CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3931|Reply: 16

[Politik] Siapa sponsor parti Muda sedangkan jualan otak-otak cuma RM1.50 sekeping? – Faiz Na’aman

  [Copy link]
Post time 13-8-2023 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Highflyer19 at 13-8-2023 02:39 PM


Dr. Muhammad Faiz Na'aman

PETALING JAYA: Bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Dr. Muhammad Faiz Na’aman menggesa pihak berkuasa menyiasat dana membiayai Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) pada  Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.

Beliau meragui peruntukan kewangan parti itu dalam menggerakkan jentera dan calon pilihan raya negeri kerana dengan menjalankan perniagaan seperti makanan dan barangan tidak akan memadai.

“Perlu siasat siapa yang mendanai Muda ini. Lain macam kencang tabung parti mereka walaupun kononnya jual itu ini.

“Macam tidak logik jumlahnya. Masuk bertanding PRN bukan untuk menang negeri pun. Kacau,” katanya dalam hantaran ringkas di Facebooknya hari ini.

Pada awal Julai lalu, Muda dalam sidang media melancarkan pelbagai inisiatif mengumpul dana bermula dengan jualan  otak-otak Muar oleh Presiden, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman secara dalam talian.

Selain jualan makanan itu, Muda dilaporkan turut menjual kasut dan aset-aset peribadi masing-masing bagi membiayai kempen pilihan raya mereka.

Muda berkata, sebelum ini parti itu berjaya mengumpul dana RM3 juta untuk menjalankan operasi harian dan menyokong golongan kurang berkemampuan melalui beberapa projeknya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan, untuk menjadi seorang ADUN bagi mana-mana negeri, seseorang yang mahu bertanding dalam pilihan raya dikehendaki mengemukakan wang deposit RM5,000.

Calon-calon juga dikehendaki membayar deposit bahan kempen pilihan raya sebanyak RM3,000.

Harga jualan otak otak dianggarkan berharga RM1.50 sekeping. – UTUSAN


https://www.utusan.com.my/berita/2023/08/siapa-danai-parti-muda-faiz-naaman/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2023 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
@CiliPadiSedap tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2023 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya pm 2 kali byk main peranan ni...even sbnrnya langkah seyton pon diplan dia
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2023 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
immi replied at 13-8-2023 03:10 PM
Rasanya pm 2 kali byk main peranan ni...even sbnrnya langkah seyton pon diplan dia

saka atokcow ijau mumia fosil sukom98tahun tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2023 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
cam bodoh je tanya. semua parti pun ada penyumbang dana politik ( x dikira rasuah katanya ...kira derma kot). ingat cukup ke yuran ahli nk tampung semua tu. bukan sikit modal nk kempen pusing2 sana sini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2023 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepas ni jual tempe pulak...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-8-2023 03:28 PM | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 13-8-2023 03:05 PM
@CiliPadiSedap tersenyum sinis {:mlwa ...

soalan kaka pula cmne mahyudin boleh sakau 600 billion sedangkan bajet belanjawan setahun 2023 myr 388billion? takkan mahyudin jual otak2 juga?

atau pun bungalow abg sanusi market value rm 1 juta ++ , lagi rm 6 juta tu markup market value guna hasil jual otak2 ke?
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2023 03:30 PM | Show all posts
itik_magic replied at 13-8-2023 03:18 PM
cam bodoh je tanya. semua parti pun ada penyumbang dana politik ( x dikira rasuah katanya ...kira de ...

donation politic ada grey area jadi mereka tak nak sebut takut rakyat xfaham industri politik tanah air. benda ni semua bermula zaman atuk. kalau parti lebai kat ceramah memang nampak tin milo ( sekarang dh upgrade sedikit mungkin beg ikea)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2023 03:32 PM | Show all posts
immi replied at 13-8-2023 03:10 PM
Rasanya pm 2 kali byk main peranan ni...even sbnrnya langkah seyton pon diplan dia

actually duit dia dh xbanyak. taikun yang konon rapat dgn dia pun dh cari makan tempat lain menurut rpk harta dia yang konon dia sakau kebanyakan nama proxy. bila dia xde jawatan proxy guna cm harta sendiri. tapi kalau setakat nak funder otak2 tu no hal.

sebab tu nak charge atuk sakau agak sukar sbb nama pun proxy.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2023 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Tgkla sapa yg Jadi top rank kat MUDA tu....anak Lee Kim Yew kan??
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2023 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
matamata replied at 13-8-2023 03:34 PM
Tgkla sapa yg Jadi top rank kat MUDA tu....anak Lee Kim Yew kan??

Lah, ingatkan Kong Kek Kuat

Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2023 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
matamata replied at 13-8-2023 03:34 PM
Tgkla sapa yg Jadi top rank kat MUDA tu....anak Lee Kim Yew kan??

dia ni sape, aku google kata ada kelab malam
tapi ada jumpa tweet dia ni kroni atok dan abe lim tu gf sadek. bisnes ape lagi yg dia buat?
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2023 06:18 PM | Show all posts
bakingsoda replied at 13-8-2023 05:24 PM
dia ni sape, aku google kata ada kelab malam
tapi ada jumpa tweet dia ni kroni atok dan abe lim t ...

Salah satunya Country Height dgn MINES....byk lagi....mostly dia dpt masa zmn Tun
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2023 07:31 PM | Show all posts
Edited by Lagubestbest at 13-8-2023 07:34 PM

amende, jelas2 sejak bertahun syed sadik kata MUDA dibiayai penderma politik (tapi takleh dedah nama la) termasuklah rumah banglo sewa merangkap HQ dia skrg ni. kesimpulan, selagi ada MUDA selagi tu SS dapat gaji dan segala kemudahan selaku "owner" MUDA.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2023 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagubestbest replied at 13-8-2023 07:31 PM
amende, jelas2 sejak bertahun syed sadik kata MUDA dibiayai penderma politik (tapi takleh dedah nama ...

Dan yg sedihnya bdk2 muda bodo2 x Tau apa pg sokong muda kononnya utk berjuang ke jalan yg bener
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2023 08:24 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2023 08:24 PM | Show all posts
Edited by Lagubestbest at 13-8-2023 08:28 PM
otai_g replied at 13-8-2023 08:06 PM
Dan yg sedihnya bdk2 muda bodo2 x Tau apa pg sokong muda kononnya utk berjuang ke jalan yg bener : ...

yg I tau MUDA ni nak politik dan polisi negara kita jadi macam negara2 eropah/ Parti Demokratik USA. A.K.A cabang baru pemuda BN, lebih nasionalis berbanding PKR, DAP lite version bagi anak muda melayu. Ada la kebaikan tersendiri berbanding parti sedia ada. Malangnya depa takde penyokong sendiri, nak tarik penyokong totok dari parti2 besar mmg agak mustahil.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 06:27 PM GMT+8 , Processed in 0.130980 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list