CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2134|Reply: 5

[Politik] Zahid Hamidi langgar larangan 3C - Bersih

  [Copy link]
Post time 30-7-2023 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Highflyer19 at 30-7-2023 09:10 PM



SHAH ALAM - Tindakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan peruntukan khas kepada tiga badan sosial di Terengganu telah melanggar dua daripada tiga larangan 3C iaitu No Conditions (tidak bersyarat), No Campaign (tidak berkempen) dan No Candidates (tidak bawa calon).

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) berkata, Ahmad Zahid dalam kerajaan Persekutuan sebagai Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah secara jelas mengenakan syarat bahawa jumlah peruntukan itu akan dinaikkan sekiranya parti kerajaan menang dalam pilihan raya negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.

“Peruntukan yang bukan untuk semua badan yang sejenis bagi seluruh negara, telah melanggar prinsip tidak berkempen, manakala kenyataan mengaitkan jumlah peruntukan kepada kemenangan PRN, terang-terang melanggar prinsip tidak bersyarat.

“Ini berlainan dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Ekonomi Madani yang merangkumi seluruh rakyat Malaysia.

“Tidak boleh ada pengumuman khas yang disasarkan kepada negeri-negeri yang menghadapi PRN untuk menarik sokongan. Maka sebarang pengumuman sebelum ini yang bersyarat, termasuk kenyataan Zahid di Terengganu, mesti dibatalkan serta-merta,” tegas Bersih dalam satu kenyataan.

Ahmad Zahid dalam ucapan semasa program Sentuhan Kasih Desa di Terengganu pada Jumaat malam mengumumkan tambahan peruntukan RM100,000 kepada Persatuan Belia Gabungan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah).

Selain itu, beliau juga mengumumkan peruntukan sebanyak RM250,000 kepada Majlis Belia Terengganu dan RM200,000 bagi persatuan permotoran di negeri tersebut.

Ujar Bersih, Perdana Menteri dan Kerajaan Madani perlu ingat bahawa pelanggaran 3C akan menjejaskan kredibiliti kerajaan dan dilihat sebagai satu propaganda kepartian serta bukan idealisme untuk seluruh negara.


https://www.sinarharian.com.my/article/270928/berita/nasional/ahmad-zahid-langgar-larangan-3c---bersih

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2023 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Nuart dh sucikan wak pun, kan dia ckp statement tu sblm penamaan calon.....kira x sah la unsur rasuah tu ..........wakakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2023 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh bersih baru nak bersuara?
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2023 11:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Solokkk at 30-7-2023 11:56 PM

Semakin hebat gay tua kutuk bekas banduan peliwat tersohor, berbabi terbang, sambil terbang boleh berpusing berspin2 , sambil terbang berspin2 tuh boleh sempat mengencing BERSIH. Dan, padan muka BERSIH .
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2023 12:02 AM | Show all posts
peliwat tegar cakap tak salah.. TS Azam Baki pun cakap tadak apa sambil2 menjilat dek kerna kontrak sambung walaupun sebelm PRU dok tangkap Azam Baki ke hulu ke hilir..

pakatan hancing mmg tak tahu malu & hipokrit.. sanggup pikul biawak hidop 47 kes ni .. 1 undi utk Pakatan Hancing = 1 undi utk wak komedi 47 kes = hipokrit = kaki kencing tata kelola kaa perangi rasuah kaa reformasi kaa..
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2023 12:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Sibuk je. Biarlah Wak nk janji apa. Kang kalo PN menang besar ko juga bising. Hidup Wak
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 09:05 AM GMT+8 , Processed in 0.060421 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list