlas ni......
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2010 03:30 PM | Show all posts
utk clubber berhibur la nih... cube bg waktu puncak, hampeh
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2010 03:34 PM | Show all posts
bape sen sngt la diskaunnye...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2010 03:40 PM | Show all posts
klu stakat diskaun mcm ni, bole tak cakap kat staff tol tu "keep the change..."   
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-12-2010 03:41 PM | Show all posts
aku pakai lambogini,,ape de hal nak lalu tol gate tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2010 04:05 PM | Show all posts
buat syarat je ni....
moga2 thn dpn dpt naikan lagi kadar tol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2010 04:37 PM | Show all posts
PLUS x nak kasi deeskon ke?................................
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2010 04:41 PM | Show all posts
Reply 9# miskintegar

PELAS??

kim salam la nak kasi diskaun
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2010 04:46 PM | Show all posts
Reply 10# kawaq83


    mana taw kot taktik2 last minit supaya marhaen menyokong penjualan sahamnye.......................
deeessskon 10%...................
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2010 07:20 PM | Show all posts
alahai 60sen je, nk beli roti canai pun xlepas, baik xpayah bagi diskaun...
bodoh!!!:@
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 06:46 PM GMT+8 , Processed in 0.278697 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list