CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1188|Reply: 1

[Politik] Sanggupkah ahli Umno undi DAP?

[Copy link]
Post time 4-8-2023 05:07 PM | Show all posts |Read mode


MASIH ingatkah ahli Umno terhadap tujuan penubuhan parti keramat orang Melayu ini? Umno ditubuhkan untuk memperjuangkan nasib masa hadapan dan kepentingan orang Melayu. Sejarah membuktikan, Umno ditubuhkan khusus oleh gabungan persatuan orang Melayu untuk melawan agenda neo-kolonisasi Malayan Union.

Fasal 3 Perlembagaan Umno berkenaan asas dan tujuan penubuhan menyatakan secara jelas bahawa Umno ditubuhkan khusus untuk ‘berjuang mendukung cita-cita Kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara’.

Setelah hampir 8 dekad berjuang di medan politik negara, Umno kini bukan lagi sekadar parti politik tetapi ia telah menjadi sebuah institusi yang mempunyai pengaruh menjalar dalam pelbagai sektor negara termasuklah perniagaan dan perkhidmatan.

Umno telah melalui beberapa siri rejuvenasi untuk kekal relevan. Antaranya termasuklah penubuhan Barisan Nasional pada era pentadbiran Tun Razak yang telah berjaya menstabilkan politik negara serta terlaksananya dasar mesra rakyat seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Menjelang tahun 2018, saranan untuk Umno memulakan rejuvenasi semakin kuat. Sentimen korupsi dan rasuah yang begitu kuat terpalit pada batang tubuh pimpinan Umno-BN menyebabkan Umno ditolak rakyat dalam PRU-14.

Walaupun telah kalah, namun sayangnya, rejuvenasi yang diharapkan tidak berlaku apabila kepimpinan lama terus dikekalkan untuk mengemudi Umno. Bayangkan seorang Presiden yang terpalit dengan 47 pertuduhan prima facieuntuk salahguna kuasa dan rasuah masih dikekalkan walaupun beliau telah bertindak menggadaikan raison d’etreUmno dengan mewujudkan kerjasama secara terus dengan DAP sekali gus melanggar ketetapan Perhimpunan Agung Umno iaitu ‘No Anwar, No DAP’.

DAP tidak pernah meninggalkan agenda Malaysian Malaysia yang diperjuangkan sekian lama. DAP tidak pernah meninggalkan Deklarasi Setapak yang ingin menghapuskan dasar afirmatif sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan.

DAP boleh berlakon berbaik dengan Umno dan penyokongnya. Namun sejauh mana mereka ikhlas dalam bekerjasama? Sedangkan pasca penubuhan kerajaan Anwar-Zahid ini pun telah terzahir beberapa isyarat betapa DAP langsung tidak menghormati Umno. Antara kenyataan yang boleh dijadikan rujukan:

i) Kenyataan Tony Pua yang melabel Umno-BN dan kepimpinan Melayu sebagai korup.


ii) Tindakan Teresa Kok memperjuangkan pertukaran status tanah dari Leasehold kepada freehold



Semua kenyataan di atas ini menjadi bukti jelas, betapa kerjasama DAP dan Umno hanya menguntungkan DAP dan tidak mendatangkan apa-apa untung kepada Umno, malah DAP masih melayan Umno sama seperti dahulu dengan imej korup dan perasuah. Apakah ahli-ahli Umno sanggup mengorbankan masa dan tenaga semata-mata untuk mengundi DAP kelak?

Rakyat perlukan masa hadapan yang lebih baik, dan penyelesaiannya itu ada pada PERIKATAN NASIONAL.

Ayuh! Undilah PERIKATAN NASIONAL.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2023 10:16 PM | Show all posts
While he believes DAP can win seats in its strongholds without the help of Umno voters, he is concerned about connections game voter turnout in Malay-majority seats that Umno, PKR, and Amanah typically target.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 03:16 PM GMT+8 , Processed in 0.245630 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list