CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1230|Reply: 8

[Politik] Rakyat cukup bijaksana buat pilihan objektif - Muhammad Hilman

[Copy link]
Post time 31-7-2023 04:26 PM | Show all posts |Read mode
Rakyat cukup bijaksana buat pilihan objektif - Muhammad Hilman


Hilman.


Gombak: Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham optimis mempertahankan kerusi dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Menurutnya, beliau masih berkeyakinan warga Gombak akan meneruskan sokongan mereka kepada Perikatan Nasional (PN) dan dirinya untuk meneruskan khidmat sebagai wakil rakyat di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun beliau juga mengakui lawannya mempunyai kelebihan tersendiri kerana pihak berkenaan adalah sebahagian daripada kerajaan persekutuan dan negeri.

"Tetapi bagi saya, rakyat hari ini cukup bijaksana membuat pilihan yang objektif.

"Pada masa sama landskap politik juga berubah, landskap politik yang berlaku hari ini sama sekali tidak sama (seperti) landskap politik pada PRU lalu.

"PRU lalu pertandingannya tiga penjuru antara tiga gabungan yang besar, pada kali ini landskap politik berbeza sebab ada dua gabungan saja," katanya pada Majlis Ramah Mesra Bersama Pengamal Media dan Influencer Media Sosial di Pusat Khidmat Rakyat Dun Gombak Setia, di sini, hari ini.

Justeru, katanya, itu akan membuatkan rakyat membuat pilihan yang tepat dalam pemilihan wakil rakyat bagi pilihan raya kali ini.

"Apatah lagi saya yakin dalam PRU lalu, rakyat masih cuba memberi peluang kepada mereka yang belum diberi peluang (mentadbir negara) sebelumnya.

"Tetapi hari ini rakyat sendiri merasai pilihan mereka sudah buat, peluang sudah diberikan tetapi sehingga hari ini rakyat masih lagi terbeban dengan pelbagai isu," katanya.

Selain Muhammad Hilman, kerusi Dun Gombak Setia bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor ditandingi Pengerusi BN Selangor Datuk Megat Zulkarnain Omardin (PH-BN) dan Mohamed Salim Mohamed Ali (Bebas).

Pada PRU-14, kerusi Dun itu dimenangi Muhammad Hilman yang ketika itu mewakili PKR dengan majoriti 12,399 undi menewaskan Hasbullah Ridzwan (Pas) dan Megat Zulkarnain (BN).


Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... tif-muhammad-hilman

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2023 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Hari ini rakyat begitu terasa dgn pelbagai isu harus akui penuh jujur bahawa masalah yg ada adalah rentetan tinggalan drp pemerintahan  dahulu dn terdahulu. Jujur lah dn jgn sangsi untuk mengaku. Ini adalah fakta tidak semata2 untuk bersifat denial ttpi  itulah dia seadanya. Masalah negara bukan hal yg mendadak timbul, sedangkn Bibit2 masalah sudah tersemai sebelum nya.  Gara2  tercetus oleh orang lain, orang lain pula yg harus leraikn, itu bukan mudah.  Sementara pemimpin yg ada sering dihasut benci,  tidak harmonise, tidak koperatif malah dilaung2 kn agar terjunam jatuh, maka mana mungkin rakyat tenang dn sejahtera. Semoga rakyat bijak memilih dn  dgn Bismillah, sila lah memilih.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2023 05:18 PM | Show all posts
lorrr igtkan dh 40 lebih
sekali baru 34 umur dia
anak 3
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2023 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 31-7-2023 05:25 PM

Jambunyaa..mesti dah lobos kena jolok dgn Jemin


Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2023 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 31-7-2023 05:23 PM
Jambunyaa..mesti dah lobos kena jolok dgn Jemin

Hilman ni main prempuan jela. Kan ada video dia kendong prempuan mabok2. Ke aku salah
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2023 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
caprut replied at 31-7-2023 05:32 PM
Hilman ni main prempuan jela. Kan ada video dia kendong prempuan mabok2. Ke aku salah



..bodo la org gombak kalo undi kaki maksiat bertopengkan agama nih.jantan betina semua dia sapu




Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-7-2023 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 31-7-2023 06:20 PM
..bodo la org gombak kalo undi kaki maksiat bertopengkan agama nih.jantan betina semua dia sapu ...

Demi melayu dan islam
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2023 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu menang atas tiket PKR skrg PN?.. daripada PKR tukar bersatu ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2023 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
die ni lalu depan bilik hotel masa jemin dgn haziq dlm cctvkan? mcm cover line... perlukah diundi org ini?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 04:05 AM GMT+8 , Processed in 0.247948 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list