CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2138|Reply: 0

[Politik] Sanusi angkat sumpah jawatan MB Kedah hari ini

[Copy link]
Post time 14-8-2023 08:28 AM | Show all posts |Read mode
Sanusi angkat sumpah jawatan MB Kedah hari ini


Pengerusi PN Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor. - FAIL NSTP


ALOR SETAR: Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri, mengesahkan akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah, hari ini.

Muhammad Sanusi, 49, yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah berkata, beliau akan melafaz sumpah memegang jawatan itu di Istana Anak Bukit di sini, jam 10 pagi.

"Esok (hari ini) saya akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar di Istana Anak Bukit 10 pagi," katanya ketika berucap pada program Himpunan Mandat Rakyat di Kompleks PAS Kedah di sini, malam tadi.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) semalam, PN mendapat kemenangan besar iaitu 33 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.

Muhammad Sanusi yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, mempertahankan kerusi DUN Jeneri selepas menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim, dengan majoriti 16,050 undi.

Sebelum ini, beliau adalah Menteri Besar Kedah ke-14 yang dilantik dan mengangkat sumpah jawatan itu pada 17 Mei 2020 selepas mendapat sokongan majoriti ADUN ketika itu. – BERNAMA

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... n-mb-kedah-hari-ini

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 08:58 AM GMT+8 , Processed in 0.061389 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list