CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2700|Reply: 0

[Terengganu] 4,795 lokasi panas berisiko dilanda banjir

[Copy link]
Post time 26-9-2023 06:01 PM | Show all posts |Read mode

AHMAD Izram Osman (kiri) melawat ruang pameran pada program Forum Bicara Governans, Integriti dan Anti Rasuah Zon Pantai Timur di Kuala Nerus, hari ini. - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF



KUALA NERUS: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengenal pasti  4,795 lokasi panas di seluruh negara yang berisiko dilanda banjir ketika peralihan Monsun Timur Laut (MTL), sekarang ini.

Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM, Datuk Ahmad Izram Osman berkata, negeri Sarawak memiliki paling banyak lokasi ‘hotspot’ iaitu 1,034 kawasan.

Menurutnya, lokasi lain di Kelantan (595), Pahang (554), Sabah (520), Johor (432), Selangor (307), Pulau Pinang (281), Perak (265), Terengganu (262), Kedah (228), Melaka (124), Negeri Sembilan (92).

Selain itu, katanya, Perlis juga dikesan memiliki kawasan berisiko dilanda banjir iaitu sebanyak 48 lokasi, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (35) dan Wilayah Persekutuan Labuan 18 lokasi.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, JBPM telah pun memulakan tinjauan di semua lokasi berkenaan selain memantau ramalan hujan dan angin kencang Jabatan Meteorologi setiap tiga jam.

“Dari segi persiapan, kita juga telah bersedia menghadapi MTL dengan kekuatan anggota selain 1,150 aset di seluruh negara terdiri daripada kenderaan ringan, kenderaan berat dan bot.

“Apa yang dirisaukan apabila berlaku hujan lebat, air sungai yang deras bertembung dengan air laut yang akan menyebabkan banjir besar dan JBPM berharap orang ramai juga bersedia,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Forum Bicara Governans, Integriti dan Anti Rasuah Zon Pantai Timur di Dewan Jubli Perak Kompleks Pentadbiran Bandar Al-Wathiqu Billah, Kuala Nerus, hari ini.

Tambah beliau lagi, peralihan MTL dijangka berlaku sehingga penghujung November dengan kadar taburan hujan yang tinggi di Pantai Barat Semenanjung selain Pantai Barat Sabah dan Sarawak.

Bagaimanapun Ahmad Izram berkata, bilik gerakan operasi di setiap negeri sudah diarahkan untuk bersiap-sedia dengan sebarang kemungkinan antaranya banjir kilat, tanah runtuh dan kepala air.

“Selain anggota sedia ada daripada JBPM, kita juga akan dibantu pasukan bomba sukarela (PBS) yang memiliki 358 pasukan di seluruh negara membabitkan 7,920 orang ahli.

“Apa yang penting semua pihak harus berjaga-jaga bagi menghadapi MTL yang sebenarnya telah pun melanda di beberapa negeri sejak pertengahan bulan ini.

“Setakat hari ini, tiga pusat pemindahan sementara (PPS) masih aktif masing-masing satu di Perak, Sabah dan Sarawak yang melibatkan 274 mangsa daripada 83 keluarga,” jelasnya. – UTUSAN


https://www.utusan.com.my/nasion ... iko-dilanda-banjir/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 05:49 PM GMT+8 , Processed in 0.249348 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list