CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2278|Reply: 0

[Pahang] Projek ECRL: Penutupan sementara susuk masuk, keluar Plaza Tol Gambang

[Copy link]
Post time 13-9-2023 12:35 PM | Show all posts |Read mode

KUANTAN: Susur masuk dan keluar di Plaza Tol Gambang akan ditutup sementara bermula hari ini sehingga esok bagi memberi laluan kepada kerja-kerja projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) oleh Malaysia Rail Link (MRL).

ANIH Berhad, pengendali Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) dalam kenyataan memaklumkan penutupan akan bermula jam 9 malam ini hingga jam 6 pagi esok.

Laluan yang terbabit ialah susur masuk dari Plaza Tol Gambang ke Kuantan dan susur keluar ke Plaza Tol Gambang dari arah Kuala Lumpur.

Sehubungan itu, pengguna lebuh raya dari Gambang yang ingin ke Kuantan dinasihatkan supaya menggunakan laluan Persekutuan untuk sampai ke destinasi.


"Pengguna lebuh raya dari arah Kuala Lumpur yang ingin keluar di Plaza Tol Gambang dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif melalui persimpangan Sri Jaya," menurut kenyataan itu.

Semua pengguna dinasihatkan merancang perjalanan dan mematuhi papan arah serta arahan petugas di lokasi.

Bagi mendapatkan sebarang informasi, pengguna boleh mengikuti saluran rasmi media sosial ANIH Berhad di Facebook (Lebuhraya Pantai Timur) dan Twitter, (@LPTTrafik) manakala sebarang kecemasan boleh hubungi LPT dengan menelefon 1-700-818-700. – BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berit ... r-plaza-tol-gambang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 02:35 AM GMT+8 , Processed in 0.057699 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list