CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 12978|Reply: 22

[Politik] Kegagalan PN sebagai pembangkang terserlah

  [Copy link]
Post time 18-9-2023 01:30 AM | Show all posts |Read mode
Edited by pengecattaik at 6-10-2023 07:02 AM



Laungan “Dakwa Zahid” tidak cukup lantang memandangkan kecelaruan tuntutan dan lemahnya pemahaman Gerakan Selamatkan Malaysia di Kuala Lumpur.

Himpunan ini menyaksikan lemahnya PN jika tidak membawa sentimen agama dan kaum dalam menggerakkan pengikut mereka.

Tiga tuntutan utama adalah pendakwaan semula Zahid, membebaskan Peguam Negara dan SPRM dari kuasa eksekutif dan keadilan undang-undang kepada rakyat Malaysia.

Tuntutan membebaskan Peguam Negara dari kuasa eksekutif adalah mustahil. Tuntutan sepatutnya adalah untuk memisahkan Peguam Negara dengan Pendakwa Raya, agar peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya dipegang oleh individu berbeza.

Ini kerana jika pemisahan ini berlaku, soal perihal politik dapat dirujuk kepada Peguam Negara (di bawah menteri undang-undang) manakala dari aspek pendakwaan diserahkan kepada Pendakwa Raya, sesuai dengan manifesto PH pada PRU15 yang lalu.

Kecelaruan peserta semakin kelihatan apabila sepanduk berkaitan nilai matawang diangkat, iaitu “1 USD : RM4.68” dijulang disertai dengan beberapa ucapan pimpinan PN berkaitan kos sara hidup dan pelabur antarabangsa yang lari dan tidak berminat untuk melabur di Malaysia dilaungkan secara sembrono.

Beberapa pimpinan PAS juga memetik ayat-ayat suci Al-Quran secara serakah sehingga konteks ayat berkenaan yang haq dan yang batil tidak mempunyai apa-apa korelasi dengan tuntunan untuk mendakwa Zahid semula. Disertai dengan laungan takbir selepas hampir setiap ucapan seakan sudah menjadi budaya untuk mewujudkan sentimen agama, atau lebih tepat lagi, menunggang agama.

Seterusnya, laungan “referendum” yang sepatutnya bergema sepertimana Wan Ahmad Fahysal cuba mainkan selepas PRN di enam negeri juga tidak kedengaran, digantikan dengan “Reformati” yang tidak membekas sedikit pun bagi lebih 1,000 peserta. Begitu ironi kerana setiap laungan pada himpunan ini hampir sama dengan laungan PH sebelum kejatuhan kerajaan Najib 2018.

Tiada idea yang segar daripada PN yang boleh dijadikan sebagai identiti baru.

Kesimpulannya, himpunan yang tidak bersandarkan sentimen kaun dan agama tidak membakar amarah di dalam jiwa penyokong PN.

Langkah menyerang individu yang sudah lemah adalah sia-sia..



SAKHRIL MARAT ialah graduan Sains Politik di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Single Polls, Total 28 Users voted

Count down: 132 Days9 Hours25 min.

Your User group have no permission to vote
PN, PN, PN, PN, PN, PN

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2023 01:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Payment red bean army baru masuk ke
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2023 02:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Semua orang tahu sejarah pelacuran dan prnyundalan PAS.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2023 02:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebab tu bangkem cakap lebih baik PNPAS anjurkan solat hajat dan doa pecah perut.. konfem dapat sambutan.. penuh satu stadium

Demo demo nih anwat je yang boleh buat dengan berjaya
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2023 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 18-9-2023 02:58 AM
Sebab tu bangkem cakap lebih baik PNPAS anjurkan solat hajat dan doa pecah perut.. konfem dapat samb ...

Klu Anwar buat demo, semua pemimpin parti turun. Sebab tu jadi ramai.

Ini buat demo selamatkan malaysia, tapi yg turun geng2 bawahan. Ketua pemuda pas & wan ahmad faisal yg dok ajak org join pun tak turun. Hj hadi dgn muhyiddin lagi la. Dok tengok dari hotel ahli2 yg kena scam berpanas berpeluh kat jalan. Ini pemimpin jenis pentingkan diri sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2023 08:53 AM | Show all posts
Apoo replied at 18-9-2023 08:20 AM
Klu Anwar buat demo, semua pemimpin parti turun. Sebab tu jadi ramai.

Ini buat demo selamatkan ma ...

