CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3567|Reply: 6

[Politik] GEMPAR dan PANAS 2-in-1: 7 Ahli Parlimen BN letak jawatan hanya khabar angin - Ahmad Zahid

  [Copy link]
Post time 21-8-2023 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Highflyer19 at 21-8-2023 08:17 PM


AHMAD Zahid ditemui media selepas Majlis Penutupan Madani Ride PDRM & ISBC. FOTO Faiz Anuar

Shah Alam: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan bahawa tujuh Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN) akan meletak jawatan.

Beliau berkata, perkara itu hanya khabar angin berikutan mereka terikat dengan aku janji yang sudah ditandatangani sebelum ini.

"Apa yang paling penting, kita tunggu sampai akhir penggal dan jika mahu lakukan tindakan politik yang sebaliknya, kita harus melihat mandat dan watikah sudah diberikan kepada mereka bagi mewakili parti dan bukan diri sendiri.

"Ini dah ditandatangani oleh mereka di dalam aku janji dan dalam dokumen diikrarkan hadapan saya," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penutupan Madani Ride PDRM ISBC di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman Datuk Seri Hazani Ghazali dan Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.

Terdahulu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Datuk Lokman Noor Adam menerusi rakaman video mendakwa tujuh Ahli Parlimen akan meletak jawatan masing-masing.

Beliau mendakwa Ahli Parlimen terbabit adalah empat di Johor dan masing-masing satu di Pahang, Sabah serta negeri di Utara.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN berkata, sebarang tindakan yang ingin dilakukan perlu menunggu sehingga akhir penggal.

"Jika mahu ambil tindakan pada hemat mereka untuk kepentingan diri, saya fikir eloklah tunggu akhir penggal nanti," katanya.


https://www.hmetro.com.my/utama/2023/08/1001948/7-ahli-parlimen-bn-letak-jawatan-hanya-khabar-angin-ahmad-zahid

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2023 08:24 PM | Show all posts
ada yang bakal terciduk ke tu
hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2023 01:49 AM From the mobile phone | Show all posts
BN tak sesuai la dengan PAS
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2023 09:05 AM | Show all posts
macam x cukup berani ja nk letak jawatan
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2023 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
s@s@ replied at 22-8-2023 09:05 AM
macam x cukup berani ja nk letak jawatan

Suke ke tak suke kee.. jln jee.. dunia ini kira duit jee..
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2023 09:12 AM | Show all posts
kaka rasa dan percaya gov ni akan kekal lagi 4 tahun. jadi buktikan mampu urus ekonomi negara ekonomi rakyat. buktikan ringgit rahmah kekal momentum positive atleast kembali pada paras myr 3.50 .. buktikan bursa kembali positive grow..

kalau nak cakap reformasi rasuah memang xnampak result pun.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-8-2023 10:05 AM | Show all posts
beria la masa 2014 buat langkah kajang semata2 nak ambik alih kerajaan pusat..
dah jadi kerajaan pusat tak tau nak buat apa..
kempen politik jek memanjang..berat la puak ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 11:23 PM GMT+8 , Processed in 0.061301 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list