CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sitoYoL

/ Presidential Suite 24/ AHMAD SHAHIR /CHE AHMAD hoi hoi hoi / JUARA AF8 /

  [Copy link]
Post time 14-1-2011 10:43 AM | Show all posts
shajun.......awak berpengalaman undi mawi dulu kan??????

konsilah tip2 kat sini....hehheeee ...
iena007 Post at 13-1-2011 08:59



    HAHA..SGTTTTTTT  BERPENGALAMAN....CAMNE TAHU NI.ekekeke

dulu masa mawi mana ada undi sms ABP ni,,,jenuh arr beli paper...sampai dapat tiket VIP tu beli maklumalh slogan baikkk punyer ekekeke ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2011 11:15 AM | Show all posts
HAHA..SGTTTTTTT  BERPENGALAMAN....CAMNE TAHU NI.ekekeke

dulu masa mawi mana ada undi sm ...
junjai Post at 14-1-2011 10:43



Assalamualaikum smua!!!
Jun: undian kali ni dah kompem ke bleh pkai sms?...maklum ler ni pes time nk mgundi demi SHAHIR..huhuhu
        Tp aku ni tang nk beli nwpaper ni maleh ckit...slalu baca online jek...hihihik...
        Klau xde undian sms tpaksalah gagahkn jgak beli....
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2011 11:35 AM | Show all posts
WEII..MASA KAMERA CAPTURE MUKA DIA DARI TEPI TURUN TANGGA LAGU TAMALLY MAAK TU ..SGT SEKSI ...
junjai Post at 14-1-2011 10:38



   shajun : masa turun tangga dari tepi tu ada iras2 SAIF ALI KHAN sikit2....tapi our shahir laie hensem la...walaweyy
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2011 11:35 AM | Show all posts
pagi semua....nak gi shopping mana jemahat nanti....hi hi hi...
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2011 12:12 PM | Show all posts
Assalamualaikum smua!!!
Jun: undian kali ni dah kompem ke bleh pkai sms?...maklum l ...
CikKyra Post at 14-1-2011 11:15


a ah katanya ada..nanti 17hb diorang bagi KOD artis....apa lagi..UNDIIIIIIIIIIII
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2011 12:12 PM | Show all posts
shajun : masa turun tangga dari tepi tu ada iras2 SAIF ALI KHAN sikit2....tapi our shahir ...
Aserehe Post at 14-1-2011 11:35

Adalah sikit....hehehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-1-2011 12:13 PM | Show all posts
YOUTUBE KDP nak dekat 1 juta view wei..jom sama2 layan bagi 1 juta terus..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2011 02:09 PM | Show all posts
alohaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... SALAM 1 SHAHIR
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-1-2011 02:09 PM | Show all posts
anybody home?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2011 02:12 PM | Show all posts
mana dayang2 sekalian... sedang bersantapkah.... hamba keseorangan...


hamba singgah ke mari utk melepaskan rasa rindu hamba kepada tuan putera kayangan...
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2011 02:22 PM | Show all posts
salam dayang toy.......

hamba rasa putera kayangan tuan hamba tersangkut di pokok.......sbb tu x turun2 lagi ke bumi yg fana ini....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2011 03:03 PM | Show all posts
salam dayang mama... putera kayangan tersangkut dek kerana bajunya berekor..
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2011 03:12 PM | Show all posts
salam dayang mama... putera kayangan tersangkut dek kerana bajunya berekor..
sitoYoL Post at 14-1-2011 15:03



    dayang toy...lenkali suruh putera kayangan pakai suar kecik mcm superman...gerenti xsangkut......ramai makcik2 yg sangkut
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2011 03:44 PM | Show all posts
dayang toy...lenkali suruh putera kayangan pakai suar kecik mcm superman...gerenti  ...
mama_sophia Post at 14-1-2011 15:12



   
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2011 09:38 PM | Show all posts
Post Last Edit by sitoYoL at 14-1-2011 21:40

Kemuncak finalis ABPBH2010
Gabungan baru, lama dalam senarai Top 5 menghangatkan anugerah edisi ke-24.

BUKAN saja kehidupan yang boleh diibaratkan seperti putaran roda tapi mereka yang tersenarai sebagai finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH2010) juga boleh disamakan dengan perumpamaan itu kerana mereka yang tercalon untuk lima tempat terbaik dalam 16 kategori yang dipertandingkan sentiasa berubah-ubah.

