CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4793|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Hilang kaki kiri akibat suka minum air berkarbonat

[Copy link]
Post time 17-9-2023 10:54 AM | Show all posts |Read mode

KEADAAN terkini Mahatdir selepas kaki kiri dipotong. FOTO Ihsan Mahatdir Mohammad.

Kuala Lumpur: Pada usia 18 tahun, pemuda ini sudah disahkan menghidap diabetis kronik atau kencing manis hingga kaki kiri terpaksa dipotong, Mac lalu.

Mahatdir Mohammad, 21, berkata, dia mula meminum minuman manis dan berkarbonat sejak berusia lapan tahun lagi.

"Kemuncak pada penyakit saya ini apabila kaki mula bengkak dan terdapat gelembung air. Pada awalnya saya sangka ia gelembung biasa, dan saya pergi bekerja macam biasa dan sembunyikan kesakitan.

"Lama kelamaan ia semakin teruk hingga saya dimasukkan ke wad di Hospital Kuala Lumpur.

"Saya ditahan selama dua minggu. Doktor memaklumkan, kaki saya sudah tidak boleh diselamatkan lagi. Kalau simpan juga, dibimbangi kuman boleh merebak ke otak.

"Selepas dua hari barulah saya memberikan keputusan dan bersetuju kaki dipotong. Nak tak nak, saya perlu akur dan ini adalah jalan terakhir dan terbaik," katanya kepada Harian Metro.

Dia yang bekerja sebagai pengendali makanan di sebuah restoran makanan segera berkata, dia kini masih menyesuaikan diri dengan keadaan dirinya selain dibantu rakan serumah.

Dalam masa sama, Mahatdir bersyukur apabila permohonannya bagi mendapatkan kaki palsu daripada syarikat pembuat kaki palsu tempatan, Kedidi Kaki Palsu berjaya dan dalam proses pemasangan.

"Selepas kaki dipotong, kehidupan saya berubah terutamanya pergerakan harian, segalanya tidak sama macam dulu... Ibaratnya hilang satu nikmat hidup.

"Saya terpaksa membiasakan diri menggunakan tongkat dan turut dibantu rakan serumah," katanya.

Menurutnya, dia kemudian membuat permohonan bagi mendapatkan kaki palsu, dan berjaya mendapat kaki palsu awal bulan ini.

Bagaimanapun, katanya, ia belum dipasang dan dipakai untuk memastikan dia betul-betul 'fit' dan kesan pembedahan sudah sembuh.

Menurutnya yang sudah bekerja selama dua tahun berkata, dia sedia kembali berkhidmat di restoran itu.

"Insya-Allah, kalau ada rezeki saya masuk semula. Kalau tak, saya akan cari kerja lain," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... num-air-berkarbonat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 06:40 PM GMT+8 , Processed in 0.331370 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list