View: 9969|Reply: 263
|
[Politik]
TERKINI: Alfatihah, Salahuddin kembali ke rahmatullah (23 Julai 2023)…/// Salahuddin dikejarkan ke hospital selepas mual, muntah-muntah di Kedah
[Copy link]
|
|
Edited by Highflyer19 at 23-7-2023 10:54 PM
Update: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Salahuddin Ayub meninggal dunia pada usia 61 tahun malam ini.
Anak kepada allahyarham timbalan presiden Amanah itu, Fatihah Salahuddin memaklumkan pemergian bapanya pada hantaran di media sosial.
"Dukacita dimaklumkan ketua keluarga kami, Salahuddin Ayub telah menghadap Ilahi pada pada 9.23 malam, 23 Julai 2023," katanya.
Ahli parlimen Pulai itu telah dikejarkan ke hospital di Alor Setar pada Jumaat dan doktor mengesan dia mengalami pendarahan otak.
Allahyarham telah menjalani pembedahan kecemasan dan sejak itu diletakkan bawah pemantauan Unit Rawatan Rapi (ICU).
Salahuddin meninggalkan seorang balu Fatimah Taha dan enam orang cahaya mata.
Dalam perkembangan berkaitan, setiausaha akhbar kepada menteri KPDN, Syakirin Husnal memberitahu jenazah allahyarham sedang diuruskan untuk dihantar pulang ke rumah ibunya di Kampung Serkat (Kopi Tenggek), Tanjung Piai di Johor.
"Pihak keluarga Allahyarham ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak atas doa dan ingatan yang diberikan terhadap Allahyarham selama ini.
Inisiatif Rahmah
"Keluarga Allahyarham juga ingin berterima kasih kepada semua doktor dan petugas di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.
"Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama-sama orang yang beriman," katanya pada satu kenyataan.
Salahuddin merupakan ahli parlimen Pulai selama tiga penggal dan dua kali berkhidmat sebagai ahli parlimen Kubang Kerian.
Sebagai menteri perdagangan dalam negeri dan kos sara hidup, Salahuddin memperkenalkan inisiatif Rahmah yang bertujuan menyediakan barangan dan perkhidmatan mampu milik kepada orang ramai.
Ini bermula dengan sajian Menu Rahmah RM5 dan sejak itu telah berkembang kepada barangan dan perkhidmatan lain seperti insurans, cermin mata.
Anak jati Johor itu sebelum ini berkhidmat sebagai menteri pertanian dan industri asas tani di bawah kerajaan Pakatan Harapan yang pertama.
https://www.malaysiakini.com/news/672939
————————
KUALA LUMPUR - Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub dikejarkan ke hospital di Alor Setar, Kedah selepas mengalami mual dan muntah-muntah.
Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Akhbar Menteri, Nur Syakirin Husnal dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, Salahuddin telah dikejarkan ke hospital pada jam 10.15 malam semalam.
"Beliau terdahulu mengadu mengalami mual dan muntah-muntah dan tidak dapat menyertai program seperti yang dijadualkan malam tadi.
"Pejabat Menteri KPDN akan memaklumkan mengenai perkembangan kesihatan beliau dari semasa ke semasa," katanya. - Bernama
https://www.sinarharian.com.my/article/269455/berita/nasional/salahuddin-dikejarkan-ke-hospital-selepas-mual-muntah-muntah |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by che-cikL at 24-7-2023 12:17 AM
....
|
|
|
|
|
|
|
|
Get well soon pok din..makan mende la kt kedah sampai cirit2 muntah2 tu?baru aku perasan timb kem pokdin ni ialah fuziah yg suka bising2 pasal boksit dulu...tp msk sini senyap jooo.. |
|
|
|
|
|
|
|
honeybee1802 replied at 22-7-2023 09:14 AM
Get well soon pok din..makan mende la kt kedah sampai cirit2 muntah2 tu?baru aku perasan timb kem po ...
