CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15772|Reply: 6

Baca tahiyyat akhir pada rakaat kedua

[Copy link]
Post time 3-1-2011 07:46 PM | Show all posts |Read mode
Salam,

Nak tanya la, kalu lah tersilap baca tahiyyat akhir kat rakaat kedua solat 4 rakaat, camne nak buat? leh tak kalu teruskan? atau kena baca tahiyyat awal balik? selalu gak kekadang tersilap baca, especially kalu solat masbuq.. so camne nak buat?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2011 07:50 PM | Show all posts
ko ni lalai laa...
tahiyyat awal tu sunat. kalu ko lupa baca sekalipon masih sah solat. tapi miss tahiyyat akhir x sah solat...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2011 07:52 PM | Show all posts
ko ni lalai laa...
tahiyyat awal tu sunat. kalu ko lupa baca sekalipon masih sah solat. tapi miss t ...
kk_o Post at 3-1-2011 19:50



    miss baca takpe... masalahnya tersalah baca.. hehehe aku memang lalai
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2011 08:26 PM | Show all posts
Teruskan solat sebab itu silap. Ada pandangan kata kena sujud sahwi sebab silap.


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2011 12:25 AM | Show all posts
Post Last Edit by always_typo at 4-1-2011 00:27

saya ingat maksud penanya ialah dia terbaca terlebih ie tahiyat akhir pada masa tahiyat awal. Tak perlu baca semula, teruskan sahaja. Tak perlu sujud syahwi.

Tahiyat ni kalau kita masbuq ada ustaz ajar baca lebih pun tak mengapa , kerana ada pendapat yang kata tak bagus masa solat kita tak berzikir kecuali masa dengar imam baca kuat fatihah/surah. Kita menunggu imam habis  baca tahiyat tu boleh jadi panjang juga masanya, tanpa zikir,  fikiran boleh melalut dan berangan-angan.

Masa kita menunggu imam habiskan tahiyat akhir mereka, tidak salah kita teruskan zikir tahiyat kita itu sehingga habis kalau ada masa (selawat ke atas Nabi, doa, dll lagi) walaupun ianya hanya tahiyat awal. Bila imam dah beri salam, berhenti dan bangun sambung solat kita.

Dlm keadaan lain pula, kalau imam habis tahiyat akhir mereka dan beri salam sebelum kita habis tahiyat awal kita (kita masuk waktu tahiyat akhir), tidak perlu habiskan tahiyat awal kita tu. Boleh saja bangun dan teruskan menyambung solat dengan rakaat baru.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2011 09:42 PM | Show all posts
saya ingat maksud penanya ialah dia terbaca terlebih ie tahiyat akhir pada masa tahiyat awal. Tak pe ...
always_typo Post at 4-1-2011 00:25



    terima kasih.. baru terang rasanya.. selama ni kalu masbuq selalu je aku terlalai sampai baca tahiyyat akhir.. pastu dok asyik ulang jek baca tahiyyat awal..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-1-2011 08:17 AM | Show all posts
hayatilah makna tahiyat itu... inshaallah tak lalai dan dapat kusyuk.
Perlu diingat, selain dari al fatihah dan takbiratul ihram, tahiyat ini (ketika tahiyat akhir) adalah rukun qauli atau rukun bacaan yang wajib dibaca dalam solat. Jadi maknanya perlu hayati betul-betul sambil mulut membaca.

Ada cerita (bukan hadith tapi riwayat ulamak) yang saya pernah dengar dari sebuah kitab Fekah yang menceritakan fadhilat tahiyat ini - utk ayat pertama sahaja:

Setiap kali seorang hamba Allah membaca ayat pertama tahiyat  dalam solatnya, dalam syurga, seekor burung syurga yang indah bernama At Tahiyyat yang sedang bertenggek di dahan sebuah pohon syurga bernama Al Mubaarokah  akan terbang dan menyelam masuk ke dalam sungai syurga yang bernama At Thoyyiba yang berada di sebelah pohon tersebut.

Bila terbang keluar dari sungai tersebut, burung tersebut bulu-bulunya pun basah kuyup, lalu iapun menggeleparkan sayap-sayapnya beberapa kali untuk mengeringkan badannya. Terperciklah air-air sungai dari bulu burung syurga tersebut ke atas tanah di syurga.

Maka bagi setiap titik air yang terpercik itu, satu dosa hamba yang membaca tahiyat tersebut akan diampunkan Allah swt.


Marilah kita membaca tahiyat kita dengan penuh perasaan dan penghayatan. Ayat Pertama.  Mari buat penambahbaikan.

Makna ayat pertama tahiyat:
Attahiyya - Segala penghormatan
Tul Mubaarokaatu - segala keberkatan
As Sholawatu - segala sembahyang
At-Thoyyibaa - segala kebajikan yang aku lakukan
tulillah.  - hanya untuk Allah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2024 02:19 AM GMT+8 , Processed in 0.054145 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list