CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4157|Reply: 16

[SEJARAH] Betul ke Srivijaya beragama islam?

[Copy link]
Post time 6-9-2023 03:57 PM | Show all posts |Read mode
Edited by system_failure at 6-9-2023 03:59 PM

Apa kata sebelum jwb poll ni korang dengar dulu bideo dari prof.kangkung kat bawah ni dan after that dengar pulak penjelasan dari aku kat #02. Pastu sila buat undian yg bijak..



Single Polls, Total 1 Users voted
Your User group have no permission to vote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2023 02:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Mana penjelasannya?
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2023 11:24 AM | Show all posts
adoi bila kat opis time rehat ni mmg xleh nak buka video2..cuba tulih tulih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2023 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 7-9-2023 02:30 AM
Mana penjelasannya?

Sabar bang... sabah.. sabah.... sesungguhnya sabah itu sebahagian dari malaysia...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2023 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
epullipan replied at 7-9-2023 11:24 AM
adoi bila kat opis time rehat ni mmg xleh nak buka video2..cuba tulih tulih

Baca kat rumah je bang... baru boleh hadam. Kalau kat opis takleh fokus. Ramai aweks..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2023 04:51 PM | Show all posts
Korang tau tak apa tu Inferior Complexs?


Dlm bm ianya disebut sebagai Kompleks Inferior.. iaitu sebuah shopping kompleks yg dah sendu sampai kucing pun tak sudi nak singgah utk berak..









Org yg menjahanamkan sejarah bangsa kita bukkannya cina, india, org putih mahupun org hijau.. tapi adalah org melayu itu sendiri..




Org kita cuma nak dgr apa yg teringin nak dgr jer... w'pun sepalsu2 hikayat sekalipun..
Habis Srivijaya dan dgn Funan terkena tempias apabila dikatakan kedua2nya adalah islam.




Bukan senang nak bangkang profesor sorang ni sebab dia byk followers.. dan apa yg dia ceritakan adalah semanis2 kata.. penunggang sejarah.
Sedangkan apa yg aku nak sampaikan pulak adalah sepahit2 fakta.. mana ada org nak terima..


Aku sedar aku ni takde followers.. even kucing tepi jalan pun toleh aku sebelah mata jer... kejadahnya dia nak follow aku..  baik dia folo kucing betina yg cun tu...


Aku boleh je diamkan perkara ni.. bak kata uneks (porumer lagend) yg kini dah pencen menjaga anak cucu : "Sometimes its best to keep it secret".. "kadangkala mendiamkan diri itu lebih baik".. eh betul ke aku translate ni.. jap jap salah.. "kadangkala terdiam adalah baik dan best"...
hmm.. mcm salah jer..
"Kadangkala yg best itu la yg diam"..
eh.. hentam jer laa...






Ok sbnrnya org cina dan india atau lebih tepat sekali geng hindraf dan dongzhong memang tunggu peluang je bila ada mulut puaka mcm prof.kangkung ni bukak mulut sebab tak pakai otak.


Korang nampak tak apa yg aku nmpk..
Ye aku nmpk ade awek tgh lunch depan aku skrg ni.. pehh sedap sehh sambal petai dia tu.


Eh...
.
.
.
.

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 7-9-2023 04:54 PM | Show all posts
Nenek moyang kita mmg beragama hindu buddha.. itu adalah perkara yg kau tak boleh nak denial walau dgn cara apa sekalipun.
Kenapa perlu auta dan nak kata srivijaya tu beragama islam?
Sebab boleh dik...
Bebudak tiktok kan suka benda2 camgini. Baru naik rating..




Satu2nya hujah prof.kangkung ni ialah berkenaan surat yg dikirimkan oleh maharaja indravarman kpd kalifah umaiyyah supaya mintak dikirimkan ulama utk mengajarnya tentang islam.






Ye itu memang benar.


Kronologinya adalah camgini:


1) Surat pertama adalah dihantar oleh kerajaan Ummaiyah (661-750 AD) kpd kerajaan srivijaya tapi masalahnya surat ni tak lengkap dan sebahagiannya hilang.
Isi surat itu adalah :


From the King of al-Sin, in whose stables are a thousand elephants, (and) whose palace is built of bricks of gold and silver, who is served by a thousand daughters of the kings, and who possesses two rivers which irrigate aloes plants, to Mulawiyah.


(al-Jawzi 1995; Fatimi 1963)








2) Surat kedua adalah respon dari Srivijaya kpd Ummaiyah.. secara spesifiknya adalah dari Maharaja Sri Indravarman kpd Sultan Umar Abd.Aziz.
Surat ni dihantar pada 718AD.