  • Gabungan baru, lama dalam senarai Top 5 menghangatkan anugerah edisi ke-24


Kalau tahun lalu ramai muka baru mengisi senarai finalis, begitu jugalah pada ABPBH2010. Cuma apa yang mengejutkan pada masa sama, ramai 'muka lama' yang dianggap sebagai 'gergasi' dalam acara berprestij itu sudah tidak kelihatan lagi.

Ke manakah menghilangnya Rosyam Nor, Saiful Apek dan Mawi yang pernah diangkat sebagai Bintang Paling Popular? Begitu juga dengan Erra Fazira, Dayang Nurfaizah, Rita Rudaini, Eja dan Adam yang saban tahun namanya tidak pernah tercicir dari senarai pencalonan.

Apakah itu menandakan bahawa selera peminat semakin berubah ataupun mereka sebenarnya gagal mempertahankan populariti yang selama ini berada dalam genggaman mereka.

Sukar untuk mencari puncanya kerana perubahan sentiasa berlaku sama seperti genre muzik yang menjadi ikutan.

Bagaimanapun, bak kata pepatah, sekali air bah, sekali pantai berubah.Seiring dengan revolusi yang berlaku dalam industri hiburan yang acapkali mempamerkan wajah-wajah segar dan muda dalam drama dan juga program hiburan terbitan mereka, senarai mereka yang mendapat tempat Top 5 ABPBH2010 juga mengikuti pola yang sama.

Semakin kerap produk mereka ditayangkan di kaca televisyen atau di layar perak, semakin memuncak populariti mereka. Justeru tidak hairanlah senarai finalis tahun menyaksikan ramai selebriti yang boleh dianggap pertama kali merasai pengalaman baru itu dicalonkan dalam Top 5 ABPBH.

Seronok, teruja dan ada juga di antara mereka tergamam sehingga sukar untuk menterjemahkan dengan kata-kata kerana tidak menyangka perkara yang tidak pernah bermain dalam fikiran mereka sebelum ini menjelma di depan mata.

Berkongsi perasaan pertama kali tersenarai sebagai finalis adalah penyanyi wanita yang lagunya baru saja dinobatkan sebagai juara dalam Anugerah Juara lagu ke-25 baru-baru ini iaitu Ana Raffali, pemenang kategori pelakon pembantu lelaki terbaik untuk Festival Filem Malaysia yang lalu, Shaheizy Sam, pelakon filem Haq, Ady Putra, pelakon cilik, Elfira Loy, pelakon bertubuh gempal, Nur Syuhaida serta pelakon dan juga model, Sharnaaz Ahmad.

Hadir dengan pakej dan bakat semula jadi, keenam-enam selebriti ini mengakui terkejut dan seolah-olah berada di alam mimpi.Namun mereka akur dengan cita rasa peminat yang memang sukar dijangka sebenarnya.

Populariti menerusi Qaleesya

Bagi Elfira, memasuki senarai carta yang menjadi idaman ramai itu sebenarnya banyak bergantung kepada watak Qaleesya yang dibawa dalam drama bersiri yang disiarkan di saluran Astro Prima.

"Saya tak nafikan populariti drama bersiri Qaleesya menyebabkan nama saya tersangkut dalam drama ini. Dan disebabkan drama itulah saya banyak mendapat tawaran berlakon dari produksi lain.

"Dari situ, nama saya semakin dikenali dan saya bersyukur kerana diberi peluang untuk bersama-sama merasai pengalaman bergelar finalis ABPBH," katanya yang dicalonkan dalam kategori Artis Baru Wanita Popular.

Enggan menaruh harapan terlalu tinggi, pelakon yang rupa parasnya persis Umie Aida ini menyerahkan keputusan di tangan peminat.

"Apabila saya menceburkan diri dalam bidang lakonan, niat saya bukanlah untuk mengejar anugerah tetapi lebih kepada kepuasan. Saya berlakon kerana minat," tegas Elfira.

Tak sangka tersenarai

Populariti drama bersiri Dottie juga nyata membawa tuah kepada Sharnaaz apabila berjaya menduduki senarai Artis Baru Lelaki Popular bersama-sama Daus, Maulana, Shah Jaszle dan Shahir. Apakah jejaka kacak ini yakin mampu menyerlah dan mengungguli kategori ini?

"Jika sebelum ini saya hanya melihat kawan-kawan saya bertanding, kali ini saya pula yang tersenarai. Tidak dinafikan, populariti drama Dottie berjaya memperkenalkan saya kepada khalayak.

"Jika drama itu menjadi satu platform untuk meletakkan saya dalam senarai Top 5, mungkin drama saya yang berjudul Ungunya Cinta yang akan disiarkan Februari nanti bakal menjadi alat promosi saya untuk lebih dikenali," katanya.

