CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3460|Reply: 0

Kisah seram patung Robert yang jarang diceritakan...

[Copy link]
Post time 28-8-2023 01:13 PM | Show all posts |Read mode
Kisah seram patung Robert yang jarang diceritakan...




1. Keluarga Otto sebenarnya berantakan lepas kewujudan patung Robert ni. Anak dia hilang minat pada semua benda melainkan patung Robert. Ada khabar angin yang kata, pengasuh dia yang beri hadiah dan merasukkan patung tu, tapi sebenarnya hadiah tu diberi oleh datuk Eugune sendiri yang di beli ketika datuk nya ke German dan bila kes makin teruk, pengasuh dia cuba kluarkan roh dari patung tu tapi akhirnya patung Robert tu hanya disimpan di loteng.

2. Bila Eugene Otto ni mula membesar, dia mula merantau jauh hingga dia tak ingat dah pasal patung tu, sampai lah mak bapak dia meninggal dan isteri dia ternampak patung tu lepas kemaskan loteng. isteri dia tunjukkan patung tu pada Eugene dan Eugene mula berinteraksi dengan patung Robert yang buatkan isteri dia taknak suami dia bawak patung tu balik. Dia letak patung kat tingkap tu sebab dia nak Robert melihat dunia setelah berpuluh tahun terperangkap di loteng dan membuatkan jiran2 dia merasa ada sesuatu yg pelik bila lalu depan rumah Eugene..

3. Eugene dan isteri akhirnya terpaksa tinggal kat rumah tu sebab kegawatan ekonomi melanda US waktu tu. Itu je satu2nya harta pusaka Eugene.. sejak tinggal kat situ, Eugene dengan isteri mula bergaduh sehingga jiran2 diorang mula perasan benda tu. Dekat luar diorg ni umpama pasangan suami isteri yg baik2..tapi dirumah asik bergaduh. Hal ni berlarutan sampai lah Eugene meninggal. Dan akhinya isteri dia pon turut meniggal sebab penyakit.




4. Lepas keluarga Otto dah takde, ada keluarga baru beli rumah tu. Dan keluarga tu ada seorang anak perempuan yg akhirnya mula terikat dengan patung Robert lepas jumpa kat loteng. Tapi patung Robert mula jadi tak ngam dengan budak perempuan tu sbb dia tak ikut apa yg Robert nak.. Sampai la anak dia selalu cakap yg Robert nak bunuh dia.. Dan bapak dia terus kunci patung tu kat loteng balik. Diceritakan bapak dia mati lepas tu sbb bunuh diri

5. Bila anak perempuan dia dah besar, dia terjumpa patung tu balik kat loteng... dan bila dia keluarkan patung tu, kes2 mistik mula berlaku dan akhirnya dia tak tahan dan bagi patung ni kat muzium. Dia taknak hapuskan sebab ni barang2 pusaka kluarga Eugene. Jadi dia bagi kt muzium utk preserve.

6. Berlaku macam2 kes kat Muzium dan orang ramai mula mempercayai perbuatan Robert... sbb orang2 muzium pon asalnya tak percaya benda2 ni sampailah benda tu jadi kat diorg sendiri.




7. Muzium Fort East Martello ada list kan 4 peraturan yang perlu diikut untuk pengujung yang nak tgok Robert. Satu, perkenalkan diri pada Robert. Kedua, bertatasusila (jangan ejek atau kurang ajar). Ketiga, ucapkan selamat tinggal sewaktu beredar. Keempat, kalau nak ambik gambar perlu minta kebenaran pada patung tu.. (ini syarat muzium utk selamatkan pengunjung disebabkan beribu2 org melalui perkara yg sama bila buat perkara yg tak sepatutnya, sampaikan mangsa2 ni kene tulis atas kertas utk minta maaf pada Robert). Dikatakan beribu pengujung yang bersifat kurang ajar atau tak ikut salah satu peraturan kat muzium tu pada Robert akhirnya kehidupan diorang jadi bermasalah.

8. Robert digelar "The most haunted dolls in the world" sebab kes ni masih berlaku sampai sekarang pada setiap pengunjung yang melihat Robert tu sendiri.




Sumber: ML Studi

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:17 PM GMT+8 , Processed in 0.053742 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list