Edited by pengecattaik at 5-8-2023 02:17 AM
Calon Perikatan Nasional (PN) DUN Gurun, Baddrol Bakhtiar terus menjadi sorotan media dan pengguna media sosial yang mersgui kebolehan bekas pemain bola sepak itu menjadi wakil rakyat.
Pertikaian mereka bukan bersandarkan pemerhatian kosong, sebaliknya ia bermula apabila Baddrol enggan memaklumkan manifestonya untuk penduduk Gurun.
Penampilan sulungnya di pentas ceramah juga menjadi bualan selepas dilihat ralit membaca skrip ketika berucap dalam satu program bersama penyokong Pas.
Terbaru, biodata Baddrol pula menjadi perhatian pengundi apabila dia menyenaraikan latar belakang dan rekod turun ke lapangan, namun tidak menunjukkan sebarang kelayakan akademik atau pengalaman politik.
Dia menyiarkan resume peribadinya di Facebook, menerangkan pasukan yang diwakilinya dan rekod gemilangnya dengan panjang lebar, tetapi tidak menyebut pendidikan atau penyertaan politik.
Netizen berpendapat biodata Baddrol ini sesuai untu memohon jawatan jurulatih bola sepak kerana semuanya berkenaan bola.
Mereka juga menyindir mengatakan satu-satunya calon wakil rakyat yang paling banyak turun ke padang.
Untuk rekod, Baddrol akan berdepan saingan satu lawan satu di DUN Gurun dengan calon Pakatan Harapan (PH), Mohammed Firdaus Johari.
|