CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1121|Reply: 0

[Kelantan] Pemandu lori rakam harimau belang berkeliaran di Jalan Gua Musang-Jeli

[Copy link]
Post time 27-9-2023 11:26 AM | Show all posts |Read mode

Gambar Harimau Belang yang sempat dirakamkan Che Fiti Zulhilmi di Jalan Gua Musang-Jeli, berhampiran Bukit Meranto, di sini, semalam. - Foto Che Fiti Zulhilmi.

GUA MUSANG: Seorang pemandu lori bersama kelindan terkejut apabila terserempak dengan seekor harimau belang yang berkeliaran di Jalan Gua Musang-Jeli, dekat Bukit Meranto di sini, semalam.

Dalam kejadian 4 petang, pemandu lori, Che Fiti Zulhilmi Che Leh, 22, sempat merakamkan aksi haiwan liar itu yang berjalan di atas jalan raya.

Che Fiti Zulhilmi berkata, ketika kejadian dia bersama kelindan, Mohd Amir Saari, 25, dalam perjalanan pulang dari Jeli menuju ke Gua Musang dan apabila sampai di lokasi kejadian dia melihat harimau belang terbabit.




    Harimau Belang yang sempat dirakamkan Che Fiti Zulhilmi di Jalan Gua Musang-Jeli, berhampiran Bukit Meranto, di sini, semalam. - Video/Ihsan Che Fiti Zulhilmi pic.twitter.com/hikUMyx3RA

    — Berita Harian (@bharianmy) September 27, 2023

"Semalam dua kali saya terserempak dengan harimau belang di lokasi yang sama.

"Pada pagi saya hanya sempat mengambil gambar pak belang terbabit. Tetapi pada petangnya saya sempat merakam video dan dikongsikan di kumpulan WhatsApp," katanya ketika dihubungi media di sini, hari ini.

Che Fiti Zulhilmi berkata, kejadian itu adalah pertama kali dia terserempak haiwan liar itu walaupun kerap menggunakan jalan terbabit setiap hari.

"Saya harap pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dapat menangkap harimau belang ini kerana bimbang sekiranya ada kenderaan yang tidak nampak boleh menyebabkan kemalangan.



Gambar Harimau Belang yang sempat dirakamkan Che Fiti Zulhilmi di Jalan Gua Musang-Jeli, berhampiran Bukit Meranto, di sini, semalam. - Foto Che Fiti Zulhilmi.

"Haiwan itu kelihatan berkeliaran di atas jalan utama dari Gua Musang ke Jeli," katanya.

Sementara itu, Pengarah PERHILITAN Kelantan Mohamad Hafid Rohani berkata, pihaknya menerima aduan berkaitan kejadian itu semalam.

"Pihak kami sudah ke tempat kejadian dan menjalankan siasatan," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... di-jalan-gua-musang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 01:25 AM GMT+8 , Processed in 0.056208 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list