CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3988|Reply: 15

[Politik] Presiden UMNO perlu jumpa akar umbi, nilai semula kerjasama dengan DAP - Isham

  [Copy link]
Post time 13-8-2023 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil berkata jika UMNO tidak berbuat apa-apa, parti dan perjuangan UMNO akan lenyap. - Foto Sinar Harian

KUALA LUMPUR: Kepimpinan UMNO perlu membuat pertimbangan semula, termasuk mengenai kerjasama dengan DAP, untuk mengelakkan parti Melayu itu pupus pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil menuntut agar Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berjumpa dengan akar umbi untuk menjernihkan yang keruh dan memperbaiki keadaan.

"Berkenaan isu Presiden yang ditanya oleh akar umbi, saya telah jawab apa yang termampu di sesi-sesi dialog saya. Saya bukan orang Presiden, namun saya hormat institusi itu.

"Saya mohon supaya YAB Presiden dapat berjumpa akar umbi sendiri sehingga ke peringkat bawah di akar umbi dan berdialog dengan mereka," katanya menerusi hantaran di media sosial hari ini.

Selain itu, Isham turut membangkitkan berkenaan bentuk kerjasama dengan parti DAP yang perlu dilihat semula. Menurutnya, kedudukan DAP dalam minda akar umbi UMNO masih menjadi suatu perkara yang sensitif dan sukar untuk diterima.

"Berkenaan DAP, saya telah kata sebelum ini bahawa perkara ini adalah amat sensitif kepada akar umbi kita. Jika kita paksa akar umbi kita undi DAP, mereka akan bantah dan besar kemungkinan tidak akan keluar mengundi, atau lebih teruk mereka protes dan undi PN. Ini yang telah berlaku di enam negeri ini.

"Di Selangor, undi yang calon PN bertanding menentang calon kita, calon PN telah mendapat undi lebih banyak berbanding ketika mereka bertanding di bawah tiket PKR dulu. Ini bermaksud, bukan sahaja penyokong lama PKR menyokong mereka, namun orang UMNO pun mengundi mereka juga. Ini adalah satu tamparan hebat kepada UMNO," katanya lagi.

Isham menyatakan UMNO hanya mempunyai dua pilihan, sama ada terus bekerjasama dengan DAP dalam kerajaan dan pilihan raya, ataupun bekerjasama hanya dalam kerajaan dan bukan pilihan raya.

"Dengan pilihan kedua itu, kita mungkin boleh membina semula parti kita dengan mengekalkan ideologi dan perjuangan kita, walaupun mula-mula mungkin kita kalah atau tidak menang besar, namun demikian dengan ini kita dapat kekalkan akar umbi kita dan sedikit demi sedikit memenangi semula hati rakyat

"Jika tidak, akar umbi kita akan lari ke parti lain, dan nasib kita akan jadi seperti pepatah yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Untuk mengejar 500 undi DAP, kita hilang 5,000 undi Melayu dan hilang akar umbi. Jika kita hilang akar umbi parti kita akan mati. Ini tidak bijak malahan bahaya," jelasnya


Kenyataan tersebut dibuat susulan prestasi UMNO yang hanya berjaya memenangi 19 daripada 108 kerusi yang ditandingi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos lalu.

UMNO hanya berjaya merebut 1 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kelantan, Pulau Pinang (2 kerusi DUN), Selangor (2 kerusi DUN) dan Negeri Sembilan (14 kerusi DUN). Manakala, UMNO tewas di semua kerusi DUN yang ditandingi di Kedah dan Terengganu.

"Saya harap kita melihat dan berusaha untuk memperbetulkan keadaan. Kita perlu melakukan sesuatu yang drastik, kerana kita kini berada di keadaan yang getir dan kritikal. Jika kita tidak berbuat apa-apa, kita dan perjuangan UMNO akan lenyap di bumi Allah ini. Kita perlu bangun," ujarnya.



#UMNO#DAP#Zahid Hamidi#PRN

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2023 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Last last DAP.......the real root cause...

Eerrrrrr...ok...
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2023 11:42 AM | Show all posts
hahaha..lepas wak jahit entah apa lagi lepas ini...DAP...sebenarnya mereka tolak UMNO sbb ada org kemaruk nak di PM
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2023 11:43 AM | Show all posts
mohon presiden umno pecat isham ni, tak habis2 menyalahkan presiden
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2023 12:24 PM | Show all posts
ujung2 DAP gak yang salah


wak jahit tu yg kena letak jawatan..kalo nak power lagi bebaskan Bossku wpun ramai yg x redha


Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2023 12:28 PM | Show all posts
sory nak tanya soalan noob, mmg xleh pecat president eh? nak tgu dia letak jawatan mmg in ur dreams la
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-8-2023 12:44 PM | Show all posts
Isham Jalil ni bising lebih sikit je lagi sure kena buang jugak ni...
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2023 02:32 PM | Show all posts
DAP ada Tan Sri LKS maaa....boosted their performance untuk PRN kali ni.

Wak Jahid byk sgt terpalit dgn skandal tata kelola yg buruk.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2023 03:42 PM | Show all posts
Wak Jahid jangan berhenti...
duduk bertahan sampai UMNO kiookk....
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2023 03:43 PM | Show all posts
aikk pertimbang psal DAP je ??? yg lg sekor yg umno duk ratib tu pe cite ??? dah lupa ke dlu bukan ratib NO DAP je tp ratib NO Anwar sekali
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2023 03:45 PM | Show all posts
hang nak masok list kena gantung kaa pecat dari partai umngok kaa isham?

baik hg cari kapal baru dek kerna wak 47 kes akan buat tak tahu demi selamatkan diri sundri & umngok bakal berkubur atau bernafas dalam lumpur jaa pru 16 nanti..
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2023 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
rikiruj replied at 14-8-2023 12:44 PM
Isham Jalil ni bising lebih sikit je lagi sure kena buang jugak ni...

Level anjing jer dia ni, aku suka dia kalah
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2023 10:35 PM | Show all posts
setahu iols,  kang org DAP pon mula ada suara nak Zahid turun
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2023 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
org melayu penang sendiri pilih dap, apo lah isham..
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2023 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts
wak jahit liabiliti yg menguntungkan pn, biarlah dia kekal kat situ utk terus menghancurkan umno dr dlm.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2023 11:54 PM From the mobile phone | Show all posts
ni semue strategi anwart utk pecah dan perintah. skrg ni dia serang muhyiddin dan mnantu, hamzah dan anaknye, biar bersatu dah xde kepala at the same time pegang telor wak jahit utk drag umno jilat dap. so rakyat benci umno dan bersatu pulak dah xde leader2 yg cerdik pandai.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 09:09 AM GMT+8 , Processed in 0.065045 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list