CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5316|Reply: 188

[Tempatan] tiada calon sesuai punca wanita kahwin lambat!

  [Copy link]
Post time 14-7-2023 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KELUARGA
Tiada calon sesuai punca utama wanita kahwin lambat
Latifah Arifin
latifah@bh.com.my
July 14, 2023 @ 10:35am

Tiada calon sesuai punca utama wanita kahwin lambat
Pada 1970-an wanita umur 22.1 tahun sudah berkahwin, kini ramai tamatkan zaman bujang ketika berusia 30-an. - Foto hiasan
KUALA LUMPUR: Trend kahwin lewat dan hidup bersendirian dalam kalangan wanita Malaysia semakin membimbangkan sekali gus memberi implikasi terhadap tahap kesuburan serta sukar mendapatkan zuriat.

Mengikut data Jabatan Perangkaan Malaysia, peratusan wanita dalam kumpulan usia 25 hingga 29 tahun yang belum berkahwin meningkat 37.8 peratus pada 2010 berbanding 29.8 peratus pada tahun 2000.


Kajian diterbitkan dalam jurnal 'Institutions and Economies', pada Oktober 2021 bertajuk 'Correlates and Consequences of Delayed Marriage in Malaysia' hasil kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dengan Universiti Malaya, pula mendedahkan wanita cenderung berkahwin kali pertama pada umur lewat 20-an.

Ketua Pengarah LPPKN, Abdul Shukur Abdullah, berkata data itu berdasarkan penemuan Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Kelima (KPKM-5) dijalankan mereka pada 2014.


Katanya, wanita secara purata berkahwin pada usia 26.2 tahun dan trend, iaitu dilihat berdasarkan statistik umur perkahwinan pertama dari 1970 hingga 2014.

"Berdasarkan laporan KPKM-5, wanita cenderung berkahwin awal pada 1970, iaitu umur berkahwin adalah 22.1 tahun.

"Bagaimanapun, ia terus meningkat tahun demi tahun, di mana pada 1980, purata umur wanita berkahwin adalah 23.5, kemudian 1991 (24.8), 2000 (25.1) dan 2010 (25.7)," katanya kepada BH.

Dalam kajian itu, secara puratanya, lelaki bujang berpendapat mereka ingin berkahwin pada umur 32 tahun, manakala perempuan bujang memilih usia 30 tahun.

Punca lewat kahwin

Katanya, tiga sebab utama wanita memilih untuk lewat berkahwin.

"Tiada calon sesuai menjadi faktor tertinggi, iaitu satu pertiga atau 35.7 peratus, diikuti masalah kewangan ( 26 peratus) dan ingin menumpukan kepada kemajuan kerjaya ( 18.1 peratus).

"Wanita lebih berpendidikan dan berkemahiran tinggi, berada dalam pasaran pekerjaan serta membantu dalam proses pembangunan negara juga antara punca mereka sukar mencari pasangan sesuai sekali gus menyebabkan lewat berkahwin," katanya.

Berikutan trend kahwin lewat ini berlanjutan ia akan memberi implikasi terhadap tahap kesuburan, menjejas dan menjadikan tempoh reproduktif wanita berkurangan.

"Usia reproduktif wanita selama 34 tahun. Mereka dianggap masih subur dan berkemampuan melahirkan anak antara usia 15 hingga 49 tahun, namun tahap kesuburan akan menurun (fungsi kilang telur menurun) sejajar dengan peningkatan umur.

"Bagaimanapun, statistik melalui kajian LPPKN (KPKM-5, 2014) mendapati wanita secara puratanya berkahwin pada umur 26.2 tahun dan ini menjadikan tempoh reproduktif wanita berkurang daripada 27 tahun pada 1970 kepada 23 tahun (2014)," katanya.

Beliau menegaskan, tempoh reproduktif yang semakin singkat berupaya mempengaruhi bilangan kelahiran anak.

Wanita yang berkahwin lewat cenderung mempunyai bilangan anak sedikit berbanding berkahwin lebih awal.

Menurutnya, kajian sama melaporkan wanita berkahwin dalam lingkungan umur 20 hingga 22 tahun akan memperoleh secara puratanya 3.52 orang anak.

Sebaliknya, mereka berkahwin pada umur 26 tahun secara puratanya hanya memiliki 2.21 orang anak.

Memperincikan implikasi apabila lebih ramai masyarakat khususnya wanita lambat berkahwin, ia jelasnya turut memberi tempias kepada perubahan sosioekonomi, struktur berkeluarga, kependudukan dan negara.

"Disebabkan itu, LPPKN giat menjalankan program advokasi berhubung pentingnya perkahwinan. Kita tak mahu ada yang tak nak berkahwin kerana bimbang angka perceraian tinggi, isu kos hidup tinggi seperti perbelanjaan menghantar anak ke pusat asuhan harian.

