CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2811|Reply: 0

[Kelantan] Kes malaria di Kelantan meningkat

[Copy link]
Post time 25-9-2023 04:45 PM | Show all posts |Read mode

Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Zaini Hussin (tengah) melawat gerai pameran pada dalam pada Program Sambutan Hari Malaria Sedunia Peringkat Negeri Kelantan 2023 di Dewan Serbaguna Ladang Sungai Terah (PKINK), di sini, hari ini. FOTO Paya Linda Yahya

Gua Musang: Kes malaria di negeri ini menyaksikan peningkatan sebanyak 98 kes menjadikan 215 kes berbanding tahun lalu, 117 kes.

Daripada jumlah keseluruhan kes tahun ini, 53 kes adalah jangkitan malaria manusia manakala 162 kes adalah malaria zoonotik (jangkitan dari monyet kepada manusia).

Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin berkata, selepas negara ini memasuki fasa endemik Covid-19 tahun lalu, berlaku peningkatan mendadak kes malaria manusia di negeri ini.

"Sebanyak 21 kes dilaporkan tahun lalu dan 53 kes dilaporkan tahun ini sehingga 19 September lalu.

"Strategi pencegahan sedia ada masih perlu diteruskan di samping memerlukan pemerkasaan daripada segi pendanaan, inovasi dan implementasi terutama bagi menghadapi kes malaria zoonotik yang masih tinggi," katanya ketika ditemui di Program Sambutan Hari Malaria Sedunia Peringkat Negeri Kelantan 2023, di sini, hari ini.

Beliau berkata, pelbagai aktiviti berkaitan Program Eliminasi Malaria diadakan terutama di kawasan ladang dan kampung.

"Langkah pencegahan perlu diambil sebelum menjalankan aktiviti hutan atau pinggir hutan seperti memakai pakaian yang dapat melindungi keseluruhan badan daripada gigitan nyamuk, menggunakan ubat penghalau nyamuk, tidur di dalam kelambu berubat selain memberi kerjasama sekiranya pihak kesihatan membuat semburan.

"Selain itu, setiap individu perlu peka sekiranya bergejala seperti demam dalam masa dua minggu selepas keluar dari hutan dan mendapatkan rawatan segera," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -kelantan-meningkat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 06:21 PM GMT+8 , Processed in 0.368991 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list