CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 16784|Reply: 27

[Politik] Kapal terbang pergi haji pun ciptaan manusia - Hadi

[Copy link]
Post time 28-8-2023 12:17 PM | Show all posts |Read mode
Kapal terbang pergi haji pun ciptaan manusia - Hadi
Alyaa Alhadjri
Diterbitkan:  Aug 27, 2023 7:26 PM



Presiden PAS Abdul Hadi Awang hari ini menggunakan analogi perjalanan ke Makkah menaiki kapal terbang "ciptaan manusia" yang menurutnya mesti digunakan untuk menegakkan agama.

Abdul Hadi berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mufti Pulau Pinang Wan Salim Wan Mohd Noor, yang berhujah bahawa konsep parti Islam adalah "ciptaan manusia" dan oleh itu umat Islam tidak dipaksa untuk memberikan sokongan.

"Ada ciptaan manusia yang mesti digunakan untuk agama. Macam kapal terbang yang manusia cipta boleh digunakan untuk pergi haji.

"Nak pergi Makkah pun kena naik kapal terbang itu yang manusia buat bukan jalan kaki. Parti ini ciptaan manusia tapi untuk menegakkan agama dan bangsa," kata Abdul Hadi ketika sidang media di pusat gerakan PAS Pulai di Johor hari ini.

Minggu lalu, Wan Salim berkata seorang Muslim tidak akan berdosa jika mereka memilih untuk menyokong mana-mana parti politik selain parti yang disifatkan sebagai "parti Islam".

Berita Harian memetik Wan Salim sebagai berkata bahawa sikap "taksub" kerap mendorong seseorang dalam menyamakan antara rekaan manusia dengan ciptaan Allah.

Pada masa itu, Wan Salim berkata demikian berikutan Menteri Besar Kelantan Nassuruddin Daud menyifatkan dua Adun Pakatan Harapan (PH) dan BN di Kelantan sebagai orang "yang menentang perjuangan Islam".

Abdul Hadi membuat analogi itu selepas menghadiri 'Dialog Rakyat' bersama pengundi Pulai, yang dianjurkan oleh PAS bahagian tempatan sebagai sebahagian daripada kempen calon Perikatan Nasional (PN) Zulkifli Jaafar.

Turut hadir ialah Naib Presiden Bersatu Radzi Jidin.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2023 01:00 PM | Show all posts
tau takpa.
tak salah naik kapalterbang ciptaan kapir lahnat utk gi haji.
boleh pahala jugak kalu dpt selesaikan haji.

yg salahnya kalu naik helikopter binaan anak2 seluang.
tujuan dibina pun utk benda2 lagha dgn pembaziran lebih 18 ribu.
masuk pun ada potensi berdosa.


Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2023 01:11 PM | Show all posts
Kalau tengok kat analogi Haji Hadi ni, betullah cakap mufti Penang hari tu. Benda ciptaan manusia tak berdosa kalau tak pakai. Macam kapal terbang ke Mekah. Kalau nak jalan kaki ke naik motor pun sah je. Kalau naik plane, tak pilih MAS tak berdosa. Boleh pilih Saudia ke Emirates pun ok je. Jadi benda ciptaan manusia seperti parti yang bernama Islam atau Allah seperti Hezbollah dan Parti Islam, tak pilih pun tak berdosa. Takde la mufti tu suruh pilih parti syaitan ke parti agama lain misalnya. Parti yang memperjuangkan kebajikan rakyat dan kemajuan negara tanpa menentang Islam ok saja.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2023 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Bkn ka sumer parti ciptaan manusia? Org pilih sbb idrologi yg dibawa.. yg pastinya ideologi komunih tak selari dgn rukunegara.. tatau la kalau deme pikiaq lain.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2023 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 28-8-2023 01:17 PM
Bkn ka sumer parti ciptaan manusia? Org pilih sbb idrologi yg dibawa.. yg pastinya ideologi komunih  ...

