CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1030|Reply: 0

[Kelantan] Kumpulan MPB ungguli MAKK 2023 x Kepenggunaan

[Copy link]
Post time 27-9-2023 10:33 AM | Show all posts |Read mode
Kota Bharu: Kumpulan Media Prima Berhad (MPB) mengungguli Malam Anugerah Kewartawanan Kelantan (MAKK) 2023 x Kepenggunaan dengan memenangi 12 anugerah menerusi lapan kategori, malam tadi.

Wartawan sambilan Harian Metro (HM), Syaherah Mustafa mendapat tempat pertama bagi kategori Anugerah Laporan Khas Terbaik (Cetak/Portal) menerusi laporan 'Sampai sana bulu roma meremang'.

Sharifah Mahsinah Syed Abdullah yang juga wartawan sambilan New Straits Times (NST) dan wartawan Berita Harian (BH) Nor Fazlina Abdul Rahim turut memenangi kategori sama masing-masing tempat keempat dan kelima.

Bagi kategori Anugerah Penulisan Rencana Terbaik (Cetak/Portal), Nor Fazlina dan Syaherah meraih tempat kedua menerusi laporan 'Tampal isi tubuh pada payudara' dan 'Kulit perut bentuk organ baharu'.

Pada masa sama, Syaherah turut memenangi tempat ketiga kategori itu menerusi rencana 'Bariatrik kaedah selamat'.

Jurugambar sambilan Nik Abdullah Nik Omar yang menghasilkan gambar 'Sawah kian merekah' mendapat tempat pertama bagi Anugerah Foto Cemerlang, malah dia juga memperoleh tempat keempat untuk Anugerah Foto Esei Terbaik.

Tempat ketiga bagi Anugerah Foto Esei Terbaik dimenangi wartawan sambilan BH Siti Rohana Idris.

Anugerah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan pula dimenangi wartawan serta jurukamera TV3 dan TV9, Shahnun Hanif Abdullah Suhaimi dan Nik Zaidi Abu Bakar.

Jurukamera sambilan TV3, Ahmad Faris Abdul Halim membawa pulang Anugerah Laporan Khas TV (tempat pertama dan kedua) menerusi laporan 'Memaknakan rahmat korban' dan 'Pill box di Kelantan'.

Tempat pertama bagi semua kategori membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, sijil dan plak penghargaan; tempat kedua RM3,000, sijil dan plak penghargaan; manakala tempat ketiga RM1,000, sijil dan plak penghargaan.

Tempat keempat dan kelima memperoleh hadiah wang tunai RM500, sijil dan plak penghargaan.


Johan Laporan Khas Terbaik, Syaherah Mustafa, (dua kiri) Johan Foto Cemerlang Terbaik, Nik Abdullah Nik Omar, bersama Nor Fazlina Ab Rahim (dua kanan), Siti Rohana Idris (kanan) dan Sharifah Mahsinah Abdullah (kiri) yabg turut menunjukkan anugerah masing-masing yang diterima pada Malam Anugerah Kewartawanan Kelantan (MAKK) 2019/2020 malam tadi. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... 2023-x-kepenggunaan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 07:21 PM GMT+8 , Processed in 0.063357 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list