KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) daripada PKR, membidas tindakan polis yang dianggapnya tidak wajar apabila menahan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, di sebuah hotel di ibu negara, pada jam 3 pagi tadi.
Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin, mengecam tindakan itu yang disifatkan tidak sepatutnya dilakukan terhadap seorang pemimpin yang memegang jawatan menteri besar.
"Sanusi seorang Menteri Besar. Beliau bukan suspek yang akan melarikan diri. Penangkapan boleh dijalankan awal pagi atau petang. Tak wajar dilaksanakan tengah malam.
"Tindakan siasatan dan tangkapan dijalankan oleh PDRM (Polis Diraja Malaysia). Kita menghormati institusi bidang kuasa PDRM yang bebas dan profesional.
"SOP (prosedur operasi standard) polis yang ditetapkan zaman darurat wajar dikaji semula, sejajar dengan prinsip Malaysia Madani yang didukung oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Malaysia negara hukum, Malaysia juga negara madani," katanya menerusi satu perkongsian di Facebooknya hari ini.
Muhammad Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) ditahan oleh polis kira-kira jam 3 pagi tadi sebelum untuk dihadapkan ke mahkamah mengikut Akta Hasutan.
Beliau didakwa atas tuduhan mengeluarkan kata-kata menghasut berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor dalam satu ceramah politik, minggu lalu.
Tze Tzin menegaskan negara mempunyai proses perundangan yang akan menentukan nasib Muhammad Sanusi.
"Ceramah Sanusi celupar, hina institusi Raja, memecahbelahkan masyarakat berbilang kaum. Beliau harus disiasat, jika bukti kukuh, harus didakwa.
"Negara ini mempunyai perundangan yang lengkap. Yang salah disiasat pihak berkuasa, (jika ada) bukti kukuh, Peguam Negara akan mendakwa. Kalau dibuktikan bersalah di mahkamah, hukuman akan dijatuhkan. Itu proses perundangan," katanya.
LFL accuses PM of misleading public on Sanusi's charge
Published: Jul 19, 2023 11:58 AM
⋅
Updated: 11:58 AM
8
Human rights group Lawyers for Liberty (LFL) has accused Prime Minister Anwar Ibrahim of making “false and misleading” statements on the sedition charges against caretaker Kedah menteri besar Muhammad Sanusi Md Nor.
In a statement, LFL director Zaid Malek said although Anwar claimed that the charges were necessary to protect the royal institution, the prime minister had a direct interest in one of those charges.
Ini yang kita perlukan. Alasan dah jadi gomen bukan kena kunci mulut tunggu meeting baru nak bercakap. Apa pun I'm sure PDRM ada jawapan why they do what they do yang penting rakyat perlu tau.
Post time 19-7-2023 02:42 PMFrom the mobile phone|Show all posts
B40tastePosh replied at 19-7-2023 12:16 PM
Nampak kepam MB Kedah tu...macam keturunan Nepal + Rohingya + Siam
Walauntit mesti berahi.
stop face shaming beliau..enough..I've seen few comments like this from you regarding him, now I have to voice out...all I can say is what a third world mentality mcm negara seberang...
Apoo replied at 19-7-2023 03:15 PM
Tangkap nusi pukul 3 pagi pun salah ka? Time polis tangkap orang tua yg kata kat nusi dekat pukul ...
tadi hg sembang polis tangkap sbb tak dapat contact dia. ni tanya pulak salah ka tangkap pukul 3. salah atau tak dah memang kena tangkap dah jam 3 pagi. isu yg terbit sekarang ni adalah betui ka tak dapat kontek? IGP kata tak dapat kontek, Nusi kata dah communicate dgn polis pada isnin malam lagi.