CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: HangBuah

Perlu ke ada anak ramai? Jangan jadik mak bapak yg SELFISH!!!

  [Copy link]
 Author| Post time 22-12-2010 11:50 PM | Show all posts
Adapun kisah yang anta berikan itu cukup menarik kerana konsep tawakal yang dianjurkan dal ...
fieda07 Post at 22-12-2010 23:42


kehkehkehkeh... saudari... saya ilmu agama mungkin jauh lebih rendah drpd saudari.... cuma saya rasa saya nak nasihatkan saudari jgn main petik je ayat quran sebarangan secara salah untuk dimanipulasi ikut kehendak saudari.
ayat quran yg saudari bagi tu... menyebut tentang perbuatan manusia membunuh anak2 mereka. Sedangkan topik saya ni, saya tak suruh pulak sape2 yg dah ada anak tu pegi bunuh anak mereka. Yg dah ada anak tu proceed je la besarkan anak2 tu. Apakah saranan saya supaya mak bapak mengawal/merancang kelahiran anak itu layak utk disamakan dengan membunuh anak yg telah lahir? hahahaha... kelakar..kelakar.

Adapun tentang konsep rezeki Allah yg luas itu, tidak dipertikaikan apa-apa, tetapi tidaklah bermaksud rezeki tu didatangkan bergolek2 ke dalam mulut manusia kalau tidak diusahakan dengan betul dan berperancangan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-12-2010 11:59 PM | Show all posts
Saudari fieda....

Saya adalah aktivis sebuah NGO yg banyak menhantar bantuan kepada umat Islam yg miskin di pelbagai negara. Setelah bertahun2 terlibat dgn misi2 kemanusiaan dan membuat pemerhatian, kesimpulan saya satu je.

Umat2 Islam yg miskin dan mundur ni semua ada pattern yg sama... iaitu melahirkan terlalu ramai anak melebihi keupayaan diri, masyarakat dan negara mereka untuk menampung keperluan jumlah anak2 yg dilahirkan itu. Kesannya, proses pembangunan mereka serba serbi terbantut dan tak pernah self sustain. Akibatnya, bukan saja pembangunan fizikal mereka fail, malah pembangunan modal insan mereka juga terkebelakang. Vicious circle ini berterusan dan makin lama makin parah. Sedangkan berapa lama sangat lagi pertubuhan2 bantuan kebajikan macam kami dapat terus hulurkan bantuan dgn sumber2 yg begitu terhad? Kita boleh terus mencandukan pemikiran kita untuk melupakan tentang masalah ini dengan memanipulasikan ayat Al-Quran dan Sunnah, tetapi akhirnya, secara praktikal, masalah ini perlu dihadapi dgn tindakan yg berpijak di bumi yg nyata.,,,, iaitu, umat Islam perlu mula merancang keluarga dan melahirkan generasi berkualiti bukan kuantiti!
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2010 11:59 PM | Show all posts
kalau boleh, tak payahlah nak campur adukkan soal tolong menolong dengan soal mak bapak mela ...
HangBuah Post at 22-12-2010 23:35



Ana tahu kita semua sudah islam, tapi masih belum diberi kekuatan iman dan ihsan yang sebaik-baiknya di sisi Allah.kecuaian juga adalah makhluk Allah yang berlaku akibat beberapa faktor secara teori, walupun manusia diberi pilihan dan kekuatan untuk berusaha namun, sifat ihsan saling memberi,tolong menolong, bersedekah adalah ibadah yang dianjurkan oleh nabi..kerana hadis ada menyebutkan" pada zaman nabi ada seorang hamba Allah yang rajin bersedekah, dan pada satu hari datang seorang wanita pelacur meminta sedekah lalu dia memberinya, kemudian datang pula seorang lelaki pencuri meminta sedekah lantas dia memberinya juga dan akhir sekali datng pula seorang lelaki kaya lalu dia juga memberinya sedekah, perbuatannya telah ditegur oleh sahabat yang laian, namun hamba allah yang memberikan sedakah ini menjawab, adapun sdekahku kepada wanita pelacur itu semoga dengan sedekahku ini akan mengubahnya menjadi seorang wanita yang solehah, untuk sedekahku kepada lelaki pencuri itu semoga sedkahku ini akan mengubahnya menjadi seorang yang bertaubat, dan untuk si lelaki yang kaya raya itu semoga sedekahku itu mengubahnya menjadi seorang yang dermawan dan suka memberi sadakah..kisah ini mendapt perhatian dari nabi dan nabi menyatakan bahawa Hamba Allah itu telah dijanjikan syurga..Lihatlah anta betapa hebatnya sadakah ini untuk pihak yang memberi dan juga yang menerima,sekiranya ibadah ini dilakukan dengan ikhlas, semoga dengan ibadah sedekah ini akan mengubah kehidupan dan kecuaian pihak tersebut...InsYaAllah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2010 12:05 AM | Show all posts
Ana tahu kita semua sudah islam, tapi masih belum diberi kekuatan iman dan ihsan yang sebaik-b ...
fieda07 Post at 22-12-2010 23:59



