View: 556|Reply: 9
|
'Kepala Retak, Pendarahan Dalam Otak'-Ibu Terkilan Anak 8 Bulan Didera Pengasuh
[Copy link]
|
|
Seorang wanita telah meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan pengasuh yang didakwa mendera anak lelakinya yang kini berusia 11 bulan.
Menerusi bebenang di laman Twitter, wanita yang dikenali sebagai Nurin itu memaklumkan anaknya, Nifael telah mengalami retak dan pendarahan didalam otak dan kedua belah matanya atau Shaken Baby Syndrom.
Difahamkan, ibu berkenaan baru tiga minggu menghantar anaknya ke pengasuh namun mendapati anaknya mula kelihatan lesu dan mengalami muntah-muntah.
Tidak lama selepas itu, anaknya mula mengalami sawan di rumah pengasuh dan doktor yang merawatnya mendapati terdapat hentakan di kepala kanak-kanak berkenaan.
"Result CT Scan ada pendarahn dalam kepala ddan retak. Malam tu jugak doktor buat pembedahan keluarkan cecair dan darah dalam kepala," katanya.
Susulan itu, doktor telah mengesyaki terdapat penderaan di rumah pengasuh memandangkan ibu bapa memaklumkan kanak-kanak itu selamat di rumah.
Bukan itu sahaja, kanak-kanak itu terpaksa menjalani pembedahan untuk memasukkan tiub dari bahagian kepala sehingga perutnya.
Bagaimanapun, ibu kanak-kanak berkenaan kecewa kerana siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa agak memakan masa yang lama.
Sumber: Beautifulnara |
|
|
|
|
|
|
|
Approach si Yuseri tu minta tolong. Eiiiii!!!!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Sampainya hati....
Budak 11bln apa lah yg dia paham..... |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga pelaku dpt balasan setimpal |
|
|
|
|
|
|
|
byk gila kes dera2 budak ni... tp tindakan penguatkuasaan kita slooooowwww sgt..
dr zaman midin ke zaman pmx
sama slow aku rasa |
|
|
|
|
|
|
|
wow first time nampak sampai kena masuk tiub dari otak
moga cepat sembuh ye anak |
|
|
|
|
|
|
|
Allahu sedihnya! Ko kalau dah stress mengasuh, cakap je la tak nak. Titik. Ni sampai mendera pehal setan. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga pelaku dpt balasan setimpal
|
|
|
|
|
|
|
|
plg xboleh tgk kes dera2.. lagi2 klu budak2 yg kena dera.. astagfirullah… ksian tgok |
|
|
|
|
|
|
| |
|