Dap pun lancang jugak hentam isu boksit..dah cium mulut barula senyap. |
|
|
|
|
|
|
|
Kanser dlm perut ke atau keracunan makanan..x kan la datuk seri mkn makanan yg low class |
|
|
|
|
|
|
|
AbukRokok replied at 22-7-2023 09:59 AM
kne kanser otak tiba2
Ada related dgn muntah ke...tp mmg kanser boleh menyebabkan muntah2 juga kan |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by grouper at 24-7-2023 02:32 AM
Innalillahiwainnailaihirojiun
Al-Fatihah
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين |
|
|
|
|
|
|
|
noor2 replied at 22-7-2023 09:28 AM
Kanser dlm perut ke atau keracunan makanan..x kan la datuk seri mkn makanan yg low class
Termakan menu rahmah kot..tak sesuai ngan badan dia. Hiks |
|
|
|
|
|
|
|
noor2 replied at 22-7-2023 09:28 AM
Kanser dlm perut ke atau keracunan makanan..x kan la datuk seri mkn makanan yg low class
Ke dia makan donut peach yg viral tuh |
|
|
|
|
|
|
|
wirazam replied at 22-7-2023 10:07 AM
Ke dia makan donut peach yg viral tuh
..hehe...... |
|
|
|
|
|
|
|
tikusmontok replied at 22-7-2023 10:06 AM
Termakan menu rahmah kot..tak sesuai ngan badan dia. Hiks
Mungkin juga tu......berani org nk hidangkan kat datuk seri..hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by naj13 at 22-7-2023 10:22 AM
Latest news kata pendarahan otak & sedang dibedah.. x sangka pulak serius
KUALA LUMPUR - Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub telah disahkan mengalami pendarahan otak oleh doktor pakar, kata Setiausaha Akhbar Menteri, Nur Syakirin Husnal.
Menerusi kenyataan pagi ini, beliau berkata, Salahuddin kini sedang menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.
"Pihak keluarga Datuk Seri Salahuddin Ayub mengucapkan terima kasih atas semua doa, sokongan dan ingatan kepada beliau,” katanya.
Semalam, Salahuddin dikejarkan ke hospital berkenaan untuk mendapatkan rawatan pada jam 10.15 malam selepas mengalami mual dan muntah-muntah.
Sebarang perkembangan mengenai kesihatan Salahuddin akan dimaklumkan dari semasa ke semasa, menurut kenyataan itu. - Bernama
https://www.sinarharian.com.my/article/269460/berita/semasa/salahuddin-alami-pendarahan-otak-sedang-jalani-pembedahan |
|
|
|
|
|
|
|
Laaaa....aku ingatkan dia mual muntah sbb dgr ceramah lapiji..... |
|
|
|
|
|
|
|
naj13 replied at 22-7-2023 10:20 AM
Latest news kata pendarahan otak & sedang dibedah.. x sangka pulak serius
KUALA LUMPUR - Menteri Pe ...
Laaaa betulla kata pak abu rokok...
Pendarahan rupanya..
Moga dipermudahkanlah...
|
|
|
|
|
|
|
|
naj13 replied at 22-7-2023 10:20 AM
Latest news kata pendarahan otak & sedang dibedah.. x sangka pulak serius
KUALA LUMPUR - Menteri Pe ...
Serious juga ni..moga dipermudhkan Dan cepat sembuh..datuk seri ni juga antara menteri yg yg ok |
|
|
|
|
|
|
|
naj13 replied at 22-7-2023 10:20 AM
Latest news kata pendarahan otak & sedang dibedah.. x sangka pulak serius
KUALA LUMPUR - Menteri Pe ...
Dia ada high bp/hypertension ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ChildrenOfBodom at 22-7-2023 10:43 AM
kalau tak silap dia patutnya mai rasmi Pesta Konvokesyen UUM pukui 3 ptg semalam.,. taktaw laa pulak dia jadi mai ka dak masa pukui 3 tu |
|
|
|
|
|
|
|
Maksudnye darah tinggi naik ke sampai menyebabkan pendarahan dlm otak.. walaupun x berapa gemo ke dia ni..tp sbb dia sakit smoga dia dipermudahkan urusan.. |
|
|
|
|
|
|
|
ina_na replied at 22-7-2023 10:44 AM
Maksudnye darah tinggi naik ke sampai menyebabkan pendarahan dlm otak.. walaupun x berapa gemo ke di ...
Eh mcm arwah kawan mak aku.. high bp sampai pembuluh darah otak pecah.. pastu tak sampai seminggu, meninggal |
|
|
|
|
|
|
| |
|