Nak mengubah kehidupan kena datang dari dalam diri sendiri. Takat mana la bantuan2 dari luar ni dapat ubah kehidupan org2 miskin ni wahai saudari? Bahkan, sifat manusia, apabila merasakan bantuan begitu mudah diperolehi, mereka mula jadi complacent... maka menjadilah semakin malas utk berusaha.... teruslah bertongkat sampai bila2.

Kalau nak dikaitkan dgn agama.... renung kembali ayat Allah tak ubah nasih sesuatu kaum melainkan kaum tu ubah nasibnya sendiri. Apa semangat drpd ayat tu? Fikirkan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2010 12:11 AM | Show all posts
anak suruh mak pak jg. dahlah org tua dah tua...x larat. pastu plak nk tmbh ank. waduh!ksian lh kt mak ayah tu weh!!!dhlah ms kcik dulu, diorg jg kite. diorg dh tua pn, kite bebankn plak dgn pnjagaan ank kite td. patut ke? bebeza skiranye, atuk dan nenek dgn rela hti nk jg cucu. tp bpada2.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2010 12:16 AM | Show all posts
anak suruh mak pak jg. dahlah org tua dah tua...x larat. pastu plak nk tmbh ank. waduh!ksian lh kt m ...
im_cyclist Post at 23-12-2010 00:11


mak bapak yg selfish ni sebenarnya nak anak tu pada bab yg sedap & seronot je.....

dengan ada anak ni, maka:


1. mencapai suatu status sosial yg tinggi dan dihormati (ye lah kan, terlepas dari gelaran mandul, kan?)

2. gambar anak tu boleh la ditayang-tayangkan dalam FB.... kawan2 pun puji la comel la cute la apa la

3. time anak2 ni baru mandi, wangi2... memang sedap la dipeluk cium

4. time anak2 ni score peksa, kembang bulu hidung mak bapak ni



tu antara bab2 yg best dan seronok ada anak.... masa ni mak bapak ni yg terkehadapan ngaku tu la anak dia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-12-2010 12:18 AM | Show all posts
Saudari fieda....

Saya adalah aktivis sebuah NGO yg banyak menhantar bantuan kepada umat Islam yg ...
HangBuah Post at 22-12-2010 23:59


Orang Yahudi berjanji dan bersumpah" Demi tuhan Orang islam, umat islam akan maju,tidak akan mundur dan kalah sekiranya kaum lelakinya hadir  solat subuh berjamaah di masjid sama seperti solat hari Jummat.". dan Presiden great britain ada menyatakan" Umat islam tidak akan tewas selagi berpegang kepada kitab lama ini iaitu Al-Quran"...kualiti dan perancangan srategik adlah sebahagian dari semua faktor-faktor pembolehubah indepandent dalam model akibat keluarga yang ramai anak secara teori sosiologi...namun hakikatnya dua kenyataan fakta di atas memberi isyarat dan makna yang mendalam serta apakah sebab utama berlakunya kepincangan dan kemerosotan umat islam masa kini....fikir-fikir dan renungkanlah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2010 12:26 AM | Show all posts
Orang Yahudi berjanji dan bersumpah" Demi tuhan Orang islam, umat islam akan maju,tidak akan mun ...
fieda07 Post at 23-12-2010 00:18




Memang betullah tu.... umat Islam lemah sebab dah tak berpegang teguh kpd AL-Quran dan Sunnah


