CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3083|Reply: 1

[Politik] 7 Ahli Parlimen BN letak jawatan hanya khabar angin - Ahmad Zahid

[Copy link]
Post time 21-8-2023 09:57 PM | Show all posts |Read mode
7 Ahli Parlimen BN letak jawatan hanya khabar angin - Ahmad Zahid


AHMAD Zahid ditemui media selepas Majlis Penutupan Madani Ride PDRM & ISBC. FOTO Faiz Anuar


Shah Alam: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan bahawa tujuh Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN) akan meletak jawatan.

Beliau berkata, perkara itu hanya khabar angin berikutan mereka terikat dengan aku janji yang sudah ditandatangani sebelum ini.

"Apa yang paling penting, kita tunggu sampai akhir penggal dan jika mahu lakukan tindakan politik yang sebaliknya, kita harus melihat mandat dan watikah sudah diberikan kepada mereka bagi mewakili parti dan bukan diri sendiri.

"Ini dah ditandatangani oleh mereka di dalam aku janji dan dalam dokumen diikrarkan hadapan saya," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penutupan Madani Ride PDRM ISBC di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman Datuk Seri Hazani Ghazali dan Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.

Terdahulu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Datuk Lokman Noor Adam menerusi rakaman video mendakwa tujuh Ahli Parlimen akan meletak jawatan masing-masing.

Beliau mendakwa Ahli Parlimen terbabit adalah empat di Johor dan masing-masing satu di Pahang, Sabah serta negeri di Utara.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN berkata, sebarang tindakan yang ingin dilakukan perlu menunggu sehingga akhir penggal.

"Jika mahu ambil tindakan pada hemat mereka untuk kepentingan diri, saya fikir eloklah tunggu akhir penggal nanti," katanya.

SUMBER:https://www.hmetro.com.my/utama/ ... r-angin-ahmad-zahid

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2023 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh le kalu betul depa nak buang jawatan tu...cakap kosong dr walaun boleh le
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 08:20 AM GMT+8 , Processed in 0.053343 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list