CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 197|Reply: 2

[Politik] Lapan bulan mentadbir, DAP tidak pernah sekat peruntukan orang Melayu – Anwar

[Copy link]
Post time 24-7-2023 01:53 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
GUA MUSANG: DAP tidak pernah menyekat peruntukan melibatkan kepentingan orang Melayu sepanjang tempoh lapan bulan parti itu berada dalam Kerajaan Perpaduan mentadbir negara ketika ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tiada keperluan untuk marah kepada parti berkenaan.

“Jangan kata kerajaan ini bawah telunjuk DAP…. ini Anwar saudara-saudara. DAP adalah sebahagian pasukan.

“Kita  marah orang yang sakau (curi) duit rakyat. Saya akan pastikan tindakan tegas diambil kepada mana-mana pihak yang terlibat dengan rasuah,” katanya ketika berucap pada program Sentuhan Kasih Desa Kelantan di Dataran Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) Paloh 2, di sini hari ini.

Yang hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Media sebelum ini melaporkan, DAP menafikan tanggapan sesetengah pihak bahawa parti itu menguasai Kerajaan Perpaduan yang dipimpin Anwar.

Setiausaha Agungnya, Anthony Loke berkata, meskipun DAP antara parti komponen membentuk Kerajaan Perpaduan, ia tidak bermakna kerajaan didominasi oleh parti itu. – UTUSAN


https://www.utusan.com.my/nasional/2023/07/lapan-bulan-mentadbir-dap-tidak-pernah-sekat-peruntukan-melayu/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-7-2023 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
DAP menafikan tanggapan sesetengah pihak bahawa parti itu menguasai Kerajaan Perpaduan yang dipimpin Anwar...
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2023 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmgla x pernah sekat..tp peruntukan utk dorang bertambah2 tanpa sekatan ...x gitu papa?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 03:48 PM GMT+8 , Processed in 0.058969 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list