CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 656|Reply: 6

Geli tengok ulat gemuk-gemuk dalam burger daging! Ramai syak kedai makan R&R jual makanan lama

  [Copy link]
Post time 23-7-2023 11:14 AM | Show all posts |Read mode


HAJAT seorang wanita mahu menikmati burger daging yang nampak menyelerakan terbantut apabila dia menemui puluhan ulat di dalam makanan segera yang dibelinya itu.

Menerusi video yang dimuat naik di laman sosial, kelihatan begitu banyak ulat berkeliaran di sebalik roti dan daging burger.

"Kau tengok tu... eeiii nasib baik anak aku tak makan!" demikian reaksi wanita berkenaan sambil menunjukkan ulat pasa burger berkenaan.


Difahamkan, burger daging tersebut dibeli dari sebuah kawasan Rehat dan Rawat (R&R).

"Hati-hati la korang ye, yang singgah R&R tu kalau nak beli makanan segera periksa la betul-betul.

"Penganiaya kepada orang. Kejadian terkena pada sahabat aku sendiri. Korang tak nak tahu ke R&R mana? Kot la korang pernah singgah," tulisnya menerusi keterangan video.




Lokasi premis makanan bagaimanapun tidak dinyatakan dalam video berdurasi 19 saat itu sehingga menjadi tanda tanya dalam kalangan netizen.

Menjawab persoalan netizen di ruangan komen, dia yang merupakan peniaga produk kecantikan memaklumkan penjual tersebut mendakwa burger yang dijual masih baharu.

"Kawan saya tanya pada orang yang jual tu, burger baharu ke? Dan dia jawab ye kakak, burger baharu semua," tulisnya yang menambah kejadian berlaku pada Jumaat.


Perkongsian video tersebut ternyata membuatkan ramai berasa jijik dan geli.

"Kemain dah besar ulat pun. Aku tak boleh nampak ulat, nak pengsan.

"Meremang tengok ulat tu.

"R&R mana ni? Kena bagitahu kat mana kedainya," demikian antara komen netizen.


Sementara itu, netizen turut mengesyaki 'burger berulat' itu sudah lama dimasak berikutan sesetengah peniaga mengamalkan konsep dengan memasak makanan lebih awal dan membungkusnya untuk sedia dibeli pelanggan.

"Itu mesti burger yang dah siap bungkus, siapa nak beli ambil je. Kalau yang baru masak mana mungkin jadi macam tu.

"Kalau burger baru mustahil jadi begini. Silap-silap burger yang dah lama sangat, dengan saiz ulat tu jangkaan lima ke enam hari.

"Elak beli makanan yang dah siap bungkus ni. Lebih baik beli yang masak depan mata. Setakat menunggu kejap tu, lelap mata je la," komen netizen.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2023 01:43 PM | Show all posts
Ulat yang sihat belaka, sangat jijik dan menggelikan
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2023 09:14 AM | Show all posts
ketahui lah oleh mu wahai bani tamim

restoran rnr tu bukan lah di ujudkan utk regular customer, rata2 customer dtg setahun 1-2 kali je...  burger basi, basi berulat, ayam busuk itu biasa kt dengar, diorang tak nak rugi, kalo ko terkena pn, diorang tak kisah, pasal ko bukan nak dtg makan balik kedai diorang,

mgkn kena 2019, 2023 dah lupa... nasib2 je la..
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2023 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Ayah pa aku selalu jgk beli beger kat rnr ni. Adeh...
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2023 09:37 AM | Show all posts
ckp ler RnR mana. geli arr tgk mcm tu. lps ni klu nk mkn burger, kena cek dulu daging nya, haih
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2023 10:04 AM | Show all posts
eeewww. gelinya... nasib baik tengok. kalau tak tengok makan la burger extra protein.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-7-2023 01:00 AM | Show all posts
adoii geli nya tgok… penjual2 mknan ni jgn la buat customer cm ni… adoii
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:40 AM GMT+8 , Processed in 0.065835 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list