CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2754|Reply: 0

[Kelantan] Lombong emas Dabong dalam penelitian JAS

[Copy link]
Post time 26-9-2023 05:58 PM | Show all posts |Read mode

Tapak lombong emas dekat Dabong ialah hutan simpan kekal. - Foto BH

KOTA BHARU: Jabatan Alam Sekitar (JAS) masih meneliti laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) terhadap sebuah syarikat berkaitan kerajaan negeri Kelantan yang sedang membangunkan lombong emas.

JAS menerusi laporan yang dimuat naik di laman Facebook pada 4 September lalu mendedahkan tapak itu seluas 199.7 hektar dengan jangkaan tempoh perlombongan selama 82 tahun terletak di Lot 11311 kawasan Hutan Simpan Jentiang di Dabong, Kuala Krai.

Projek berkenaan terletak 26 kilometer (km) dari pekan Dabong dan 62 km dari bandar Tanah Merah dan tapak projek melalui Jalan Jeli-Kuala Krai.

Firma projek itu ialah Akademi Yakin Sdn Bhd (Akademi Yakin).



Antara Ahli Lembaga Pengarah Akademi Yakin ialah bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah; Pegawai Kewangan Kerajaan negeri, Datuk Norazman Abdul Ghani; Setiausaha Agung PAS yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan; Pengarah Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN), Shamsul Abu Bakar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Kadok Datuk Azami Mohd Nor.

Laporan EIA menyatakan tanah itu pada asalnya ditetapkan sebagai hutan simpan kekal dan tanah hutan.

Projek itu mempunyai kesan yang positif dan juga negatif terhadap alam sekeliling. Aktiviti perlombongan emas akan memberi kesan kehilangan habitat kepada hidupan liar yang jarang ditemui di hutan simpan itu.

Ini termasuk tenggiling, ayam pegar, tenuk dan gajah.

Selain itu, orang awam dijemput untuk memberi ulasan dengan mengemuka maklum balas berdasarkan penelitian berkaitan laporan EIA dalam tempoh pameran, iaitu dari 4 September hingga 3 Oktober dan ulasan awam sehingga 18 Oktober.



Hutan di Dabong tempat tinggal gajah, tenggiling, ayam pegar dan tenuk. - Foto hiasan

https://www.bharian.com.my/berit ... alam-penelitian-jas

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 01:42 AM GMT+8 , Processed in 0.049852 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list