Haah.
ayoh chik nk ckp parti ni cuma alat jer, yang penting prinsip perjuangan tu ape..kalo parti tu berprinsipkan kumunih ,sekular dan liberal yg obviously bertentangan ajaran islam memang tak boleh la nak ikut..
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2023 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau nk harap pas cipta kapaterobang tak merasa la org pi mekah balik hari
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-8-2023 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
'PARTI'...ayah pin acaner...pulok???
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2023 02:29 PM | Show all posts
Dan agama juga ciptaan manusia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2023 02:43 PM | Show all posts
cmf_almondpecan replied at 28-8-2023 01:11 PM
Kalau tengok kat analogi Haji Hadi ni, betullah cakap mufti Penang hari tu. Benda ciptaan manusia ta ...

Mufti tu nak memperbetulkan fahaman sesetengah orang yg menganggap mana2 parti atau pertubuhan yg menggunaan nama islam aje yg betul  dlm mempejuangkan islam sedangkan ianya adalah ciptaan manusia yg belum tentu betul pejuangan islamnya dan yg tidak menggunakan nama islam belum tentu salah pejuangan islamnya.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2023 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_almondpecan replied at 28-8-2023 05:11 AM
Kalau tengok kat analogi Haji Hadi ni, betullah cakap mufti Penang hari tu. Benda ciptaan manusia ta ...

Betul jugak ek
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2023 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 28-8-2023 06:29 AM
Dan agama juga ciptaan manusia.

Bukan semua agama kot. Ada yg original dan ada yg fake. Itu biasa kan.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2023 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_almondpecan replied at 28-8-2023 01:11 PM
Kalau tengok kat analogi Haji Hadi ni, betullah cakap mufti Penang hari tu. Benda ciptaan manusia ta ...

Good post....
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2023 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 28-8-2023 04:00 PM

Dlm tak sedar edi bawang dah termengaku tak bedosa pun kalo undi selain Pas..sbb pas tu parti politik buatan manusia je,bukannya Agama
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2023 03:52 PM | Show all posts
betul la ckp mufti penang tu...UMNO, Bersatu, PKR, Amanah, semua parti menegakkan Islam
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2023 03:56 PM | Show all posts
Nik Amar 2.0

Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2023 04:41 PM | Show all posts
hadi awang ganung adang mekyah @Bipolajourney2 tersunyum sinis walaupon kena kencing manis kronik hampir buta tak dpt membaca

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2023 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
taktaw kenapa mufti P.Pinang ni sibuk nk menyelit hal2 politik... kita nk Islam kuat dan bersatu di bawah satu gabungan dan sekarang dh ada usaha ke arah itu... cara mufti ni mcm tak sokong umat Islam bersatu di bawah ideologi politik Islam... betul la mcm RPK bgtaw dlam YouTube, umat Islam dan orang Melayu khususnya mmg tak bole bersatu sejak zaman purba lg..ada je hasad dengki atau apa2 sabotaj yg buat kita tak boleh bersatu...
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2023 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
MissYouSayang replied at 28-8-2023 02:15 PM
Haah.
ayoh chik nk ckp parti ni cuma alat jer, yang penting prinsip perjuangan tu ape..kalo parti  ...

Masalahnya pemahaman org melayu terhadap agama itu berbeza meskipun sumer baca buku teks agama yg sama dlm klas.. penghayatan berbeza ada byk sebab.. maka dgn itu, deme akan memilih apa yg dirasakan sesuai dgn diri.. takdenya nak tgk perjuangan Islam bagai.. kalau tak, camne ada melayu bleh sokong komunih dolu2?

Dolu2 iols tak paham jugak camne melayu bleh sokong komunih.. now, iols dah tak heran.. kalau org jaman dolu2 tau hangpa dok undi komunih, mau berpusing dlm kubur..

Menda ni ideologi dan pahaman..
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2023 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Pas bawah hadi awang ni jadi parti tunggang agama.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2023 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 28-8-2023 08:37 PM
Masalahnya pemahaman org melayu terhadap agama itu berbeza meskipun sumer baca buku teks agama yg  ...

Kalau nk kira org dulu yg terbunuh zaman komunis tahu dorg berpusing2 dlm kubur,  brosis x terfikir ke kalau org2 kampung Memali yg terbunuh sbb nk lawan kerajaan berpaksikan perlembagaan penjajah dpt tahu pimpinan dorg menjunjung perlembagaan tu,  mesti dorg pun berguling2 dlm kubur.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 10862 Replies : 2
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23636 Replies : 146
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69249 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21348 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 06:36 AM GMT+8 , Processed in 0.078851 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list