CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7539|Reply: 125

[Politik] Air bukan isu besar, orang Kelantan boleh gali sendiri telaga - Mohd Amar

[Copy link]
Post time 10-8-2023 01:54 PM | Show all posts |Read mode
Air bukan isu besar, orang Kelantan boleh gali sendiri telaga - Mohd Amar
Oleh Hidayatidayu Razali - Ogos 10, 2023 @ 11:32am
bhnews@bh.com.my




KOTA BHARU: Datuk Mohd Amar Nik Abdullah memaklumkan isu air dihadapi rakyat negeri ini terutama di kawasan kampung bukannya satu masalah besar untuk PAS terus menerajui kerajaan.

Timbalan Menteri Besar Kelantan itu berkata, ini berikutan di kampung mereka mempunyai pilihan apabila boleh membina air telaga tiub atau perigi.

Katanya, penduduk kampung faham dengan masalah air itu apabila mereka mencari jalan penyelesaian sendiri.

"Kita juga menjelaskan dengan cara yang baik apa masalahnya. Macam isu air kita cerita (masyarakat), jadi setakat ini berdasarkan pengalaman kita sendiri berjumpa orang ramai, mereka boleh faham.

"Tetapi yang jadi kecoh sebab ini politik dan yang sensasi politik. Benda kecil pun jadi besar. Itu masalahnya.

"Orang kampung sendiri dia faham dan kadang-kadang kes itu (air) dia selesai sendiri. Contoh kalau tidak ada air kerajaan, dia bina telaga tiub, gali perigi. Dia (masyarakat) cari penyelesaian sendiri. Sebab itu bagi di kampung ini bukan perkara besar, bukan isu yang besar (masalah air)," katanya.

Mohd Amar yang juga Naib Presiden PAS, mengakui ada tempat memang ada masalah (air) dan ada sesetengah tempat akan hantar bekalan air dengan lori tangki.

"Ada tempat kita selesai (masalah air), cuma mungkin kelemahan kita ini kurang menyampaikan apa yang kita buat kepada masyarakat.

"Contoh, di Teluk Mesira, Bachok yang mengalami masalah air sebelum saya jadi wakil rakyat. Alhamdulillah sekarang (air) sudah selesai apabila kita buat loji rawatan air mini.

"Kita buat khusus di kawasan Teluk Mesira dengan menggunakan teknologi yang dicipta oleh anak Kelantan sendiri dia panggil teknologi oksigen untuk membersihkan air. Saya tengok masa kita buat, air boleh minum terus dari paip kerana air itu bersih," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Amar berkata, PAS mengakui Perikatan Nasional (PN) akan berhadapan saingan sengit di beberapa kerusi DUN dengan peluang 50-50.

Antara kerusi berkenaan adalah DUN dalam Parlimen Gua Musang, Jeli dan Kota Lama.

"Bagi saya kerusi itu adalah mana-mana DUN yang mana PAS menang dengan majoriti bawah 1,000 dalam PRU14 lalu seperti DUN Chetok, Kemahang dan Kota Lama. Ini DUN yang mencabar tidak kira PAS, Barisan Nasional dan Pakatan Harapan, semua sama," katanya.

Pada PRU14, PAS menang 37 kerusi daripada keseluruhan 45 kerusi DUN. BN menang lapan kerusi sebelum Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Lanas, Datuk Seri Mustapa Mohamed keluar UMNO dan menyertai BERSATU.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2023 02:01 PM | Show all posts
Aikkk... kata dianaktirikan?
Dah tu, apa tujuan sebenar mintak duit berbeliyun kat federal?
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2023 02:02 PM | Show all posts
As usual, jawapan beliaw tidak penah mengecewakan.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2023 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Mu nok Isle ko mu nok air?
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2023 02:06 PM | Show all posts
Ucapan mcm ni arahnya kepada taksub. Sepatutnya pililhlah yang boleh mentadbir selain dari pilihan yang diberi oleh orang ini
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2023 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Katanya, penduduk kampung faham dengan masalah air itu apabila mereka mencari jalan penyelesaian sendiri.


- yg benci paspuspus bukan redho tp dh tak kuasa nk bertekak dgn korg selagi bbnu sskjp yg dok luar tetap undi paspussy.
Teruk betul dpt pemimpin mcm ni, pembohong besaq. Negeri korg tak ubah mcm kat kemboja sana.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-8-2023 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Dari tahun lepas lagi pakat mengelupur dok attack sskjp, hujung2 pas sapu bersih gak....
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2023 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya orang kampung Kelantan.
Zaman mandi kat kolam sbb belum ada air paip masuk kampung nk zaman lebih 35 tahun dulu klu kat rumah nenek i..
Rumah mak i, sebelum i lahir dah ada air paip.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2023 02:14 PM | Show all posts

dicipta oleh anak Kelantan sendiri dia panggil teknologi oksigen




bglah tau apa process dia boleh I bgtau my process technology specialist supaya boleh pattern dan guna untuk WTPs kat Spore jugek...Mesti Kelantan boleh kaya.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2023 02:21 PM | Show all posts


PAS Kelantan ni lemahh...
bila nk tendang dia dr jawatan tggi pas kt sana..
asek2 dia ja berbunyi..kalah Menteri Besar..
kalo umno ada zahid sbb kes rasuah..
pas kelantan ada Nik Amar yg bodoh..
tak pernah bg stetmen cerdik...booooooooooooo
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2023 02:23 PM | Show all posts


nak ay0 buke ayaq buke air



Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2023 02:26 PM | Show all posts
mcm rumah parent kt KB...mula2 call nk air...hantar lori...pastu kebetulan nk raya...ramai2 blk kg..ayah call 2-3 kali nk air..sbb tak hantar2...pastu drebar lori air cakap..jangan paksa..nt tak hantar langsung...

last2 upah buat boring...setle...tak kuasa nk melayan drebar lori bongkak...
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2023 02:28 PM | Show all posts
kalau mcm tu tak perlu ada kerajaan negeri la..aduh..mcm ni yg dipilih jadi pemimpin? masalah rakyat settlekan sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2023 02:29 PM | Show all posts
mung ni amar, jange la dok minum air ketum sangat...semua negeri di tanah malaysia ni ado air...
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2023 02:45 PM | Show all posts

Nak mandi wajib.

Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2023 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
airfilterkotor replied at 10-8-2023 02:01 PM
Aikkk... kata dianaktirikan?
Dah tu, apa tujuan sebenar mintak duit berbeliyun kat federal?

Nak tambah keta exco lagi la nnt tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2023 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
kucingitam replied at 10-8-2023 02:28 PM
kalau mcm tu tak perlu ada kerajaan negeri la..aduh..mcm ni yg dipilih jadi pemimpin? masalah rakyat ...

Dah takdirrrrrrrrrrrr kakakakaaa itu pon rakyat sana percaya lagi
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2023 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 10-8-2023 02:14 PM
bglah tau apa process dia boleh I bgtau my process technology specialist supaya bole ...

Tu la siap beroksigen minum direct tu. Kayooooooooooo ke ?
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2023 03:04 PM | Show all posts
nik amar ni klu dia side PH.aku rasa hari2 nusi hentam dia TKO
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2023 03:05 PM | Show all posts
patutla tak kisah nak usaha baiktambah keadaan bekalan air.
Takbirr!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 05:34 AM GMT+8 , Processed in 0.070921 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list