CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2417|Reply: 3

Pesakit dibedah pakar bedah wanita didapati lebih sihat

[Copy link]
Post time 31-8-2023 11:04 PM | Show all posts |Read mode
Pesakit dibedah pakar bedah wanita didapati lebih sihat

Pakar bedah wanita cenderung untuk menjalankan pembedahan dengan lebih perlahan. – Getty Images



TORONTO, KANADA – Dua kajian berasingan mendapati pesakit yang dibedah doktor pakar wanita kurang mengalami komplikasi berbanding pesakit yang dibedah oleh pakar bedah lelaki, lapor akhbar The Guardian semalam.

Pasukan doktor di Kanada dan Sweden meneliti  rekod lebih sejuta pesakit daripada dua daftar perubatan berasingan dan mendapati, pesakit yang dirawat doktor wanita mencatatkan hasil pembedahan lebih baik berbanding pakar lelaki.

Dalam penyelidikan tersebut, mereka mendapati pakar bedah wanita cenderung untuk menjalankan pembedahan dengan lebih perlahan dan teliti.

Ini mungkin menjadi punca pembedahan mencapai keputusan lebih baik, malah doktor wanita juga meluangkan lebih masa di dewan bedah.

Kajian itu diketuai oleh Dr. Christopher Wallis dan  dijalankan di Hospital Sinai di Toronto. Pasukan penyelidik meneliti  maklumat komplikasi, kemasukan semula ke hospital dan kadar kematian selepas pembedahan dalam kalangan hampir 1.2 juta pesakit antara 2007 hingga 2019.

Rekod itu termasuk 24 prosedur pembedahan berbeza ke atas jantung, otak, tulang, organ dan saluran darah.

Analisis yang dilaporkan dalam jurnal Jama Surgery itu menunjukkan bahawa 90 hari selepas pembedahan, 13.9 peratus pesakit yang dirawat oleh pakar bedah lelaki mengalami ‘keadaan buruk selepas pembedahan’ berbanding 12.5 peratus pesakit yang dirawat doktor wanita. – AGENSI

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/08 ... dapati-lebih-sihat/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2023 03:57 AM | Show all posts
adeh betulkah
mungkin kes kes nya berbeza
adalah lebih ramai surgeons yg lelaki, maka lebih ramai surgeons lelaki yang buat oncall dan operate malam2
jadi tentulah banyak yg ''tidak sihat''
rata2 mereka yg perlu dibedah malam hari, adalah yang sudah teruk keadaan mereka
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2023 11:24 AM | Show all posts
ipes2 replied at 1-9-2023 03:57 AM
adeh betulkah
mungkin kes kes nya berbeza
adalah lebih ramai surgeons yg lelaki, maka lebih ramai su ...

hahahah...kan, so maknanya doktor pompuan lagi teror..atau mcm u mentioned, those patient refer to male surgeon tu semua yang dah xde harapan. mungkin jugakla...alahai kesian jd dr lelaki ya
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2023 01:14 PM | Show all posts
adila39 replied at 20-9-2023 11:24 AM
hahahah...kan, so maknanya doktor pompuan lagi teror..atau mcm u mentioned, those patient refer to ...

Byk factors yg boleh contribute pada observational bias ini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:12 PM GMT+8 , Processed in 0.066673 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list