CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3024|Reply: 2

[Politik] Masyukkkk abahkau....Muhyiddin sah saman Anwar RM200 juta isu Felda

[Copy link]
Post time 28-7-2023 04:24 PM | Show all posts |Read mode
Muhyiddin sah saman Anwar RM200 juta isu Felda


MUHYIDDIN (kanan) dan Anwar. FOTO NSTP



Kuala Lumpur: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengemukakan saman terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mendakwa perdana menteri itu memfitnahnya membabitkan isu pelupusan hutang peneroka Felda.

Melalui writ saman dan pernyataan tuntutan difailkan melalui firma guaman Tetuan Rosli Dahlan Saravana Partnership, Muhyiddin menuntut ganti rugi teladan dan teruk masing-masing sepadan dengan jumlah RM200 juta pampasan yang dituntut Anwar dalam jawapan kepada surat tuntutannya.

Dalam pernyataan tuntutannya, Muhyiddin berkata, Anwar memberikan ucapan yang memfitnahnya ketika sambutan Hari Peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan 2023 di Serdang, Selangor (Sambutan Hari Peneroka Felda) pada 7 Julai lalu.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata, Ia disiarkan secara langsung melalui halaman Facebook dengan nama 'Anwar Ibrahim.'

Katanya, beliau menjelaskan pelupusan hutang peneroka sebanyak RM8.3 bilion sudah dilaksanakan pada 2021 melalui siaran Facebook pada 8 Julai lalu, bagaimanapun Anwar terus memfitnahnya dan menyatakan hutangmasih tidak dilupuskan ketika berucap pada sesi dialog di Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 8 Julai lalu.

Menurut bekas perdana menteri itu, ia disiarkan secara langsung melalui YouTube Live di halaman YouTube Anwar pada hari sama.

"Pada 13 Julai lalu, apabila menyedari hutang peneroka sudahdilupuskan pada 2021, defendan (Anwar) memutarbelitkan kenyataan fitnah pertama dan keduadengan menyatakan walaupun Majlis Jemaah Menteri meluluskan RM8.3 bilion, tiada peruntukan kewangan dan oleh itu terpaksa membuat peruntukan baru-baru ini.

"Jelas sekali, defendan kini mengakui bahawa pelupusan hutang sudahdilaksanakan ketika saya menjadi perdana menteri, namun beliau tetap meneruskan dakwaan palsu dan jahat terhadap saya.

"Tanpa mengendahkan tuntutan peguam saya, Anwar berterusan menyebarkan fitnahnya dan pada 19 Julai lalu ketika Majlis Sambutan Maal Hijrah 1445H Perpaduan Tanjong Karang di Selangor, defendan mengisytiharkan akan mengemukakan dokumen membuktikan beliau menandatangani pelupusan hutang itu.

"Akibat penerbitan fitnah itu, ia menjejaskan integriti, nama dan reputasi saya kerana orang ramai mempercayai bahawa kenyataan fitnah berkenaan adalah benar," katanya.

Muhyiddin berkata, melalui kenyataan media Pejabat Perdana Menteri bertarikh 20 Julai lalu, Anwar mempamerkan dokumen Assignment of Finance Service Reserve Account 1 (FSRA 1) bertarikh 26 Jun lalu yang ditandatanganinya sebagai Menteri Kewangan bersama-sama satu lagi dokumen 'Kerajaan Malaysia – Arahan Pembayaran' bertarikh 18 Julai lalu bagi jumlah RM990 juta.

Beliau berkata pada hari sama, Kementerian Kewangan turut mengeluarkan kenyataan media mengesahkan dokumen itu ditandatangani Anwar dan menyatakan ia mengenai Sukuk Felda sebanyak RM9.9 bilion dan geran 10 tahun oleh kerajaan sebanyak RM990 juta setahun.

Katanya, jelas sekali, dokumen itu bukan dokumen pelupusan hutang peneroka yang dilaksanakan pada 2021.

"Sama ada defendan jahil atau dikelirukan atau beliau sengaja memanipulasikan Sukuk Felda sebanyak RM9.9 bilion dan geran kerajaan sebanyak RM990 juta setahun dan mengelirukannya sebagai pelupusan hutang yang dilaksanakan saya pada 2021," katanya.

Muhyiddin seterusnya berkata, kenyataan fitnah itu membawa maksud bahawa beliau

berbohong mengenai pelupusan hutang peneroka Felda, seorang yang tiada integriti dengan memungkiri dan mengkhianati janji dan tidak menunaikan tanggungjawabnya sebagai perdana menteri serta tidak melaksanakan pelupusan hutang sehingga menyebabkan beban hutang peneroka meningkat.

Selain ganti rugi, Muhyiddin turut menuntut perintah antaranya Anwar memadamkan video siaran langsung menerusi Facebook bertajuk Sambutan Hari Peneroka Felda 2023 dan Temu Anwar Kedah @ UUM' dengan serta-merta.

Beliau turut memohon satu injunksi untuk menghalang Anwar dan sekutu, serta ejen atau wakilnya daripada menerbitkan semula kenyataan fitnah berkenaan.


Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/ ... m200-juta-isu-felda

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2023 04:32 PM | Show all posts
Mohon maklumat lebih lanjut kes
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2023 08:06 AM | Show all posts
Bedah.Cun replied at 28-7-2023 04:32 PM
Mohon maklumat lebih lanjut kes

lanjut mcm mana tu ni msua game politek ulang2 je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 07:01 AM GMT+8 , Processed in 0.146043 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list