Edited by pengecattaik at 15-8-2023 01:27 AM
Update:
KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) (PH-BN) membentuk kerajaan negeri Selangor selepas menang 34 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pengundian semalam.Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh, berkata PH-BN memperoleh majoriti mudah 29 kerusi pada jam 11.31 malam tadi sekali gus melepasi lebih 50 peratus kerusi.
Perikatan Nasional (PN) pula menang 22 kerusi. Menteri Besar, Datuk Seri Amiruddin Shari pula berjaya mempertahankan kerusi DUN Sungai Tua dengan 19,678 undi menewaskan calon PN, Muhammad Hanif Jamaluddin yang mendapat 14,493 undi dan calon Bebas, Suman Gopal, 430 undi.
https://www.bharian.com.my/berit ... aan-negeri-selangor
KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak boleh percaya sangat dengan propaganda yang mendakwa jika Perikatan Nasional (PN) menang di Selangor pada pilihan raya negeri 12 Ogos ini maka Datuk Seri Anwar Ibrahim akan turun dari Putrajaya.
Sambil menyatakan ayat seumpama itu biasa didengar, Tan Sri Shahrir Samad berkata, kenyataan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali itu tidak masuk akal.
Ia kerana, pengukuhan Kerajaan Perpaduan pada hari ini kerana adanya parti-parti poliik di Sarawak dan Sabah.
“Muhyidin tak boleh percaya sangat propaganda Azmin tu. Jangan berangan nak kembali balik jadi PM ke-11 pula.
“Selagi Pas berada dalam PN, parti-parti politik Sarawak (GPS dan Sabah (GRS) tidak akan bersama Pas.
“Tapi kalau Hj Hadi ikut contoh Lim Guan Eng dengan memohon maaf dari kepimpinan negeri Sarawak, mungkin boleh kot,” kata veteran UMNO ini.
Ketika berucap di Konvensyen Pilihan Raya PN Selangor Jun lalu, Azmin yang juga Pengerusi PN Selangor berkata, gabungan parti itu memerlukan kemenangan Selangor pada PRN ini sebagai isyarat rakyat telah menolak Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar.
Malah, Azmin menegaskan, Anwar perlu berundur dari Putrajaya jika Selangor jatuh kepada PN pada PRN nanti. – MalaysiaGazette
|