Antaranya, tak menggunakan akal fikiran sebelum bertindak melahirkan anak. Terlalu banyak kisah dlm Al-Quran dan Hadis yg menyuruh manusia buat persediaan rapi dlm hidup ..... buat sesuatu sesuai dgn kemampuan.... belajar dari sejarah org2 terdahulu.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2010 12:58 AM | Show all posts
btul apa yg anta kata tu suma btul..xsalah..skrg kita berbalik kpd dasar kerajaan m'sia yg disarankan oleh Tun Mahathir..utk mnjd negara maju, berdaya saing, mampunyai pasaran yg besar menjelang 2020 sbg negara mju perlu peningkatan populasi penduduk seramai 70juta org..cuba bygkan populasi kita sekrg ialah 29juta kita memerlukan lbih kurg 41 juta manusia bg memenuhi wawasan Tun Mahathir..sekiranya perancangan rancgn klrga amat dititik beratkan hanya utk menjg status kualiti semata2 adakah dasar kjn yg dijanakan oleh tun mahathir akan tercapai mjelang wawasan 2020..lihatlah pasaran ekonomi dunia sekarang tertumpu kpd kadar kependudukan yg tinggi..terutama China, India, Indonesia dan AS sendri..faktor kualiti dan faktor miskin @ kaya adalah relatif..kita tidak dpt mghasilkan 100% anak yg mempunyai kualiti yg tinggi begitu juga dgn kadar kemiskinan..
apabila kadar kepadatan manusia tinggi secara makro dan mikro ekonominya akan merangsang faktor2 lain yg membantu mempesatkan ekonomi keluarga dan isi rumah.. isu kemiskinan, daya saing dan juga kualiti adalh faktor terpencil dalm membngun dan merangsang ekonomi..Allah berfirman"Barangsiapa yg bertqwa dan bertawakal kpd aku nescaya aku akan tunjukkan jln keluar serta rezeki dr arah yg tidak disangka2"..
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2010 01:08 AM | Show all posts
Post Last Edit by fieda07 at 29-12-2010 21:46

islam membenarkan menjarakkan kelahiran anak sehingga anak putus susu ibu bg jgka masa 2-2 1/2thn @ ke sesuatu tempoh yg sesuai..tp islam tidak menggalakkan perancangan keluarga dgn menghadkan bil anak..perlu ditegaskn di sini terdapat perbezaan maksud menjarakkn kelahiran dgn perncangan keluarga..
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2010 01:35 AM | Show all posts
Post Last Edit by fieda07 at 23-12-2010 01:43
Nak mengubah kehidupan kena datang dari dalam diri sendiri. Takat mana la bantuan2 dari luar n ...
HangBuah Post at 23-12-2010 00:05


apa yg anta kata itu benar..namun yg membezakan ant muslim sejati itu adalah ihsan..ihsan itu tiada batas diliputi iman.. pemberian hibah,zakat, sedekah kpd gol miskin, susah dan juga asnaf2 lain yg ditetapkan oleh syarak adlh utk mencari keredhaan Allah.. tidak timbul difikiran ana tentang akibat malas dan nafsu apb indvdu itu dibantu(skop bantuan sedekh adalh sgt luas bukn shj berbentuk wang ringgit malah meliputi nasihat, pelajaran, pekerjaan, modal utk perniagaan@projek2 besar dll) krn sebhgian harta yg kita miliki ini telah terdpt hak2 yg wajib diberikan kpd gol2 tersebut selain dpd zakat sebenarnya..falsafah barat ada mnyatakn bhw if u give more u will get more..mengapa kita sbg seorg muslim tidak mencontohi mereka sdgkan mereka mencontohi umat islam..terdpt sebuah flsfh seorg jutawan barat mengatakan jika anda ingin menjadi jutawan anda harus mengkayakan org lain..jika direnungkan konsep ini sealiran dgn konsep memberi tanpa mengharapkn balasan dan memikirkan kesudahan invd yg di beri melainkan barakah sdkah serta pemberian itu jika diberikan scr ikhlas..InsyAllah akan menjadi pemangkin kpd perubahan sosioekonomi kpd indv yg diberi jika tidak kpdnya mgkin kpd generasi anak2nya..lihatla brapa ramai org yg berjaya dtgnya dr org yg susah yg pernh dibantu serta mndpt ihsan dan pertolgan org lain sebelum berjaya..Wallahualam..
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2010 02:31 AM | Show all posts
hukalorr..suke hati la nak beranak ramai ke tak..yg ko nak meroyan nape?Ko takut bini ko gemok kalu beranak ramai?camtu gi cari bini yang x suka beranak wokei.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2010 02:54 AM | Show all posts
X kshlh nk ank ramai atau sikit, tp jgn nyusahkn orglain plak. Kne ade ilmu parenting yg lengkap,psdiaan dri segi rohani dn jsmani. Dan dpasak dgn ilmu agama yg byk.itulh kkuatannye. Biar byk tp bkualiti.


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2010 02:56 AM | Show all posts
I kinda agree with Bingka Ubi. Every child has a right to a good life. Kalau dah tahu tak mampu, buat apa beranak ramai? Ini yang dikatakan selfish sebab tak pikir yang anak-anak yang ramai tu akan menderita dengan kehidupan yang tak berkualiti (eg tak cukup makan, tak sekolah, rumah tak selesa sebab overcrowding etc).

