CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2023|Reply: 0

[Politik] Semua pemimpin UMNO perlu bertanggungjawab atas kekalahan PRN

[Copy link]
Post time 13-8-2023 07:36 PM | Show all posts |Read mode
Semua pemimpin UMNO perlu bertanggungjawab atas kekalahan PRN



KUALA LUMPUR: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menegaskan semua pemimpin UMNO perlu bertanggungjawab atas kekalahan teruk parti Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN15) di enam negeri, semalam.

Katanya, kekalahan itu tidak seharusnya ditujukan pada seseorang saja, sebaliknya setiap pemimpin dalam parti perlu bertanggungjawab.

"Top 5, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Ketua Bahagian dan Ketua Sayap Pemuda, Puteri serta Wanita perlu melihat perkara ini kerana rakyat sudah membuat keputusan.

"UMNO kena terima hakikat bahawa orang Melayu di Kelantan, Terengganu dan Kedah menolak UMNO, manakala di negeri membangun seperti Pulau Pinang dan Selangor juga dilihat hampir berlaku perkara yang sama.

"Sementara di Negeri Sembilan, walaupun kita menang 14 kerusi, tetapi ia jatuh sedikit berbanding Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu iaitu kita memperoleh sebanyak 17 kerusi," katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Pelajar IPTA dan IPTS Siri 03/2023, di Parlimen Titiwangsa, di sini, hari ini.

Pada majlis itu, seramai 100 pelajar yang layak menerima sumbangan sebanyak RM1,000.

Bagaimanapun, Johari yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa turut menafikan kekalahan itu adalah disebabkan oleh gabungan bersama DAP, ini memandangkan BN masih diterima di Negeri Sembilan.

"Kita tidak boleh lari dari hubung kait masyarakat majmuk kerana penyesuaian itu perlu, sebaliknya kita perlu kaji bagaimana untuk memenangi semula hati orang Melayu seperti mana mereka menyokong BN sejak 60 tahun lalu.

"Selain itu, soal gabungan parti ini juga tidak boleh dilihat dari tempoh masa lapan bulan mentadbir, sebaliknya kena lihat sepenggal.

"Jika kita boleh olah dengan baik, mungkin keputusan pada tahun 2027 akan lebih baik, jadi perlu analisis yang lebih banyak.

"Umpamanya PAS bila berkempen, mereka sangat strategik dan fokus walaupun tidak menggunakan wang yang banyak.

"Calon mereka menang, mesti ada sesuatu yang menjadi tarikan kepada masyarakat di situ.

"Jadi kita ada masa empat tahun dua bulan lagi dari sekarang hingga tahun 2027 kerana kalah teruk hari ini tidak semestinya kalah lagi selepas ini jika kita sanggup berubah daripada pelbagai sudut," katanya.

Menyentuh kenyataan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa UMNO tidak relevan lagi, beliau berkata, BERSATU sendiri kalah sebanyak 40 daripada 79 kerusi yang ditandingi.

"Yang menang banyak adalah PAS. Biasalah dalam politik ada 'up and down' (turun dan naik), janganlah nak tekan-tekan orang bila dah kalah.

"Dia menang pun belum tentu boleh tubuh kerajaan. Baru 3-3," katanya.


Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... -atas-kekalahan-prn

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 04:45 PM GMT+8 , Processed in 0.488026 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list