Hasil kerja diiktiraf

Kalau sudah rezeki, lambat atau cepat bukanlah suatu masalah yang besar. Ady Putra adalah contoh artis yang sudah sekian lama membina nama, baru kini peluang datang terbentang di depan mata.

"Saya tak kisah jika baru sekarang peluang saya datang. Kita kena tunjukkan dulu hasil kerja kita, barulah pengiktirafan itu datang. Saya lebih mementingkan kualiti dari kuantiti," kata pelakon yang berasal dari Kota Singa ini.

Kontroversi turut membantu

KONTROVERSI ada kala menjatuhkan tapi dalam hal yang membabitkan bekas juara Akademi Fantasia musim ke-8, Shahir, kontroversi yang melingkari kehidupannya sejak kebelakangan ini membawa rahmat rupa-rupanya apabila namanya tersangkut dalam senarai kategori Penyanyi Lelaki Popular dan Artis Baru Lelaki Popular.

"Tidak dinafikan, kontroversi sebenarnya boleh menaikkan dan menjatuhkan seseorang artis. Kalau boleh saya mahu dikenali dengan hasil kerja dan bukannya dari cerita sensasi yang tidak membantu perkembangan kerjaya saya.

"Mungkin kontroversi boleh membuatkan orang ingat pada kita tapi itu sebenarnya tidak kekal lama. Kalau kita naik kerana hasil kerja, sampai bila-bila kita boleh bertahan dalam industri ini," kata penyanyi lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan ini.

Meskipun dilanda kontroversi apabila kemenangan lagu ciptaannya Tolong Ingatkan Aku dalam Anugerah Juara Lagu ke-25 dipertikaikan namun ia bagaikan terubat apabila penyanyi yang terkenal dengan imej berbaju kurung dan kebaya ini menerima tiga pencalonan iaitu menerusi kategori Artis Duo/Berkumpulan Popular, Penyanyi Wanita Popular dan Artis Baru Wanita Popular.

ABPBH2010 suntik semangat

Bagi Ana Raffali, tiga pencalonan dalam ABPBH2010 memberi semangat untuk dia lebih bekerja keras sekali gus melupakan semua kisah pahit yang berlaku.

"Dulu saya pernah berangan untuk berada dalam kelompok ini tetapi tak sangka pula angan-angan saya menjadi kenyataan. Walaupun dicalonkan untuk tiga kategori namun saya tidak berani untuk meletakkan harapan tinggi. Lagipun ia juga tidak menjanjikan sebarang kemenangan buat saya.

Cuma kalau ditanya kategori mana yang saya rasa ada harapan, saya lebih suka kategori Artis Duo/Kumpulan Popular kerana saya suka kolaborasi saya dengan Altimet dan Suhaimi Mior Hassan," kata Ana.

Peminat tidak pilih kasih

Seperkara yang menarik mengenai ABPBH adalah, pembaca budiman tidak pernah menjadikan bentuk fizikal sebagai keutamaan. Maksud cantik bagi mereka cukup subjektif. Buktinya, Nur Syuhaida yang comel turut tersenarai sebagai finalis.

"Memang tak pernah fikir pun pasal pencalonan. Maklum sajalah, kebanyakan mereka yang dicalonkan semuanya cantik dan kurus. Tapi bagi saya keyakinan pada diri sendiri itu lebih penting kerana jika kita yakin pada diri sendiri, orang di luar juga akan lebih yakin dengan kita dan mereka tidak teragak-agak untuk mengundi kita," kata Syuhada optimis.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2011 09:42 PM | Show all posts
Post Last Edit by sitoYoL at 14-1-2011 21:46

sentiasa diburu wartawan.. memang popular la si shahir ni..


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-1-2011 09:45 PM | Show all posts
mungkin kereta itu menjadi milik shahir..



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2011 09:59 PM | Show all posts
Post Last Edit by sitoYoL at 14-1-2011 22:24

shahirianz dan  peminat2 shahir semua..mohhh le kita undi shahir..

KOD SHAHIR

Artis Baru Lelaki Popular - G33

Penyanyi Lelaki Popular - A05

Bintang Paling Popular - taip BH<jarak>ABP<jarak>BPP<kod artis> dan SMS ke 33333 ( undi shahir saje tau! )


Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2011 10:21 PM | Show all posts
shahirianz dan  peminat2 shahir semua..mohhh le kita undi shahir..  

KOD SHAHIR

Artis Baru L ...
sitoYoL Post at 14-1-2011 21:59



   
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2011 01:56 PM | Show all posts
insyaallah aku akan undi shahir...................
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:08 PM GMT+8 , Processed in 0.156919 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list