CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5601|Reply: 0

[Politik] Altimet teruja mahu tabur bakti kepada ibu pertiwi

  [Copy link]
Post time 14-8-2023 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Highflyer19 at 14-8-2023 06:46 PM


Altimet menjalankan tugas sebagai wakil rakyat dengan menunaikan solat subuh berjemaah di Masjid Taman Kosas, Ampang, semalam. - NSTP/Hairul Anuar Rahim

KUALA LUMPUR: Dari penyanyi rap yang hebat di pentas seni, siapa sangka kerjaya Altimet, 45, berubah 360 darjah apabila kini menggalas tanggungjawab sebagai wakil rakyat.

Biarpun meletakkan titik noktah kepada perjalanan hidup sebagai penyanyi rap yang dilalui selama 24 tahun, Altimet atau Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad yang kini mahu dikenali sebagai YB Ahmad tidak sabar menaburkan bakti buat penduduk Lembah Jaya, Ampang.

Sebaik memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya, calon Pakatan Harapan (PH) itu sudah keluar bertemu rakyat dengan menunaikan solat subuh berjemaah di Masjid Taman Kosas, Ampang pada hari pertama memikul tanggungjawab sebagai wakil rakyat, semalam.

"Alhamdulillah, saya terharu dan teruja mahu menabur bakti buat masyarakat.

"Sebelum dipilih, saya tahu ada yang mempertikaikan dan memberikan pelbagai persepsi hanya disebabkan status sebagai penyanyi rap sebelum ini.

"Namun, saya enggan ambil peduli apapun persepsi orang terhadap saya, keputusan menyertai gelanggang politik sudah dibuat.

"Jadi, saya ambil keputusan abaikan kata-kata negatif dan jalan terus sahaja," katanya kepada BH Online.

Penyanyi lagu Kalau Aku Kaya dan Amboi itu berkata, dia yakin mampu menjalankan tanggungjawab sebagai wakil rakyat dengan sebaiknya melihat portfolionya dalam bidang seni selama ini.

Katanya, dia tidak bimbang sekiranya ada yang berasakan dirinya tidak layak memikul tanggungjawab sebagai wakil rakyat hanya kerana profesion sebagai penyanyi.

"Apapun profesion seseorang, sama ada bergelar doktor, peguam mahupun jurutera pasti ada sahaja yang akan mempersoalkan dan merasakan tidak layak menceburi bidang politik.

"Bagi saya, bila sudah dilantik, kita kenalah ubah persepsi dengan buktikan yang kita boleh buat kerja.

"Lagipun, pengalaman sebagai penyanyi sehingga memiliki 10 album dalam masa lima tahun, rasanya masyarakat boleh menilai tahap serius saya dalam bidang diceburi," kata penyanyi yang cukup popular menerusi lagu Amboi.

Ditanya titik tolak menceburi bidang politik, anak sulung daripada tiga adik-beradik itu berkata, ia berpunca daripada kebimbangan terhadap ekonomi negara yang lebih terikat dengan hala tuju politik.

"Sebagai usahawan, saya peka dan bimbang memikirkan ekonomi negara yang terikat dengan hala tuju politik.

"Pada masa sama, saya juga risaukan hala tuju anak muda yang bakal menjadi generasi baharu.

"Atas kebimbangan itulah saya memikirkan apa yang terbaik harus dilakukan demi masa depan generasi muda," kata bapa kepada tiga cahaya mata itu.

Sehubungan itu, anak kelahiran Petaling Jaya, Selangor itu berkata, dia sudah bersedia menjalankan amanah dan kepercayaan yang diberikan masyarakat.

Altimet berkata, dia belum mengangkat sumpah untuk meneruskan tugas secara rasmi, jadi buat masa ini, langkah pertamanya mengumpul maklumat bagi sesi memanaskan badan.

Akuinya, dia tidak gusar berdepan dengan masyarakat memandangkan sudah biasa bertemu orang ramai ketika bergelar penyanyi.

"Semua bidang ada persamaan, saya akan cuba jalankan kepimpinan yang proaktif. Bezanya, dahulu saya tiada majikan.

"Sekarang, saya berkhidmat untuk negara, jadi perlu banyak berdepan dengan masyarakat kerana mereka memilih saya sebagai wakil rakyat," katanya.

Mengulas adakah bercita-cita mahu ke Parlimen, Altimet berkata, harapan itu masih terlalu jauh dan ingin memberi fokus pada masyarakat di Lembah Jaya terlebih dahulu.

Terdahulu, Altimet menawan kerusi DUN Lembah Jaya dengan memperoleh undian 26,298 undi menewaskan lawannya, calon PN, Sharifah Haslizah Syed Ariffin hanya memperoleh undi 19,620.

Altimet menjadi selebriti kedua bergelar wakil rakyat selepas pelakon, Datuk Dira Abu Zahar.


https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2023/08/1140218/yb-ahmad-teruja-mahu-tabur-bakti-buat-masyarakat

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
[Edisi tahniah] Selamat Pengantin baru Afifah Nasir!
doubleA[Edisi tahniah] Selamat Pengantin baru A
Views : 27720 Replies : 214
Akibat Boros Duit KWSP RM700,000 ‘Licin’ Dalam Masa Tiga Tahun, terpaksa bekerja semula di umur 70 tahun kerana terdapat komitmen besar seperti kad kredit dan pinjaman rumah
YgBenarAkibat Boros Duit KWSP RM700,000 ‘Licin
Views : 19943 Replies : 218
Eizlan Yusuf selamat bernikah
BoomibulatEizlan Yusuf selamat bernikah
Views : 22493 Replies : 135
Suami kecewa isteri yang dinikahi selama ini rupanya lelaki
mojarean_XSuami kecewa isteri yang dinikahi selama
Views : 7450 Replies : 43
PMX kata penjawat awam yang lembab dan bermasalah tidak naik gaji secara automatik.
YgBenarPMX kata penjawat awam yang lembab dan b
Views : 19834 Replies : 24
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 25627 Replies : 175
tajuk apa yg sesuai
Mrperfect2tajuk apa yg sesuai
Views : 7074 Replies : 32
Isteri curang?
Lavender85Isteri curang?
Views : 9501 Replies : 31
comel
rospinkicomel
Views : 7133 Replies : 46

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 03:50 PM GMT+8 , Processed in 0.063905 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list