On the other hand, ibu bapa yang ada anak ramai ni selalunya datang dari keluarga susah dan berpendidikan rendah...so maybe mereka tak terpikir yang beranak ramai tu satu keputusan yang tak berapa bijak. Jadi tak boleh nak salahkan mereka 100 peratus.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2010 03:00 AM | Show all posts
hukalorr..suke hati la nak beranak ramai ke tak..yg ko nak meroyan nape?Ko takut bini ko gemok kalu  ...
mosti Post at 23-12-2010 02:31


Kalau kita buat keputusan dalam hidup, kita mesti pikir kalau keputusan kita itu melibatkan orang lain atau tidak. Kalau tak melibatkan orang lain, then yes kita boleh buat sesuke hati. Tapi kalau keputusan tu melibatkan kehidupan orang lain (ie anak2), haruslah kita pikir beratus2 kali...
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2010 03:04 AM | Show all posts
Pembetulan: Bila saya kata I kinda agree with Bingka Ubi, I actually meant Hang Buah (tuan thread ni)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2010 03:11 AM | Show all posts
Reply 35# alexa


    nenek aku beranak 9,ok jek...anak2 xde lak terbiar.Kawan aku adik beradik 9 orang,semua kerja besar2.Ni bukan masalah sbb bile tua ke ape...anak-anak kan rezeki...tapi yg taknak beranak ramai,pakai la kondom.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2010 03:49 AM | Show all posts
Reply  alexa


    nenek aku beranak 9,ok jek...anak2 xde lak terbiar.Kawan aku adik beradik 9 o ...
mosti Post at 23-12-2010 03:11


Baguslah kalau macam tu. Tapi:

1. Nenek awak tinggal di zaman yang semuanya serba simple dan murah and standards of living were much lower. Sekarang ni kehidupan semakin mencabar...even gaji yang ribu-riban pun tak menjamin kehidupan yang selesa. Just imagine a family living in 2010 with 9 kids trying to survive with an average income (~RM3500 sebulan)?

2. Of course there are big families yang hidup susah whose children turned out well. But do these people make up the majority? We must look at the bigger picture, not take an example that only suits our own argument. Just because your family and your friend had a good outcome in life, it doesn't mean that other people will. Rationally speaking, if people think that they can't afford to have many children, then they probably shouldn't.

3. Setiap anak yang lahir berhak mendapat kasih sayang sempurna dari ibu-bapanya. Keperluan anak2 yang terlampau ramai boleh melangkau kebolehan ibu-bapa untuk menjaga dan membesarkan anak2 mereka dengan sempurna.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2010 08:22 AM | Show all posts
Merancang keluarga sudah ada sejak zaman Rasulullah SAW lagi.  Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, dari Jabir r.a. “Kami pernah melakukan Al-’Azal di zaman Rasulullah SAW dan perkara itu sampai ke pengetahuan baginda, tetapi Baginda tidak pula menegah kami daripada melakukan perkara tersebut.”- Azal ialah kaedah semulajadi kawalan suami atau orang sebut ‘pancut luar’.

Imam Al-Hahamaim berpendatan azal adalah dibolehkan selagi sebabnya ialah bukan kerana takut miskin. Sekiranya sebab nak kontrol tu kes takut miskin,maka ia jadi haram.

Majlis Fatwa Kebangsaan menetapkan bahawa apa2 saja kaedah merancang keluarga adalah dibolehkan selagi ia tidak bersifat kekal, contohnya proses pemandulan kekal atau kasi.

Rasulullah banyak berpesan dalam bab meramaikan anak ini, supaya menjaga dan mendidik mereka dengan sebaik-baiknya, agar menjadi umat berkualiti.

Allah berfirman dalam surah at-Tahrim ayat 6 “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu”.

Ternyata keluarga itu adalah tanggungjawab kita nak menjaganya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2010 08:26 AM | Show all posts
kesimpulannya, bkn masalah anak ramai tu yg jd masalah. Anak ramai tu bagus. Tp ibubapa tu sendiri kena pandai didik anak2 tu utk jd org yg berguna atau org yg berkualiti. Ni ape kes yg dok risau ttg miskin, ttg rezeki ni? Xyakin dgn rezeki Allah ke? Jgn ingat makan tu mengenyangkan, ubat tu menyembuhkan. Semua tu datang dari Allah. Kita cuma kena perlu berikhtiar dan berusaha. Yg lain2 insyaAllah, Allah akan permudahkan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23536 Replies : 145
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 4769 Replies : 1
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69249 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21348 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 03:37 AM GMT+8 , Processed in 0.076809 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list