Edited by pengecattaik at 28-7-2023 07:57 AM
Ketua Armada Bersatu Hulu Selangor, Mohamad Zikri Faiz bin Zahar meletakkan semua jawatannya dalam Bersatu dan seterusnya keluar dari parti itu.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan dalam facebook beliau, Zikri mengumumkan, “Adalah dengan ini dimakluman, saya Mohamad Zikri Faiz bin Zahar no ahli 00120457 meletakkan semua jawatan dan keluar dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia berkuatkuasa serta merta.”
Zikri adalah orang di belakang kepada pendedahan bagaimana ahli dan pemimpin Bersatu Hulu Selangor membantah calon DUN Batang Kali yang dikatakan kartel Azmin Ali.
Beliau mendedahkan menerusi facebooknya bagaimana bendera PN dan dokumen Bersatu dibakar oleh rakan-rakannya di Hulu Selangor.
Beliau mendakwa, Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor di ketepikan dari menjadi calon dalan PRN kali ini dengan dakwaan beliau seorang pengikut tarikat.
PN mengumumkan pencalonan Mohamin Harith Abdullah Sani yang dikatakan kartel Azmin sebagai calon di Batang Kali semalam.
|