“The King of al-Hind sent a letter to ‘Umar b. ‘Abd al-’Aziz, which ran as follows: From the King
of Kings, who is the descendant of a thousand kings, whose consort, too. is the descendant of a thousand kings, in whose stables are a thousand elephants, and in whose territories are two rivers which irrigate plants of aloes, odoriferous herbs, nutmeg, and camphor, whose fragrance spreads to the distance of twelve
miles, - to the King of the Arabs, who does not associate other gods with God. I have sent to you a gift, which is not much of a gift but (just) a greeting and I wish that you may send to me
someone who might teach me Islam and instruct me in its Laws.


(al-Andalusi 1983; Fatimi 1963; Fācūr 1991; Slatyer 2012)




dan dari versi lain pulak seperti yg direkodkan oleh Ibn Taghribirdi (1411-1470 M) terdapat penambahan ayat ini dihujung surat :


‘might teach me Islam and explain it to me. And peace be upon you!”




Satu2nya org yg mengatakan maharaja indravarman memeluk islam adalah Ibn Taghribirdi.




Sumber:
http://journalarticle.ukm.my/19329/1/56066-184712-1-PB.pdf
(Rujuk page 137)


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2023 05:03 PM | Show all posts
Ok now... nak siasat benda ni bukan mudah. Jgn nak seronok je.. yeahh srivijaya beragama islam. Memang best la bagi kita. Tapi sejauh mana kesahihan fakta ni?






Bukti terkukuh adalah dari sami buddha cina bernama Itsing didlm bukunya : Nan-Hai Ji-Gui-Nei-Fa-Chuan (Memoir on the Eminent Monks who sought the Law in the West during the Great Tang Dynasty).


Dlm memoir ni Itsing kata dia telah berlayar dan tiba di srivijaya pada 671AD.
Dia stay dan belajar buddha dgn sami2 buddha di srivijaya selama 6 bulan sebelum sambung belayar dan melanjutkan pelajaran di peringkat lebih tinggi kat india.
Siap kata terdapat lebih 1000 sami high ranking terdapat di srivijaya dan kau kena tamatkan kuliah ala2 sarjana muda dulu kat srivijaya sebelum proceed phd kat india.


So sapa kata srivijaya islam?












Ok skrg adalah sesi soal jawab. Biar aku sendiri tanya dan aku sendiri jwb..




Soalan kepada sf:
Woi pundek itu kan zaman awal srivijaya memang la beragama buddha. Maharaja indravarman hantar surat pada 781AD. So bermakna srivijaya dah islam selepas tu.






Jawapan kepada sf:
Woi kiwak kau teliti baik2 bideo prof kangkung tu. Dia kata sejak awal lagi srivijaya bukan hindu budha.. malah claim Funan tu pun islam. Ni semua sebab nak kuatkan hujah mengarut dia bahawa keturah berasal kat champa / funan.


Ni la masalahnya bila org bukan bidang sejarah try hard nak memesongkan sejarah ikut sedap dia je.. sebab boleh dik..

Kau kena faham srivijaya tu sendiri terbahagi kpd 3 dinasti berbeza dan memiliki 17 raja.
Menurut Dr.George Coedes, Dapunta Hyang adalah raja pertama dan Indravarman ke-2.
Tapi menurut Dr.Takashi Suzuki, Dapunta Hyang bukan yg pertama dan srivijaya bermula lebih awal sebelum zaman dapunta hyang lagi.


Malah srivijaya bermula samada di Chaiya, langkasuka atau Pan pan (kelantan), sebab setelah kejatuhan Funan pewaris terakhir melarikan diri ke bekas jajahan takluk mereka yg tiga ini dan mengasaskan Srivijayamala.


Candi2 di Chaiya menurut ahli arkeologi adalah berusia seawal kurun ke-6 terutama candi Wat Kaeo.
Candi2 kat palembang pula seawal kurun ke-7.
Ni semua dibina org melayu. Bukan cina atau india. Binaan stail diaorg tak sama pattern pun kalau nak dibanding dgn kat tempat diaorg yg sezaman dengannya.


Ada jumpa binaan tempat ibadat islam seawal kurun ini kat semenanjung atau indon?




So sapa kata srivijaya islam ?








Pastu kalau nak kata selepas era maharaja indravarman (702-728 AD) barulah srivijaya peluk islam pun tak boleh jugak..
Tu kuil borobodur (778-850AD) tu menatang apa pulak?
Dah terang2 ini adalah kuil buddha mazhab mahayana yg dibina oleh maharaja Samaratungga.
Siap terdapat ukiran keris lagi. Org keling ke yg buat?!




So sapa kata srivijaya dah islam ?






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-9-2023 05:12 PM | Show all posts
Jadi kesimpulannya :


-Srivijaya tak pernah islam.