"LPPKN tiada program khusus bagi menggalakkan sesebuah perkahwinan berlaku dalam kalangan masyarakat kerana ia membabitkan penyertaan pelbagai pihak.

"Namun, LPPKN ada program pemerkasaan perkahwinan yang dikenali sebagai SMARTSTART 2.0 dan terbuka kepada semua pasangan.

"Ia membabitkan tiga kategori, iaitu fasa PraPerkahwinan untuk yang belum berkahwin, Fasa Romantika untuk usia perkahwinan satu ke lima tahun dan fasa 'Second Honeymoon' untuk usia perkahwinan lima tahun ke atas," katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2023 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Yup, bior la lambat asalkan jangan tersalah pileh terkawin dgn bewak la, pendera la, keluarga mentua toksik la, dan memacam lagik.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2023 04:30 PM | Show all posts
Edited by ifanonline at 14-7-2023 04:31 PM

teori andartu terbukti dan di sahkan

andartu junior 28-34 tahun
andartu senior 35-39 tahun
andartu forever 40 tahun keatas
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2023 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
bangla,rohingya,indon,nepal,myanmar,pilak,pakis,sri lanka,negro dan ntah hapa2 lagi....BERSEPAH kt Msia ni..pilih jer....
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2023 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
bila kita ada kualiti hidup yg lebih baik tp bila bersuami terus terjunam.. baik tak payah.
rimas ler dengan penenggek ni..
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2023 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut buat kempen poligami aja..ramai lelaki yang mampu ni dah berkahwin..jadi poligami mampu hapuskan masalah perempuan takde calon...tak payahlah cakap takde calon lelaki..ada aja..byk...byk yg dh kahwin..
Yg t20 tu dah wajib poligami..Kerna mampu bagai...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-7-2023 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Andartu (Anak dara tua) dengan Andalusia (Anak dara lanjut usia) tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2023 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
apa2 pun rujuk balik jadual di bawah:

andartu junior28-34 tahunmasih belum mandul
andartu senior 35-39 tahunkadar kemandulan yg tinggi dan peratusan meningkat berkadar langsung dgn umur
andartu forever40 tahun ke atasconfirm mandul dan menopause malah mati putik!


sape2 nak buat kajian tambahan, jgn lupa cite pengkaji asal (ifanonline, 2010), Oxford University
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2023 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 14-7-2023 06:16 PM
apa2 pun rujuk balik jadual di bawah:



Ipan ni ponah ke cium bau Oxford tu?  

Anyway kawen tak penting.  Yang penting duit..  Ape gune kawen duit takde?
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2023 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah 2023 pun masih sebok sapa kawin sapa tak kawin.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2023 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Bio la dah deorg bahagia begitu. Dari acik2 yg bela komodo menyusahkan diri baik la focus pada diri sendiri jah
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2023 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada yg baik2 tapi iols xnk mengguris hati sesapa..biarlah dia lama2 nti dia ok.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2023 07:11 PM | Show all posts
zehra2 replied at 14-7-2023 06:06 PM
bila kita ada kualiti hidup yg lebih baik tp bila bersuami terus terjunam.. baik tak payah.
rimas le ...

Mesti ramai yang cuba nak mengurat sister, kan?
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2023 07:11 PM | Show all posts
Tahun depan mesti ada berita tajuk ni lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2023 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang perempuan memang kuat memilih

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2023 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku dulu pernah la couple dgn sorg mamat ni
lepas dah bertahun2 tunang aku meninggal, aku jumpa kawan sekolah aku balik.
Tapi tu la mamat ni jenis asal boleh n tak mau tingkatkan kemahiran n ilmu pengetahuan.
Kerja biasa2 no hal pada aku..tpi ku tak boleh la dgn hobi memancing dia
Sanggup skip kelas memandu semata nak gi memancing eh.
Pastu bila nak kluar dating, aku pulak yg kena amik n hantar dia balik
Nak makan pun aku serba salah siapa nak membayar.
ujung2 kau bye2 je la.
Hidup single lagi bahagia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2023 07:19 PM | Show all posts
Madel replied at 14-7-2023 07:17 PM
Aku dulu pernah la couple dgn sorg mamat ni
lepas dah bertahun2 tunang aku meninggal, aku jumpa kawa ...

So the conclusion is, sister masih single?
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2023 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Biar lmbat kawin jnji berwang/harta okeh!!

Sape je nk hidup susah zmn skang?
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2023 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan tunggu lama-lama, nanti menopause dan mati putik!
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2023 07:24 PM | Show all posts
Edited by Friska at 14-7-2023 07:34 PM

Miris ya

Saya punya 2 anak tiri, anak-anak madu saya, kedua-duanya perempuan. Paling tua berusia 29 tahun dan nomor 2 berusia 27 tahun. Kedua-duanya masih belum menikah. Punya uang dan punya harta tapi masih belum ada jodoh.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 12:11 PM GMT+8 , Processed in 0.078656 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list