CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2386|Reply: 13

[Politik] Wawasan Malaysia Madani sesuai untuk dunia kini kerana berteraskan landasan filosofikal dan kerangka operasional dan telah melalui pelbagai improvisasi dan modifikasi

  [Copy link]
Post time 4-9-2023 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Highflyer19 at 4-9-2023 09:53 AM


Wawasan Madani yang digagas oleh Anwar untuk Malaysia. - Foto Bernama

WAWASAN Madani bukanlah suatu wawasan baharu tetapi sudah ada sejak masa awal Islam, iaitu sewaktu zaman Rasulullah SAW dan berkembang dalam lintasan sejarah dengan berbagai improvisasi dan modifikasi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi pemaknaan penting. Beliau meletakkan landasan filosofikal dan mengajukan kerangka operasional.

Yang lebih penting dalam wawasan Madani baharu daripada Anwar, terdapat upaya pemaduan antara masyarakat dan negara serta penghimpunan semua lapisan masyarakat, sektor kehidupan dan pembangunan negara.

Wawasan Madani sudah ada sejak zaman awal Islam dan menjadi cita-cita sosial Islam. Pembawa agama Islam, Nabi Muhammad SAW, setelah hijrah ke Yathrib, yang semula jadi merupakan fenomena pendesaan (rural phenomenon) mengubahnya menjadi Al-Madinah yang merupakan fenomena perkotaan (urban phenomenon).

Dalam masa singkat, Baginda berhasil membangunkan suatu tatanan (aturan) ideal iaitu al-ummah dan Al-Madinah.

Yang pertama merupakan peranti lunak (software) dan kedua adalah peranti keras (hardware). Kedua-dua hal itu membentuk Madani menurut Islam, iaitu al-ummah dan Al-Madinah.

Ummah, sebagai dimensi esoterik, adalah komuniti yang mempunyai kesamaan keyakinan dan tujuan serta berasaskan pada nilai-nilai persamaan (al-musawah), keadilan (al-’adalah) dan permusyawaratan (al-syura).

Sedangkan Madinah, sebagai dimensi eksoterik, merupakan penjelmaan dari daya cipta warga masyarakat.

Dalam bentuk peradaban atau tamadun maju, masyarakat Nabawi ini adalah masyarakat majmuk yang hidup berdampingan secara damai dalam budaya saling menghormati, saling mempercayai, bekerjasama membangun kehidupan bersama dan untuk mewujudkan cita-cita bersama.

PERKEMBANGAN KONSEP MADANI

Wawasan Madani Nabawi itu, pada zaman pasca Nabi Muhammad SAW, dikembangkan oleh para ulama dengan berbagai konsep dan visi sesuai dengan konteks sosial budaya serta politik yang ada.

Mereka mengajukan cita-cita beragam. Para fuqaha mengajukan konsep ‘Negara Sejahtera’ dengan tujuan hidup bermasyarakat untuk mencapai kesejahteraan di dunia dan di akhirat (sa’adat al-darain).

Para filosuf, seperti Al-Farabi mengajukan konsep Negara Utama, iaitu negara dan masyarakat yang memperoleh keutamaan kerana berpegang teguh pada nilai-nilai etika dan moral kebaikan.

Kumpulan filosuf yang menamakan diri Al-Ikhwan al-Safa' mengajukan teori lain iaitu al-Madinat al-Fadilat al-Ruhaniyah (Negara Utama Rohaniah). Ibnu Khaldun mengajukan teori umran iaitu suatu tatanan masyarakat yang bekerja sama dalam mewujudkan kemakmuran bersama.

Pada zaman moden, konsep ummah dikembangkan menjadi masyarakat konstitusional iaitu masyarakat yang berpegang teguh pada konstitusi sebagai kesepakatan warga negara.

Muhammad Abduh menambahkan tiga asas ummah (al-musawah, al-’adalah, al-shura) dengan asas keempat yaitu al-qanun atau konstitusi.

Asas keempat dari ummah ini menunjukkan bahawa pada era negara bangsa (nation state), kaum Muslimin hidup di suatu negara sebagai satu kesepakatan bersama kelompok-kelompok lain dalam sebuah bangsa majmuk.

Baik sebagai kumpulan majoriti mahu pun minoriti, kaum Muslimin hidup berdampingan secara damai dalam persatuan dan kesatuan membangun negara.

Pada latar kaum Muslimin, sebagai kumpulan majoriti dan apalagi Islam menjadi agama rasmi negara, adalah menjadi kewajipan syarie dan rasional pemerintahan Muslim membangun tatanan masyarakat atas asas wawasan Madani.

JUSTIFIKASI MALAYSIA MADANI

Dalam kaitan inilah wawasan Malaysia Madani Perdana Menteri memiliki relevansi, apresiasi dan obsesi.

Wawasan Madani yang digagas oleh Anwar untuk Malaysia (Malaysia Madani) menarik untuk dibahaskan.

