CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2847|Reply: 20

[Politik] Agong cemar duli tinjau lokasi pesawat ringan terhempas

[Copy link]
Post time 17-8-2023 06:24 PM | Show all posts |Read mode
Agong cemar duli tinjau lokasi pesawat ringan terhempas


SHAH ALAM 17 OGOS 2023. Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah meninjau lokasi kejadian pesawat ringan terhempas di kawasan perumahan Elmina. FOTO ASYRAF HAMZAH



Shah Alam: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mencemar duli meninjau lokasi kejadian pesawat ringan terhempas di Bandar Elmina berdekatan Lebuhraya Guthrie, hari ini.

Baginda tiba pada jam 5.40 petang dan berkenan mendengar taklimat mengenai insiden berkenaan.

Al-Sultan Abdullah juga berkenan mencemar duli dan berbual dengan keluarga mangsa.

Terdahulu, polis mengesahkan 10 individu maut yang mana lapan adalah penumpang dan kru pesawat.

Dua lagi mangsa adalah orang awam yang menaiki sebuah kereta dan sebuah motosikal yang melalui jalan itu ketika pesawat berkenaan terhempas.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, pesawat peribadi itu dari Langkawi dan dijangka mendarat pada jam 2.50 petang bagaimanapun, ia terhempas dua minit sebelum waktu mendarat.

Dalam pada itu, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari turut merakamkan ucapan takziah kepada mangsa yang terbabit.

"Saya menyeru agar semua pihak tidak menyebarkan imej mangsa dan menimbulkan sebarang spekulasi tidak berasas bagi menghormati keluarga mangsa.

"Semoga ahli keluarga mangsa tabah dan sabar menghadapi ujian ini," katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... at-ringan-terhempas

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-8-2023 06:26 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2023 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Raline replied at 17-8-2023 06:26 PM

Ngerinya minyak kapal terbang meletop!
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2023 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Raline replied at 17-8-2023 06:26 PM

Sekelip mata jahh..
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2023 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni macam Exit Elmina dari Guthrie
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2023 08:24 PM | Show all posts
Nahas di Elmina bukan tragedi pertama


Tragedi nahas pesawat persendirian di Elmina yang dirakam dari CCTV penduduk setempat. Foto Ihsan Pembaca.


KUALA LUMPUR: Nahas pesawat persendirian di Elmina, semalam, adalah yang kedua berlaku di kawasan itu, dengan tragedi pertama membabitkan Japan Airlines Flight 715, pada 27 September 1977 yang meragut 34 nyawa.

Dalam nahas itu, 26 penumpang dan lapan anak kapal maut selepas Japan Airlines Flight 715 terhempas di sebuah bukit di Estet Elmina yang ketika itu masih ladang getah.

Pesawat McDonnell Douglas DC-8 dengan 69 penumpang dan 10 anak kapal itu sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang sebelum menuju ke Singapura.


Tragedi membabitkan Japan Airlines Flight 715, pada 27 September 1977 yang meragut 34 nyawa. - Foto sosial media


Pesawat Japan Airlines Flight 715. . Foto FB Nostalgia Malaysia 60an & 70an


Terdapat 29 penumpang warga negara Jepun dalam penerbangan itu.

Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Haneda di Tokyo dan terbang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Changi di Singapura dan mendarat di Lapangan Terbang Kai Tak di Hong Kong.

Difahamkan, daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA), dua jam selepas penerbangan, kawalan trafik udara LTSAAS memberitahu Japan Airlines Flight 715 untuk memulakan pendaratan di landasan 15.

Pesawat itu terbang di bawah paras minimum 750 kaki, kemudian pada 300 kaki, ia terhempas ke tepi bukit, 6.44 kilometer dari lapangan terbang.

Pesawat itu rosak disebabkan impak hentaman, bukan kerana kebakaran.

Laporan penyiasatan DCA menyatakan ketika nahas, cuaca buruk di sekitar lapangan terbang dan pesawat berada pada sistem navigasi radio julat omni-arah frekuensi yang sangat tinggi untuk pendekatan pesawat.

"Siasatan bagi menentukan punca kemalangan adalah kapten menerbangkan pesawat di bawah altitud penurunan minimum tanpa melihat landasan dan meneruskan penurunan menyebabkan pesawat itu terhempas sebelum tiba ke lapangan terbang.

