CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 505|Reply: 5

[Politik] 'Dulu Tun yang buat, ajar buat semua ini' - Isham

[Copy link]
Post time 20-7-2023 09:11 PM | Show all posts |Read mode
'Dulu Tun yang buat, ajar buat semua ini' - Isham





KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil menempelak kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kerajaan kini, dengan menyalahkan perbuatannya ketika berkuasa sebagai Perdana Menteri dahulu.

Isham berkata, bekas Ahli Parlimen Langkawi itu harus bertanggungjawab atas apa dilakukannya sebelum ini, sekali gus mengingatkan semua pihak supaya berhenti mengikut tindak-tanduk Dr Mahathir.

"Dulu, Tun (Dr Mahathir) yang buat dan ajar buat semua ini. Sampai ada orang kena tumbuk dalam penjara dan ada pula yang rumah dia kena geledah dan pecah atap, sebelum mereka disumbat ke dalam penjara.

"Mungkin inilah kifarah dan karma yang Tun kena bayar. Kita perlu ubah semua ini. Generasi akan datang tidak boleh ikut apa yang Tun buat dulu.

"Cuma Tun perlu bayar kifarah juga di dunia ini dan di akhirat kelak nanti," katanya melalui hantaran dalam Facebook beliau, hari ini.

Isham mengulas kenyataan Dr Mahathir yang mendakwa ramai orang kenamaan Melayu didapati berada dalam ketakutan dan berpendapat kerajaan sekarang tidak baik.

Namun, Dr Mahathir mendakwa golongan itu enggan menyertai sebarang gerakan yang mempunyai pendapat sama dengan mereka, kerana takut tindakan akan diambil jika mereka dikenal pasti.

Antara lain, bekas Perdana Menteri itu mendakwa, ada yang takut jawatan mereka ditukar kepada yang lebih rendah atau dilucut terus; kontrak ditarik balik atau diganggu; disiasat mahupun ditahan polis.

Malah, Dr Mahathir mendakwa bahawa Perdana Menteri mengugut untuk mendedahkan kertas siasatan polis terhadap beberapa menteri UMNO yang lama.

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... uat-semua-ini-isham

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2023 10:19 AM | Show all posts
itu je la modal nk kencing. Ex lawyer anwar yg dulu kwn baik dia dah dedah byk benda anwar tipu ja. Antaranya sihat walafiat elok, keluar je cell teruih duk atas kerusi roda smbil pakai neck brace.
mmg kaki spin & madanon pencacai skills adalah salahkan org ja. Bersih yg berguling rosakkan harta benda tu salah sapa plak?
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2023 10:31 AM | Show all posts
Kutty Saka Kerala..sembang 10... 2 je boleh percaya!




Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2023 10:32 AM | Show all posts
Kutty Saka Kerala..sembang 10... 2 je boleh percaya!




Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2023 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Nyanyok dah!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2023 10:12 AM | Show all posts
tun ni comey la
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 07:53 PM GMT+8 , Processed in 0.413068 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list