CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3329|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] MCMC terima permohonan sekat akaun Facebook SiHulk

[Copy link]
Post time 17-9-2023 01:48 PM | Show all posts |Read mode

KOMUNITI Islam di New Zealand tidak senang dengan kewujudan ajaran SiHulk. FOTO Ihsan Pembaca

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sudah menerima dua permohonan untuk menyekat akaun Facebook ajaran Sihulk daripada Jabatan Agama Islam Negeri setakat 31 Ogos lalu.

MCMC dalam kenyataannya berkata, pihaknya bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta jabatan agama negeri bagi menangani penularan ajaran sesat daripada terus berleluasa.

Katanya, MCMC juga berperanan menyalurkan bantuan teknikal untuk siasatan dan pendakwaan yang dijalankan oleh pihak berkuasa agama.

"Untuk makluman, sehingga 31 Ogos lalu, MCMC menerima dua permohonan sekatan akaun Facebook daripada Jabatan Agama Islam Negeri.

"MCMC sudah meneliti permohonan berkenaan dan memaklumkan kepada penyedia platform media sosial berkenaan untuk tindakan lanjut mengikut piawaian komuniti yang ditetapkan oleh mereka," katanya kepada Harian Metro.

MCMC menasihati orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan fahaman ini serta tidak berkongsi maklumat yang boleh menyebabkan ketidakhormanian dan kekeliruan.

"Orang ramai juga dinasihatkan untuk melaporkan terus kepada pihak berkuasa agama dan penyedia platform untuk tindakan susulan.

"Setiap pengguna media sosial bertanggungjawab untuk tidak menyebarkan kandungan berhubung ajaran sesat ini kerana ia boleh memberi impak negatif khususnya mencetuskan dan mengundang perbualan di alam maya yang menyentuh sensitiviti agama," katanya.

Baru-baru ini, Harian Metro mendedahkan, dianggarkan 150 pengikut ajaran sesat SiHulk kini berada di New Zealand bersama-sama dengan ketua ajaran itu, Suhaini Muhammad.

Sumber keselamatan bagaimanapun memaklumkan, jumlah sebenar pengikut ajaran itu yang masih berada di negara ini tidak diketahui.

Antara penyelewengan ajaran sesat itu ialah mendakwa Nabi Muhammad SAW sebagai Tuhan.

Selain itu, mereka mendakwa Nabi Muhammad SAW tidak mempunyai jantina, menafsir sendiri sebuah hadis dengan menyatakan baginda tiada kemaluan dan sebagainya.

Malah mereka kini dipercayai cuba mendapatkan permohonan suaka dari kerajaan di sana dengan menggunakan alasan diancam rakyat di negara ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... aun-facebook-sihulk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 10:11 PM GMT+8 , Processed in 0.056235 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list