CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1521|Reply: 3

[Politik] 'Pertuduhan ke atas saya bermotifkan politik' - Muhyiddin

[Copy link]
Post time 15-8-2023 01:36 PM | Show all posts |Read mode
'Pertuduhan ke atas saya bermotifkan politik' - Muhyiddin


MUHYIDDIN pada sidang media di Mahkamah Tinggi hari ini. FOTO Saifulizan Tamadi.


Kuala Lumpur: Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin empat pertuduhan salahguna kuasa untuk rasuah yang dikenakan terhadapnya bermotifkan politik dan penyalahgunaan kuasa mahkamah oleh pihak tertentu.

Muhyiddin, 76, berkata, susulan pembebasannya hari ini beliau akan terus berusaha untuk menjelaskan kepada masyarakat mengenai tindakan yang dibuat oleh pihak yang menganiayanya.

Beliau berkata, pertuduhan yang dikenakan terhadapnya adalah palsu dan tidak langsung menepati undang-undang untuk dibicarakan.

"Sebelum ini, perkara seumpama ini tidak pernah berlaku, saya dimaklumkan ini adalah kes pertama.

"Sejak awal lagi pertuduhan berkenaan adalah bermotifkan politik sedangkan saya tidak melakukan apa-apa kesalahan dari sudut undang-undang di bawah SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) atau undang-undang jenayah lain," katanya dalam sidang media selepas prosiding di Mahkamah Tinggi hari ini.

Ucapan Ahli Parlimen Pagoh itu kemudiannya disambut oleh penyokongnya dengan laungan 'takbir'.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu turut berterima kasih kepada semua terutama keluarga yang sentiasa memberi semangat untuk menegakkan keadilan dan menentang kemungkaran.

"Ini juga memberikan saya dan rakan lain semangat lebih tinggi untuk terus berjuang menentang kezaliman penyalahgunaan kuasa rasuah," katanya.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi di sini melepas dan membebaskan Muhyiddin bagi empat pertuduhan salah guna kuasa suapan berjumlah RM232.5 juta bagi parti itu.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin, membuat keputusan berkenaan selepas membenarkan permohonan Muhyiddin selaku pemohon untuk membatalkan empat pertuduhan berkenaan.

Dalam prosiding itu, Muhyiddin diwakili peguam, Datuk Hisyam Teh Poh Teik dan Amer Hamzah Arshad manakala pendakwaan selaku responden dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin dan Ahmad Akram Gharib.

Sebelum ini, berdasarkan afidavit sokongan yang difailkan bersama notis usul, Muhyiddin atau nama sebenarnya Mahiaddin Md Yasin, 76, mendakwa empat pertuduhan menggunakan kedudukan yang didakwa ke atasnya adalah cacat dan tidak sah di sisi undang-undang kerana bercanggah Seksyen 152 Kanun Acara Jenayah.

Pada 10 Mac lalu, Muhyiddin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas empat pertuduhan menggunakan kedudukan untuk suapan RM232.5 juta dan dua pertuduhan pengubahan wang haram RM195 juta tiga tahun lalu.

Mengikut pertuduhan pertama hingga keempat Muhyiddin didakwa sebagai Perdana Menteri dan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menggunakan kedudukannya untuk empat suapan masing-masing RM200 juta, RM1juta, RM19.5 juta dan RM12 Juta yang kesemuanya berjumlah RM232.5 juta.

Ia yang mana kesemua suapan itu diterima daripada tiga syarikat dan seorang individu.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/ ... n-politik-muhyiddin

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2023 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Salahguna kuasa pertuduhan. Tak boleh saman atau heret ke mahkamah ke?
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2023 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Peguam teh ni lg yg dpt job. 1mdb pun dia jgk. Mmg lawyer utk ahli politik agaknya
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2023 02:32 PM | Show all posts
Counter sue for false accusation. Tapi panjang plak cerita dia. Yg untung lawyer gak...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
[Edisi tahniah] Selamat Pengantin baru Afifah Nasir!
doubleA[Edisi tahniah] Selamat Pengantin baru A
Views : 27720 Replies : 214
Akibat Boros Duit KWSP RM700,000 ‘Licin’ Dalam Masa Tiga Tahun, terpaksa bekerja semula di umur 70 tahun kerana terdapat komitmen besar seperti kad kredit dan pinjaman rumah
YgBenarAkibat Boros Duit KWSP RM700,000 ‘Licin
Views : 19943 Replies : 218
Eizlan Yusuf selamat bernikah
BoomibulatEizlan Yusuf selamat bernikah
Views : 22493 Replies : 135
Suami kecewa isteri yang dinikahi selama ini rupanya lelaki
mojarean_XSuami kecewa isteri yang dinikahi selama
Views : 7450 Replies : 43
PMX kata penjawat awam yang lembab dan bermasalah tidak naik gaji secara automatik.
YgBenarPMX kata penjawat awam yang lembab dan b
Views : 19834 Replies : 24
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 25627 Replies : 175
tajuk apa yg sesuai
Mrperfect2tajuk apa yg sesuai
Views : 7074 Replies : 32
Isteri curang?
Lavender85Isteri curang?
Views : 9501 Replies : 31
comel
rospinkicomel
Views : 7133 Replies : 46

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 03:03 PM GMT+8 , Processed in 0.060336 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list