CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3221|Reply: 4

Fitnah! Individu nafi mahu ceraikan isteri talak 3 disebabkan politik

  [Copy link]
Post time 31-7-2023 09:14 AM | Show all posts |Read mode
Fitnah! Individu nafi mahu ceraikan isteri talak 3 disebabkan politik








Sejak semalam, kecoh di media sosial mengenai hantaran berani mengenai seorang individu bertindak mahu menjatuhkan lafaz talak tiga terhadap isterinya sekiranya Kerajaan Perpaduan dibawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertahan sehingga bulan Ogos 2023.

“Wallahi, saya akan ceraikan bini (isteri) saya dengan lafaz talak tiga jika PMX (Perdana Menteri Kesepuluh, Anwar Ibrahim) dan Kerajaan Perpaduan masih bertahan sampai bulan 8, 2023,”tulisnya.



Nafi nak ceraikan isteri, itu semua fitnah!
Pun begitu, difahamkan hantaran tersebut merupakan suatu lemparan fitnah yang menggunakan nama akaun media sosial miliknya berserta gambar bersama isteri sewaktu menyambut ulang tahun perkahwinan ke-26.

Sedar dirinya menjadi bualan ramai, individu terbabit tampil bersuara dan menyatakan ia telah disunting oleh pihak tidak bertanggungjawab yang mahu menjatuhkan maruahnya dengan menggunakan agenda politik.

“Dengan nama Allah, saya tak tulis pun dalam Facebook saya. Jadi, saya tak risau apa-apa pun. Selebihnya Allah SWT Maha Mengetahui,”katanya.


Maafkan semua
Malah, individu yang dikenali sebagai Mansor Ali turut memaafkan atas segala bualan negatif warganet terhadap hantaran tular yang sudah disunting oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Namun, mereka haruslah memohon maaf secara terbuka di ruangan komen terbabit sekiranya tidak mahu diselesaikan di ‘alam sana’.

“Saya maafkan anda semua di atas telahan buruk anda jika anda pohon maaf dalam komen ini.
“Jika anda muslim, percayalah himpunan mahsyar itu ada. Cari saya di sana nanti,”katanya lagi.


Sumber: FB PRU 15- Kelab Penyokong PAS
https://ohmymedia.cc/fitnah-indi ... -disebabkan-politik

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2023 12:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Ahhhh penipu!
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2023 02:55 PM | Show all posts
manusia ko boleh tipu…  tapi Allah?  jangan main2 bai dengan talak ni…
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2023 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah bodoh apaa laa duk main cerai semata2 sebab politaik xguna tuu.. btw just curious dia nie sapaaa sampaikan ada pihak yang nak jatuhkan dia sampai tahap macam tu?
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2023 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ipanimanz1 at 4-9-2023 12:48 PM

fake la uols. 2020 punya gmbar bodoh punya walanon https://m.facebook.com/story.php ... amp;mibextid=Na33Lf
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 11:53 AM GMT+8 , Processed in 0.052224 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list