CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4173|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Umpan gadis kalungan bunga

[Copy link]
Post time 17-9-2023 10:52 AM | Show all posts |Read mode

Polis menyerbu sebuah pusat hiburan di Cheras yang menawarkan gadis kalungan bunga warga asing sebagai 'pelaris'. FOTO Ihsan Facebook PDRM

Kuala Lumpur: Berselindung disebalik rumah kedai yang menawarkan perkhidmatan 'gadis kalungan bunga'.

Itu kegiatan pusat hiburan di Cheras bagi menarik pelanggan lelaki hidung belang untuk mengunjungi premis terbabit.

Bagaimanapun, kegiatan itu berjaya dihidu polis dari Bahagian Judi, Maksiat dan Gangsterism (D7), Bukit Aman selepas menyerbu premis terbabit, semalam.

Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) menerusi Facebook rasmi berkata, pihaknya menahan 24 individu terdiri daripada warga tempatan dan warga asing dipercayai menjalankan aktiviti hiburan tanpa lesen dan pelayan pelanggan (GRO).

"Siasatan mendapati premis berkenaan berselindung di premis rumah kedai dan menggunakan kamera litar tertutup bagi memantau pergerakan masuk pihak berkuasa.

"Pengusaha premis menggunakan warga asing untuk mengendalikan perniagaan. Pelanggan hanya perlu membayar wang tips sebanyak RM50 sehingga RM100 kepada GRO yang menemani pelanggan,"katanya.

Menurutnya, kedua-dua premis yang diserbu juga menggunakan khidmat 'Mummy' warga asing untuk pelanggan berurusan mendapatkan khidmat pelayan GRO.

"Mereka juga menjalankan hiburan berkonsepkan jualan 'Kalungan Bunga' yang bermula dari RM100 hingga RM1000 kepada pelanggan untuk diberikan sebagai tips kepada GRO dan bayaran terus dibuat kepada GRO yang dipilih oleh pelanggan.

"Semua tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras untuk tindakan selanjutnya. Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155)," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... adis-kalungan-bunga
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 07:03 PM GMT+8 , Processed in 0.056392 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list