Pertama, walaupun kepanjangan dari istilah Madani (kemaMpanan, kesejAhteraan, Daya cipta, hormAt, keyakiNan dan Ihsan) terasa dipaksakan, namun makna dari kata-kata tersebut dapat difahami.

Keenam-enam kata yang menjadi penjelasan konsep Madani adalah nilai-nilai etika yang berhubungan dengan makna Madani dalam bahasa asal iaitu bahasa Arab.

Dalam bahasa Arab, kata ‘Madani’ bererti maju dan kerana ia berhubungan dengan kata ‘tamadun’ yang sinonim dengan kata bahasa Inggeris civilization atau dalam bahasa Melayu peradaban, maka kata Madani dan tamadun memiliki akar kata yang sama dengan kata ‘Madinah’.

Maka wawasan Malaysia Madani dapat difahami sebagai visi untuk mewujudkan tamadun atau peradaban tinggi (high civilization).

Yang kedua, keenam-enam kata itu sekali gus sebagai nilai pada Madani juga enam kata nilai pada konsep SCRIPT (Sustainability, Care and compassion, Respect, Innovation, Prosperity, Trust) yang merupakan nilai-nilai etika untuk kemajuan, keunggulan dan kejayaan.

Ketiga, pada wawasan Malaysia Madani dapat difahami adanya suatu visi besar ke depan iaitu kemajuan, keunggulan dan kejayaan Malaysia.

Hal itu lebih jelas tersurat dan tersirat pada visi Perdana Menteri seperti mana yang tertulis dalam SCRIPT for a Better Malaysia, An Empowering Vision and Policy Framework for Action (Institut Darul Ehsan, 2022, muka surat 23) bahawa; “Our Vision: To build a sustainable and prosperous Malaysia based on care and compassion, mutual respect, innovation, and trust, where inclusiveness and equality is embraced by the whole nation – ultimately a just Malaysian society”.

Dalam kaitan ini, visi Anwar untuk Malaysia adalah lebih dari sekadar a welfare state (Negara Kesejahteraan) tetapi sebagai a just state (Negara Keadilan) atau Negara Kesejahteraan dan Negara Keadilan sekali gus.

Keempat, wawasan sedemikian adalah bersifat Islami dan sejalan dengan Negara Madani. Tentu paradigma etika Negara Madani itu mencakup nilai-nilai etika yang ada dalam al-Ummah dan al-Madinah (dua peranti dan dua dimensi daripada Cita-Cita Sosial Islam), iaitu persamaan, keadilan, permusyawaratan, selain kemajuan, keunggulan dan kejayaan.

Yang kelima, akan mudah difahami oleh masyarakat global jika wawasan Madani dijabarkan (dijelaskan) ke dalam paradigma etika derivatif berupa nilai-nilai dasar, baik yang bersifat sentral mahupun instrumental.

Untuk kepentingan praktis, kata Madani dapat juga diajukan kepanjangan baharu seperti Maju, Aman, Damai, Adil, Nikmat, dan Indah. Atau apakah ada kepanjangan lain?


https://www.sinarharian.com.my/article/277034/berita/nasional/wawasan-malaysia-madani-sesuai-untuk-dunia-kini

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-9-2023 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Pemaknaan madani memerlukan penghayatan dan pemaduan antara masyarakat dan negara serta penghimpunan semua lapisan masyarakat...
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2023 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2023 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Siapa boleh tolong translate ke BI?
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2023 10:23 AM | Show all posts
tinggi betul bahasa madani ni, oleh sebab itu saya tak faham apa ke jadah infonya
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2023 10:28 AM | Show all posts
ayat bombastic tapi ringgit rahmah masih junam , bursa saham masih negative grow. moga ringgit dan stock market pulih
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-9-2023 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 4-9-2023 10:28 AM
ayat bombastic tapi ringgit rahmah masih junam , bursa saham masih negative grow. moga ringgit ...

Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2023 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
gittewwww improvisasi...modifikasi...filosofikal..bkn ke perkataan ni ada dlm bahasa melayu???

artikel pnjg sgt  malas nak bc. nak komen part perkataan tu je
tak sesia pm ambil jurusan kesusasteraan dolu2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2023 11:01 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2023 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku langsung tak paham... Sapa sapa tolong lukis
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2023 11:20 AM | Show all posts
Mengarut apa plak ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2023 12:08 PM | Show all posts
wawasan ler sangat.... mengarut laaa... too much filosofi.. too much falsafah... hujung2... sampah!!!
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2023 01:59 PM | Show all posts
Edited by capwayang at 4-9-2023 02:01 PM

..kalau untuk NEGARA yang turut dihuni warganegara bumiputera non muslim termasuk future keturunan redic+redic=blueic nonbumi, bukan macam lagi tetapi memang TIDAK sesuai. Applicable for bumiputera malay muslim saja. Jadi sebagai prinsip hidup saja boleh la bendaalah ni..
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2023 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
tajuk bahasa melayu yg tlampau supernova
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 11:16 PM GMT+8 , Processed in 0.069980 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list