Ya la tu. Lepas tu rosak harta awam. Kalau tak percaya tanya Lokman Adam atau Ahmad Maslan siapa Anwar Ibrahim. Berserta dengan video boleh cari secara percuma di youtube, tiktok dan FB.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-9-2023 09:04 AM | Show all posts
relax2x udah ler. mohon kerajaan sedia ada bolayan isu zahid ni. biar mahkamah tentukan.

baik fokus dgn ekonomi yg tk menentu sekarang ni. mohon kementerian terlibat jgn membusykan diri dgn isu politik yang takde kesudahan.

rakyat skrg ramai tersepit tau.. ada yg tak makan seminggu/ 2 minggu etc disebabkan semua kos naik.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2023 10:37 AM | Show all posts
led bean almy nadia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2023 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Wakil lobai bukan buat kerja. Orang undi jugak sebab Islam. Orang Islam apa yang makan gaji buta dan kerja tak buat. Benci betul aku orang macam ni. Wakil pas yang menang dekat tempat aku apa pun tak buat. Yang ada dia pergi kedai kopi dan salam dengan orang.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2023 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
ntahapapantah replied at 18-9-2023 08:53 AM
Ya la tu. Lepas tu rosak harta awam. Kalau tak percaya tanya Lokman Adam atau Ahmad Maslan siapa A ...

Itu time mula2 reformasi. Pdrm time tu first time berhadapan dgn perhimpunan mcm ni. Siap fru sembur air & gas pemedih mata. Peserta pun mula2 dulu melawan & tak berdisiplin. Tapi along the way dua2 pihak dah belajar cara nak deal dgn benda ni.
Sbb tu klu hg tgk perhimpunan bersih time najib dah tak dak dah sembur2 ni. Even time Tun jadi PM kali kedua pun, perhimpunan padang merbok berjalan lancar.
Tapi apa2 pun, perhimpunan Selamatkan Malaysia kali ni mmg memalukan la. Langsung tak dapat kerjasama pemimpin tertinggi PN. Peserta kena scam hidup2.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2023 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Walaun je beria pegi perhimpunan. Chief2 healing dkt hotel

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2023 11:08 AM | Show all posts
walanon & bangang berpisah tiada.

Maklumla LOBAI PAS ni lulusan sekolah pondok kat PATANi LOBAI PAS tak sekolah woiii keja ratib atas sejadah tunggu beras, telur, minyak turun dari langit. Lain la KERAjaan madani, PMX hebat menyanyi lagu Tamil, menteri-menteri speaking berabuk terus Malaysia jadi terpaling hebat.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2023 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Lobainita sendiri tak mahu dimadukan ...ko rase lobai sanggup ke bersusah payah demi penganut Islam?
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2023 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Apoo replied at 18-9-2023 08:20 AM
Klu Anwar buat demo, semua pemimpin parti turun. Sebab tu jadi ramai.

Ini buat demo selamatkan ma ...

Ye tak ye jugak

Satu lagi kalau joinT demo dianjurkan oleh dorang, akan ada jaminan guaman percuma kalau kena tangkap
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2023 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Apoo replied at 18-9-2023 10:51 AM
Itu time mula2 reformasi. Pdrm time tu first time berhadapan dgn perhimpunan mcm ni. Siap fru semb ...

Zaman najib takde sembur tapi ada gas pemedih mata

Bangkem kena masa bersih 2.0 dekat masjid jamek.. pedih wooo.. macam kena percikan masa potong bawang.. tapi 10 kali lebih pedih sampaikan badan, tangan, leher pon terasa pedih

Bangkem join sebab suka2 nak rasai keadaan
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2023 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Apoo replied at 18-9-2023 08:20 AM
Klu Anwar buat demo, semua pemimpin parti turun. Sebab tu jadi ramai.

Ini buat demo selamatkan ma ...

tgk c suami asiah jalil tu meloncat2 dpn sogo, bini liberal dia lantak pi lah da xkuase. tgk dlm lrt pun penuh dgn geng2 sarong keretapi budak2 muda liberal yg bjogetetek dpn dataran merdeka lg ramai dr geng demo pn tu. nmpk sgt rakyat dah xlarat dgn politik, skrg nak enjoy bebas je.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2023 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Senduuu x laku. kena benam dek keretapisarong.terjun lombong jela walaun kepam
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 09:56 AM | Show all posts
penonggeng ummah

Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2023 06:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Apoo replied at 18-9-2023 08:20 AM
Klu Anwar buat demo, semua pemimpin parti turun. Sebab tu jadi ramai.

Ini buat demo selamatkan ma ...

Diaorang x minat pon. Yg depa minat tebuk atap.. kumpol SD!
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2023 06:57 AM | Show all posts
semuanya demi sesuap NASI
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 09:36 PM GMT+8 , Processed in 0.082507 second(s), 54 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list