CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1979|Reply: 12

[Politik] Barisan exco Selangor bukti Melayu berkuasa, kata penganalisis

  [Copy link]
Post time 22-8-2023 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Barisan exco Selangor baharu bersama Menteri Besar, Amirudin Shari. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Hanya dua dalam kalangan 10 exco baharu Selangor terdiri daripada kaum Cina mungkin cara untuk memberi mesej bahawa orang Melayu masih berkuasa, menurut penganalisis politik.

Tujuh daripada 10 exco itu adalah orang Melayu, manakala tiga lagi – Ng Sze Han, Ng Suee Lim dan Papparaidu Veraman daripada DAP.


Penganalisis politik, Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata, barisan exco itu mungkin bertujuan meredakan kebimbangan bahawa orang Cina, menerusi DAP, menguasai kerajaan, iaitu persepsi digunakan PAS dan Bersatu dalam kempen PRN bulan ini.

“Barisan exco ini memang menarik. Secara teknikalnya, DAP mempunyai bilangan portfolio terbesar iaitu empat, dan mereka sepatutnya dominan. Tetapi daripada empat itu, hanya dua berbangsa Cina, manakala masing-masing seorang Melayu dan India.


“Saya fikir kerajaan perpaduan cuba menunjukkan orang Melayu dominan, walaupun parti paling berjaya adalah DAP yang berasaskan Cina dalam PRN,” katanya kepada FMT.

Gabungan perpaduan memenangi 34 daripada 56 kerusi DUN. Daripada jumlah itu, DAP menang semua 15 kerusi ditandinginya, manakala PKR (12), Amanah (5) dan Umno (2).

Seramai 38 Adun Selangor berbangsa Melayu, dengan 22 daripada Perikatan Nasional dan 16 lagi daripada Pakatan Harapan-Barisan Nasional.

Penganalisis sosiopolitik, Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya berkata, barisan exco negeri ini mampu meredakan sentimen perkauman yang dimainkan pembangkang, khususnya dakwaan kerajaan negeri dikawal orang Cina menerusi 15 kerusi dimenangi DAP.


“Ini tidak berlaku seperti yang kita dapat lihat daripada pelantikan exco. Ini menunjukkan orang Melayu dan India tidak diketepikan seperti didakwa pembangkang. Kita dapat lihat konsep perpaduan Malaysia digambarkan oleh kerajaan Selangor.”


Tetapi, dua penganalisis itu berpendapat apa yang penting untuk exco Selangor baharu ini adalah sejauh mana mereka mampu menguruskan negeri, khususnya dari segi ekonomi.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2023 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Hooray my care bear amirrudin leads the team.....

A good debate didewan adun to come ,with sembuyit as ketua pembangkang(mb tepi)

Yesssszza
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2023 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
X abis2 pasal perkauman..x sebut melayu berkuasa x boleh ke...
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2023 11:43 AM | Show all posts
Edited by mamajawie at 22-8-2023 12:24 PM

ok baiklah..
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2023 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
mamajawie replied at 22-8-2023 11:43 AM
jamie tu pun takat bapak je melayu tapi tetap la ada leluhur tanah besar gak..

Tunku Abdul Rahman katanya ada keturunan Siam...elok je jadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2023 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Sampai kena pakai tanjak dorang sbb selama ni dituduh tak cukup melayu ke

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-8-2023 12:09 PM | Show all posts
sebut bangsa pun kau nak sensitif.. kau jadi lembu je lah kalau gitu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2023 12:23 PM | Show all posts
zorrro_03 replied at 22-8-2023 12:09 PM
sebut bangsa pun kau nak sensitif.. kau jadi lembu je lah kalau gitu.

Alhamdulillah..Melayu meney

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2023 12:23 PM | Show all posts
B40tastePosh replied at 22-8-2023 11:51 AM
Tunku Abdul Rahman katanya ada keturunan Siam...elok je jadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama ...

oh yeke?haha my bad..sorry tibe raise race issue ni..mana2 dunia pun sama je..

Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2023 01:14 PM | Show all posts
Msia dari dulu kini dan selamanya mmg dikuasai melayu pun ..walaun je yg hari2 dok memekak tuduh melayu terancam la apa bagai sb tu je modal dorg utk perbodohkan melayu utk dpt sokongan..

Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2023 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by kelapaparut at 22-8-2023 01:56 PM

takut jugak kalu Dap bkuasa kite semue berak xleh pakai air, melayu kne pakse mkn babi, masjid2 ditutup, azan disenyapkan, kne bukak tudung semue,budak pi skolah kne pakai skirt..dasyat dakyah pn smpi i pun jd terikut, selisih malaikat 44
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2023 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 22-8-2023 12:00 PM
Sampai kena pakai tanjak dorang sbb selama ni dituduh tak cukup melayu ke

Memang dari sejak zaman purba diorg pakai tanjak

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2023 03:14 PM | Show all posts
Alhamdulillah, tapi iols harap takde yg jadi kambing hitam.. digunakan oleh puak-puak lain ye.. jangan nama je Melayu, tapi jiwa kearah lain..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 06:14 AM GMT+8 , Processed in 0.061235 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list