"Kematian kru penerbangan di lapangan terbang disebabkan cuaca buruk yang turut menyumbang kepada kemalangan. Pegawai pertama tidak mempersoalkan kapten kerana melanggar peraturan," katanya.

TRAGEDI LAIN:

22 Julai 2023

- Sebuah helikopter Jabatan Bomba dan Penyelamat terhempas di apron hangar Institut Teknologi Penerbangan Malaysia Universiti Kuala Lumpur berhampiran LTSAAS di Subang.

Kejadian tengah hari itu berlaku ketika helikopter melakukan penerbangan ujian.

Kesemua tujuh orang di atas kapal, termasuk juruterbang, dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

1 Ogos 2022

- Seorang jurulatih penerbangan maut dan ketua pengajar penerbangannya mengalami kecederaan apabila pesawat ringannya terhempas di Jalan Raja Dr Nazrin Shah-Sungai Rokam di Ipoh.

Dalam kejadian 8.10 malam itu, pesawat Piper 28 itu dikendalikan Fajim Juffa Mustafa Kamal berusia 52 tahun yang terbunuh di tempat kejadian.

Ia terbang dari BATS Aviation Sdn Bhd. Mangsa yang cedera ialah Muhammad Din Fikri Zainal Abidin,62.

7 Nov 2020

- Dua lelaki maut apabila helikopter dinaiki mereka bertembung di udara selepas meragut seorang lagi berhampiran Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Taman Melawati di Taman Melawati, Kuala Lumpur dalam kejadian 11.45 pagi itu.

Kedua-dua mereka meninggal dunia di tempat kejadian dan masih terikat di tempat duduk mereka.

Helikopter kedua dengan dua di atas kapal berjaya melakukan pendaratan kecemasan di padang sekolah.

Helikopter itu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang dan menuju ke Genting Sempah.

Mangsa yang maut ialah kapten My Heli Club, Komander (B) Mohamed Sabri Baharom, 56, dan Mohamad Irfan Fikri Mohd Rawi, 44. Kedua-dua helikopter itu dimiliki oleh kelab berkenaan.



Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... kan-tragedi-pertama


Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-8-2023 08:24 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2023 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Hungry ghost month.......

Innalillah.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2023 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Awal lagi nak hungry ghost... pastu melayu islam pulak tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2023 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Atok Pejuwang 'brainchild' kete terbang tersenyum kelat..
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2023 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Design kapal terbang mmg xde plan B kalu ada mslh..trus jatuh terjunam..
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2023 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Cemar duli tu apa maksudnya?
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2023 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 17-8-2023 10:34 PM
Cemar duli tu apa maksudnya?

Mencemarkan tapak kaki
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2023 06:16 AM | Show all posts
Bini ada sekali ke tu?
Kalau dak boleh pimpin tangan
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2023 10:07 AM | Show all posts
batmana replied at 17-8-2023 09:11 PM
Design kapal terbang mmg xde plan B kalu ada mslh..trus jatuh terjunam..

pilot pengsan ke apa
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2023 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 17-8-2023 10:41 PM
Mencemarkan tapak kaki

Ye ke? Abis tu kebawah duli tu apa mendanya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-8-2023 02:46 PM | Show all posts

jgn ditanya
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2023 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 18-8-2023 02:30 PM
Ye ke? Abis tu kebawah duli tu apa mendanya...

pacal = anak anjing

duli = tapak kaki

patik pacal yang hina = patik anak anjing yang hina

ke bawah duli tuanku yang maha mulia = sujud ke bawah tapak kaki tuanku yang maha mulia

Segmen tahukah anda, tahukah anda bahawa duli itu bermaksud tapak kaki dan pacal itu anak anjing. Patik pacal yang hina sujud sembah ke bawah duli Tuanku Yang Maha Mulia maksudnya aku anak anjing yang hina sujud bawah tapak kaki kau, sampai bila kita hendak diperbodohkan sebegini?
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2023 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 18-8-2023 03:56 PM
pacal = anak anjing

duli = tapak kaki

Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2023 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 18-8-2023 03:56 PM
pacal = anak anjing

duli = tapak kaki

Sebegitu hina ye?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 09:49 AM GMT+8 , Processed in 0.232075 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list