CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14038|Reply: 145

[Tempatan] GAME OVER: PN gagal tawan Selangor....

  [Copy link]
Post time 12-8-2023 11:55 PM | Show all posts |Read mode
Edited by pengecattaik at 15-8-2023 02:04 AM



TERKINI

PH-BN pertahan Selangor dengan majoriti mudah

12.12pm – Berdasarkan keputusan rasmi, PH dan BN berjaya mempertahankan Selangor dengan majoriti mudah.

Gabungan itu memenangi 34 daripada 56 kerusi DUN, dengan PH memenangi 32 kerusi dan baki dua kerusi lagi dimenangi BN.

PN pula menang 22 kerusi, menjadikan gabungan pembangkang itu memiliki suara yang kuat di DUN.
https://live.malaysiakini.com/state-elections


KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) (PH-BN) membentuk kerajaan negeri Selangor selepas menang 34 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pengundian semalam.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh, berkata PH-BN memperoleh majoriti mudah 29 kerusi pada jam 11.31 malam tadi sekali gus melepasi lebih 50 peratus kerusi.

Perikatan Nasional (PN) pula menang 22 kerusi.

Menteri Besar, Datuk Seri Amiruddin Shari pula berjaya mempertahankan kerusi DUN Sungai Tua dengan 19,678 undi menewaskan calon PN, Muhammad Hanif Jamaluddin yang mendapat 14,493 undi dan calon Bebas, Suman Gopal, 430 undi.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Amirudin yang juga Naib Presiden PKR menang dengan majoriti 11,374 di DUN Sungai Tua selepas menewaskan tiga calon lain dari BN, PAS dan Bebas yang berentap dalam pertandingan empat penjuru di DUN berkenaan.

Kemenangan PH-BN itu disumbangkan antaranya dari kerusi DUN Seri Serdang, Kinrara, Subang Jaya, Bukit Gasing, Kampung Tunku, Bandar Utama, Bukit Lanjan, Bandar Baru Klang, Pandamaran, Sentosa, Kota Kemuning, Banting, Rawang, Bukit Antarabangsa, Teratai, Kajang, Balakong, Seri Kembangan serta Seri Setia.

PH-BN juga menguasai sebahagian kerusi majoriti Melayu termasuk di DUN Kota Damansara, Kota Anggerik, Meru, Sungai Pelek, Kuala Kubu Baharu, Sungai Tua, Lembah Jaya, Pandan Indah, Dusun Tua dan Semenyih.

Sementara itu, dengan kemenangan 22 kerusi, PN membentuk pembangkang yang kuat di DUN Selangor yang turut menyaksikan tokoh utamanya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menang di DUN Hulu Klang menewaskan Juwairiya Zulkifli dari PH.

BN pula yang pertama kali memasuki PRN secara bergabung dengan PH menang di dua kerusi DUN iaitu Dusun Tua menerusi calonnya, Datuk Johan Abd Aziz dan Sungai Air Tawar menerusi Datuk Rizam Ismail.

BN gagal memenangi 10 lagi kerusi DUN yang ditandinginya iaitu Selat Klang, Sungai Panjang, Jeram, Semenyih, Kuang, Sungai Burong, Gombak Setia, Sijangkang dan Dengkil.

Pada PRU ke-14 pada 2018, PH membentuk kerajaan negeri selepas memperoleh 51 kerusi DUN dari 56 kerusi yang dipertandingkan.


Single Polls, Total 48 Users voted

Poll is finished

8.33% (4)
35.42% (17)
27.08% (13)
6.25% (3)
18.75% (9)
4.17% (2)
Your User group have no permission to vote
PN, PRN, PN, PN, PN, PN, PN, PN, PN, PN, PN, PN, PN

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-8-2023 12:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Dasyat!


Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2023 12:16 AM From the mobile phone | Show all posts
PH menang...
Tapi banyak kerusi jatuh ke tangan PN...
Dulu pembangkang 5 kerusi...
Sekarang lebih 20 kerusi...
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2023 12:17 AM | Show all posts
Memang dahsyat sangat. Banyak betul hilang kerusi


Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2023 12:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Isnin ni selangor cuti ke?
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2023 12:46 AM | Show all posts
Memang dah agak Selangor susah PN nak menang pun.. tapi banyak seat kena tapau..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-8-2023 12:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Isnin Selangor cuti peristiwa
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2023 01:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Adoi patut dah ketaq lutut  bang no  woi...berapa dun dah kena curik tu...tganu lagi solid...pukulan ko
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2023 01:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak payah nk seronok sgt.. serve rakyat mcm biasa. Byk lagi kena baiki.
Tu haa tempat rekreasi air terjun tlg upgrade facilities. Tandas pun Kotor. Lepas tu tlg larant visitor merokok kat tempat rekreasi. Org nk sedut udara segar, diaorg duk hembus asap. Yg tukang jaga tiket tu pun duk merokok sambil ckp dgn visitor.
Exco2 tlg ambik tindakkan yer klau tak nak rakyat kalihkan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2023 01:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak sangke PN boleh tapau byk kerusi di selangor jgk..speechless iols..
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2023 01:10 AM From the mobile phone | Show all posts
The best performer ........DAP(won 98% of contested seats)

The worst performer.....No prize for guessing...(only 18% of total contested seats)

Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2023 01:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Takpala tak dapat 2/3 pun janji menang
Pasni bg gula2 byk2 lagi agar Melayu kembali pd PH
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2023 01:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Tunan replied at 13-8-2023 01:14 AM
Takpala tak dapat 2/3 pun janji menang
Pasni bg gula2 byk2 lagi agar Melayu kembali pd PH

Next PRU mmg PH xde harapan. Next gov mmg standby la hutang kerjaan byk. Rakyat malaysia akan sentiasa minta2 lepas ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2023 01:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah dap mari kita saksikan apa jadi hehe
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2023 01:18 AM From the mobile phone | Show all posts
PH menang kt Selangor. Tapi PN menang bbrp kerusi walaupun majoriti ciput.

Aku ingat orang Selangor suka sgt dgn Anwar. Tak jugak la sebenarnya eh. Padahal Anwar tgh jadi PM kut. Ada la bbrp kerusi Pas menang kt Selangor. Kenapa org Selangor nk sokong Pas.

Klau ada yg nk tolong, silakan. Ini kemusykilan sebenar, bukan soalan sinikal.

Oh btw, Rina kalah. Bagus la.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2023 01:27 AM | Show all posts
KUALA LUMPUR: Muhyiddin Yassin mengumumkan pemimpin Bersatu akan dipilih sebagai menteri besar Selangor dan Negeri Sembilan jika Perikatan Nasional (PN) menawan negeri itu pada PRN.

Beliau yang juga pengerusi PN berkata menerusi rundingan dengan komponen, PAS kekal menerajui Kedah, Kelantan, dan Terengganu manakala ketua menteri Pulau Pinang ditentukan kelak, bergantung parti mana memenangi banyak kerusi.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2023 01:32 AM From the mobile phone | Show all posts
pinggan replied at 13-8-2023 01:18 AM
PH menang kt Selangor. Tapi PN menang bbrp kerusi walaupun majoriti ciput.

Aku ingat orang Selango ...


Bukan sbb pengundi bodoh. Sbb mmg PN berjaya bawa isu agama dan melayu. Lgpon apa je org selangor ni benefit yg ada walau kata ada banyka skim dkt selangor ni.

Rumah selangorku pun kena compete dgn walaun. Keja bwah kerajaan negeri pon kena saing dengan org pantai timur.

Hjung2 org pantai timur ni bila balik kg ckp tanak la jd mcm org selangor miskin xde tanah. Tu x cmpor indon jd org selangor.

Masa ada peluang dari 2008 tak kasi peluang lebih dkt anak jati selangor. Ujung2 org selangor susah ni x dpt tgok a bigger picture nk bantuan cepat je


Pendapat aku je
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2023 01:38 AM From the mobile phone | Show all posts
X mmg tp ada peningkatan jumlah kosi.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2023 01:39 AM From the mobile phone | Show all posts
amir out ler lps ni..
dok jd mb selangor,  jgn buat perangai.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2023 01:41 AM | Show all posts
Zahid Hamidi tu liability… tu pasal semua undi melayu yg patut pergi pada umno/BN pergi ke PN.. simpan la mamat tu sampai pru.. umno pun elok la simpan presiden ko tu sampai dia mati… biar umno pun sekali terkubur.. dia peduli apa tu parti nenek moyang kita hidupkan, perjuangkan, bangunkan… dia asal dia lepas kes dia je & ketua2 bahagian dapat habuan masing2.. bugima btol
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 03:00 PM GMT+8 , Processed in 0.087271 second(s), 57 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list