CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3702|Reply: 0

[Kelantan] 'Kami pun rakyat Malaysia tapi dilayan ibarat pendatang asing', luah masyarakat Orang Asli

[Copy link]
Post time 18-9-2023 10:27 AM | Show all posts |Read mode

Penduduk Kampung Kalaik, Pos Blau menunjukkan ladang Musang King berhampiran penempatan mereka. - Foto NSTP/Paya Linda Yahya

GUA MUSANG: Penduduk di beberapa pos Orang Asli di sini, berharap kerajaan negeri dapat mewartakan tanah yang diduduki mereka bagi memastikan kehidupan lebih terjamin.

Penduduk suku kaum Temiar di Pos Brooke, Pos Blau dan Pos Ber itu berkata kawasan mereka kini semakin terhimpit oleh aktiviti pembalakan, pertanian dan penerokaan.

Timbalan Pengerusi Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan, (JKOAK) Nasir Dollah, berkata sekiranya kerajaan negeri mewartakan tanah Orang Asli nasib mereka mungkin akan lebih terbela.

"Jadi kami harap sangat kerajaan negeri dapat mewartakan tanah Orang Asli di beberapa pos di sini untuk menjamin masa depan masyarakat kami terutama anak-anak.



"Bila tiada hitam putih sudah tentu kawasan yang kita anggap tanah Orang Asli itu akan diambil pada bila-bila masa. Kalau kita lihat dan dengar di lain negeri sudah ada pewartaan tapi di kampung kami memang tiada lagi," katanya ketika ditemui di sini.

Penduduk Kampung Mendrod, Pos Brooke Legek Alang, 69, mendakwa pembukaan tanah untuk aktiviti pertanian juga menyebabkan tanah Orang Asli semakin terhimpit.

"Di kawasan sekitar perkampungan kami sudah ditanam pokok Musang King sejak Julai lalu. Pada 25 Julai lalu (pembukaan kebun) sudah bermula dan sekarang tinggi pokok telah mencecah kira-kira tiga kaki.

"Pembukaan kebun ini juga secara tidak langsung memberi kesan kepada penempatan kami dan menjejaskan kebun yang menjadi sumber pendapatan kami.

"Malah penduduk sangat kecewa kerana tanah dari projek kebun menyebabkan sungai menjadi keruh dan memberi kesan kepada tandak air kami," katanya.

Penduduk Kampung Kelaik, Pos Blau, Uda Busu, 42, mendakwa susulan pembukaan tanah untuk aktiviti pertanian dan perlombongan perkampungan mereka semakin mengecil sehinggakan kini hanya terdapat 10 rumah di kampung terbabit.

"Baru-baru ini kebun rambutan, getah dan durian penduduk di Kuala Cenroi (Pos Blau) dimusnahkan pihak syarikat dan tiada pampasan untuk kami... nak tuntut ganti rugi dari siapapun kami tidak tahu.

"Kalau tanah tempat tinggal kami diwartakan tidak akan timbul masalah tetapi sekarang kami dilayan ibarat pendatang asing.

"Kami pun rakyat Malaysia, pihak berwajib sepatutnya datang berjumpa dengan kami untuk berbincang sebelum memberi kebenaran kepada syarikat yang terlibat," katanya ketika ditemui di Kampung Kelaik, Pos Blau.
https://www.bharian.com.my/berit ... endatang-asing-luah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 05:36 AM GMT+8 , Processed in 0.381730 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list