Pihak pendakwaan hari ini mengemukakan permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk memberhentikan prosiding ke atas Ahmad Zahid Hamidi yang sedang dibicarakan untuk 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.
Semasa prosing pagi tadi, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar, berkata, Jabatan Peguam Negara ingin memberhentikan semua prosiding terhadap Zahid yang memberi kesan dia dilepas tanpa dibebaskan.
Dia yang juga adalah ketua Bahagian Rayuan dan Perbicaraan AGC, menggariskan 11 alasan bagi menyokong permohonan agar timbalan perdana menteri dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) bagi semua 47 pertuduhan.
Hakim Collin Lawrence Sequerah (kini hakim mahkamah rayuan) kemudian menangguhkan prosiding seketika bagi keputusan permohonan tersebut.