CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 488|Reply: 3

[Politik] DAP dijangka mudah raih undi Cina, GERAKAN hadapi laluan sukar

[Copy link]
Post time 13-7-2023 01:23 PM | Show all posts |Read mode
DAP dijangka mudah raih undi Cina, GERAKAN hadapi laluan sukar


DAP mewakili Kerajaan Perpaduan diterajui Pakatan Harapan dan Barisan Nasional dilihat ramai pemerhati politik berada dalam keadaan lebih selesa. - Foto NSTP/Aizuddin Saad


KUALA LUMPUR: Saingan membabitkan kerusi majoriti pengundi Cina pada Pilihan Raya Negeri (PRN) enam negeri ini kali ini terarah kepada dua parti, iaitu DAP serta GERAKAN, dengan Pulau Pinang, menjadi pentas bagi saingan utamanya bersandar jumlah kerusi ditandingi kedua-dua parti itu.

DAP yang mewakili Kerajaan Perpaduan diterajui Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dilihat ramai pemerhati politik berada dalam keadaan lebih selesa untuk misi mereka mengekalkan 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang serta beberapa kerusi di Selangor, Negeri Sembilan dan Kedah.

Bagi penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Ahmad Fauzi Abdul Hamid, menyifatkan peluang untuk GERAKAN mencabar atau menggugat kedudukan DAP, khususnya di Pulau Pinang hampir tiada.

Beliau berkata, ia bersandar kepada dua faktor yang dominan, iaitu pola sokongan pengundi Cina pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 lalu serta sentimen penolakan pengundi Cina terhadap PAS.

"Jadi bagi saya, GERAKAN hampir tiada peluang menang. GERAKAN mungkin bersandar hujah parti itu bertanggungjawab memajukan Pulau Pinang dari 1969 sampai 2008, ketika memerintah sebagai parti utama di Pulau Pinang tetapi ketika itu, ia bersama BN," katanya.

Beliau berkata, keberadaan GERAKAN bersama PAS, menghakis keyakinan pengundi Cina untuk menyokong mereka, terutama selepas melihat tindakan PAS yang dianggap mereka agak perkauman dan membawa politik yang keras.

"Jadi, dalam keadaan sekarang ini, GERAKAN kena ada satu wacana atau asas yang menyebabkan dia boleh berhujah kepada masyarakat Cina mengapa dia 'bersekongkol' dengan PAS dalam satu pakatan yang agak ekstrem. Politik perkauman PAS bawa mungkin dilihat agak berhaluan kanan dan orang Cina menolak politik sebegini," katanya.




Optimis terajui kerajaan

Sementara itu, Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, optimis dengan hakikat PH yang menerajui Kerajaan Pusat dilihat memberi kelebihan kepada pihaknya untuk sekali lagi mendapat mandat rakyat di negeri itu.

"Sebenarnya apabila kita melihat sendiri pada masa kita mahu diadakan serentak (pilihan raya) Parlimen dan DUN sebab jika diadakan berasingan andaian pada masa itu Perikatan Nasional (PN) akan menjadi Kerajaan Pusat.

"Tetapi keadaan sebaliknya berlaku PH menjadi Kerajaan Pusat dan boleh memberi sedikit kelebihan kepada kita dan sudah nampak (kelebihan) kelulusan (dalam) segi impak peranan Kerajaan Pusat kepada kerajaan negeri," katanya kepada BH.


Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow. - Foto NSTP/Mikail Ong
Kon Yeow berkata, pada dasarnya, DAP berharap dapat memenuhi dasar 30 peratus dalam kalangan pimpinan wanita dan antara cabaran dalam mencapai hasrat itu ialah soal mencari calon yang sesuai.

"Pada PRU lalu, kita tak capai sepenuhnya matlamat ini jadi kali ini dasar itu masih kekal sama ada kita dapat mengisi kuota itu adalah memerlukan pertimbangan sewajarnya," katanya.

Di Selangor, Naib Pengerusi DAP Selangor, V Ganabatirau, berkata DAP Selangor yakin dapat mempertahan 16 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi parti itu pada PRU14 lalu.

"Kita akan kekal bertanding 16 kerusi DUN yang kita menang sebelum ini. Agak sukar untuk kita menambah kerusi kerana kini berada dalam Kerajaan Perpaduan," katanya yang juga Ahli Parlimen Klang.

Di Negeri Sembilan, Timbalan Pengerusi DAP negeri, P Gunasekaran, berkata parti itu kekal bertanding di 11 kerusi DUN, sama seperti ketika PRU ke-14.

"Kami (DAP) akan mempertahankan semua 11 kerusi ditandingi pada PRN ini. Kami yakin dapat menang semua kerusi tanpa masalah besar kerana keputusan PRU15 menunjukkan sokongan pengundi kepada DAP kekal konsisten.

"Malah, jentera pilihan raya kami berterusan bergerak tanpa henti bagi mendekati pengundi, sekali gus menambah keyakinan kami untuk mempertahankan setiap kerusi berkenaan," katanya di sini, semalam.




Di Kedah, DAP dijangka mempertahankan dua kerusi dimenanginya pada PRU14 lalu iaitu DUN Derga yang disandang Pengerusi negeri, Tan Kok Yew dan DUN Kota Darul Aman yang disandang Teh Swee Leong.

Kok Yew berkata, sasaran mereka adalah mengekalkan kemenangan dua kerusi terbabit, sekali gus membantu PH dan BN merampas kembali Kedah yang berjaya ditadbir gabungan itu pertama kali pada 2018, namun dijatuhkan pada 2020.

"Mengikut data PRU14, kita yakin dapat mengekalkan rekod kemenangan DAP. Selain itu, kita akan bantu rakan gabungan PH mengekalkan kemenangan dahulu, terutama kawasan kerusi DUN yang mempunyai jumlah pengundi seimbang mengikut kaum," katanya.

Di Terengganu, Pengerusi DAP negeri, Ng Chai Hing, berkata walaupun tiada kerusi diserahkan kepada parti itu untuk bertanding di negeri itu, tidak menghalang mereka membantu memastikan semua calon BN menang dalam PRN kelak.

Katanya, tumpuan kempen jentera DAP dan BN adalah mendekati kira-kira 40,000 pengundi Cina di seluruh negeri.

"Fasa pertama ialah mengenal pasti pengundi Cina yang berada di luar Terengganu sudah diselesaikan. Kita memujuk ibu bapa mereka supaya menasihatkan anak yang bekerja dan tinggal di luar Terengganu pulang menunaikan tanggungjawab pada 12 Ogos ini," katanya.

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... hadapi-laluan-sukar


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2023 01:33 AM | Show all posts
Cina kroni je undi BN..
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2023 04:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Undi cina dh maximum dh PH dapat. Persoalannya lps ni sama ada mereka mampu kekalkan sokongan atau jumlah sokongan mkn merosot.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2023 07:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols baca komen2 cina dan bangsa lain ramai kecewa ngn kenyataan tun tu.

Org melayu selalu bising rasa goyah kat malaysia ni tp rupanya non malay pun rasa tak selamat juga.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 07:07 AM GMT+8 , Processed in 0.925071 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list