-Pewaris terakhir dari Funan (kerajaan buddha) mengasaskan srivijaya (buddha) sehingga ke maharaja Balaputradeva (hindu) dan pewaris terakhir Parameswara (hindu) mengasaskan melaka.


-Besar kemungkinan cuma maharaja Indravarman sahaja yg peluk islam tetapi tidak diadaptasikan ke seluruh empayar.


-Langsung takde bukti arkeologi binaan seperti masjid atau tempat beribadat islam yg ditemui yg berusia sejak kurun ke 6 hingga kurun ke 13.

Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2023 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Acik tu bleh baca buku ni.. foc kat tenet

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2023 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 8-9-2023 01:42 PM
Acik tu bleh baca buku ni.. foc kat tenet

Ada lg 1 bideo dlm pesbuk acik gundu ni yg tak mengaku candi2 dan patung berhala yg dijumpai kat kedah tu milik nenek moyang melayu. Siap kata tu milik org india yg mari ke sini..

Acik gundu ni tak pikir ke apa impak dia?
Mmg tgu masa je geng hindraf ni nak claim diaorg lebih dulu buat settlement kat sini terutama kat kedah.. berbanding melaka apa la sgt..
ni la peluang diaorg nak claim status bumiputra..

All thanks to so called profesor makcik gundu.. our beloved hero..

Hell yeahhh!
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2023 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
system_failure replied at 8-9-2023 11:10 PM
Ada lg 1 bideo dlm pesbuk acik gundu ni yg tak mengaku candi2 dan patung berhala yg dijumpai kat k ...

Sapa acik ni? Iols tak kenai org2 sejarah kat mesia.. persatuan sejarah mesia dah tak femes mcm dolu2..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2023 03:15 PM | Show all posts
Tinot7 replied at 9-9-2023 08:36 AM
Sapa acik ni? Iols tak kenai org2 sejarah kat mesia.. persatuan sejarah mesia dah tak femes mcm do ...

Org mcmni aku gelar penongeng sejarah jer..Biar perangai buruk asal montot comey..




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2023 03:44 PM | Show all posts
Edited by system_failure at 13-9-2023 03:48 PM

Ada lg sorang nih.. bukan setakat penonggeng dah.. habis dicampur adukkan 'hadis' palsu kedlm 'hadis' tulen..Dah tahap 'syiah' dah ni

https://m.facebook.com/story.php ... amp;mibextid=RUbZ1f

Baca fb dia kat atas ni.
Kalau tak boleh bukak meh sini aku quote:


Nenek moyang Austronesia kita ni datang dari Taiwan suatu masa dahulu, sampai ke Semenanjung, Borneo dan bahagian Kepulauan Melayu yang lain dan bersemenda dengan orang-orang Asli yang dah lama mendiami tanah ini.

Dalam badan Melayu, ada DNA Semang dan Senoi ini. Dan bila Dr Zafarina Zainuddin bercakap pasal usia 60, 000 tahun Melayu, merujuk kepada nenek moyang Semang, Senoi yang bertutur Bahasa Austroasiatic ini. Orang Melayu Moden tak jauh dari nenek moyang orang asli mereka ini.


Ni la akibatnya bila bebudak baru nak tumbuh bulu berbicara.. habis diselitnya kenyataan palsu kedlm kenyataan sahih..

Bila masa entah dr.zafarina kata org melayu berasal dari taiwan.. memandai je si budak gemok muka berminyak ni jual obat jamu..

Siap kata org melayu yg dtg dari taiwan ni bersemenda dgn org asli yg dah lama tinggal kat sini.

Kalau nak tahu Dr.zafarina la antara individu yg menentang keras teori melayu datang dari taiwan ni.
Bila muncul si gemok gundu ni habis dia pesongkan akidah ahlul sejarah wal jamaah..

Habislah la pasni aku dicop geng wahabi sbb mempertahankan hadis yg betul


Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2023 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
system_failure replied at 13-9-2023 03:44 PM
Ada lg sorang nih.. bukan setakat penonggeng dah.. habis dicampur adukkan 'hadis' palsu kedlm 'hadis ...

Tak rasa melayu mai dari tewan.. rupa jauh sgt..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2023 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 13-9-2023 03:48 PM
Tak rasa melayu mai dari tewan.. rupa jauh sgt..

Tu la masalahnya bro...
Bila aku bangkang statement dia nanti dia cop aku ni geng komunis.. dan anti melayu iseley...

Dia rasa dia je patriot.. org lain yg tak geng dgn dia akan masuk melaka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2023 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts
system_failure replied at 13-9-2023 04:02 PM
Tu la masalahnya bro...
Bila aku bangkang statement dia nanti dia cop aku ni geng komunis.. dan an ...

Dia tak blajaq anthropology.. eh betui ka bidang ni?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:57 AM GMT+8 , Processed in 0.088461 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list