CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2650|Reply: 1

Sheikh Sudais dilantik ketua hal ehwal dua masjid suci bertaraf menteri

[Copy link]
Post time 9-8-2023 08:47 PM | Show all posts |Read mode

Sheikh Dr Abdul Rahman Al-Sudais

Makkah: Kerajaan Arab Saudi pada Selasa mengumumkan perlantikan Sheikh Dr Abdul Rahman Al-Sudais sebagai Ketua Hal Ehwal Agama Masjidil Haram dan Masjid Nabawi bertaraf Menteri, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Majlis Kabinet Saudi yang dipengerusikan oleh Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud, di Istana Al-Salam di Jeddah, Arab Saudi.

Perlantikan Sudais disepakati selepas Majlis Kabinet bersetuju mengenai penubuhan 'Presidensi Hal Ehwal Agama Masjidil Haram Dan Masjid Nabawi, iaitu sebuah badan bebas yang bernaung di bawah institusi DiRaja Saudi bagi menyelia urusan dan pengajaran agama di dua Kota Suci umat Islam itu.

Selain itu, majlis Kabinet juga memutuskan untuk mengubah nama Jabatan Tertinggi bagi Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi kepada Badan Am bagi Urusan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Majlis Kabinet turut sepakat menamakan Dr. Tawfiq Fawzan Al-Rabiah, yang juga Menteri Haji dan Umrah, sebagai Pengerusi badan am baharu itu.

Fungsi badan ini akan tertumpu kepada menguruskan perkhidmatan, operasi, penyelenggaraan dan pembangunan di kedua-dua masjid.

Lembaga pengarah dan anggota pertubuhan itu akan dilantik menerusi titah diraja.


Disiarkan pada: Ogos 9, 2023 @ 5:41pm



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2023 03:48 PM | Show all posts
negara dipimpin oleh para pemerintah yg tulus
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 02:28 AM GMT+8 , Processed in 0.138047 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list